Sunday, July 24, 2011

Isu Papagomo - fahami kaedah parti sebelum ambil pendirian

sdr nonbal,

Sdr miss the point, mungkin kerana saudara tidak betul-betul membaca posting saya dan memahami senario sebenar;

1. Apabila saya melaporkan tweet Papagomo mengenai Menteri dan KDN, ia adalah satu laporan rutin. Sebagai pegawai saya, selain membuat laporan dan analisis, saya juga akan mencadangkan jalan penyelesaian. Ini tugas biasa seorang pegawai. Laporan ini bukan mengenai Papagomo seorang saja, malah jika ada sebarang laporan yang perlu dilaporkan, sebagai pegawai akan saya laporkan.

2. Apabila mencadangkan jalan penyelesaian, saya telah memilih jalan yang mengikut kaedah parti; dan jika sdr adalah ahli parti sdr akan faham bahawa kaedahnya adalah betul dan tepat, iaitu untuk saya memaklumkan kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Politik kemudiannya akan memaklumkan kepada Ketua Bahagian Papagomo. TIDAK BENAR sama sekali saya mencadangkan agar Papagomo dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana tweetnya itu, seperti yang difitnah oleh Papagomo. Jika saya hendak minta Papagomo dihadapkan ke Lembaga Disiplin, ia sudah boleh saya lakukan selepas Papagomo menyerang saya selepas PRK Kerdau dan sebelum menghadapi Pilihan Raya Sarawak.

3. Kaedah yang sama juga telah dan pernah digunakan oleh mana-mana pemimpin parti jika ada ahli-ahli UMB yang menegur dan menyerang mana-mana pemimpin UMNO. Para pemimpin UMNO akan menggunakan saluran yang betul, iaitu dengan memaklumkan kepada saya dan mereka akan meminta saya menegur ahli-ahli UMB yang terbabit. Dalam beberapa kes, apabila perkara seperti ini berlaku dan saya dan pihak yang ditegur telah menerima teguran tersebut tanpa perlu membuat kecoh. Ada posting yang ditarik dan ada anggota UMB yang diminta agar lebih berhati-hati apabila membuat sesuatu posting.

4. Saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan menyerang Papagomo semula. Papagomo telah menyerang saya berulang kali, dan saya baru sekali membalas serangannya. Dalam serangannya, Papagomo turut mengaitkan dirinya dengan blogger lain dan menggunakan cara pondan, iaitu dengan menggunakan blogger tertentu di bawah naungannya untuk menyerang saya. Saya sudah berlaku adil kerana tidak meminta mana-mana blogger di bawah naungan UMB untuk membelasah Papagomo dan menceritakan segala kisah dalam PRK sebelum-sebelum ini.

5. Kalau nak tegur, tegurlah; tetapi kenapa hendak menipu dan memfitnah? Kalau sdr membenarkan saya difitnah maka sdr telah bersubahat untuk menghalalkan ketidak adilan terhadap saya. Saya tidak perlu menipu dan memfitnah. Saya hanya perlu menceritakan kebenaran tentang siapa Papagomo. Jika sdr menghalalkan saya difitnah oleh Papagomo, maka itu sudah dikira tidak adil dan Insyaallah kita akan berdepan di Padang Mahsyar kerana sdr menghalalkan kezaliman dan fitnah ke atas saya.

Nasihat saya, jangan memilih side jika tidak benar-benar faham situasi sebenar; buat dosa kering saja.

Ini antara saya dan Papagomo, biar dia selesaikan masalah ini dengan saya. Tidak perlu libatkan blogger lain kerana mereka tiada kena mengena dalam hal ini. Saya maintain pendirian bahawa dalam krisis terbaru ini, yang melenting bila ditegur bukan saya, tetapi Papagomo. Perkara yang sepatutnya hanya diketahui oleh 4 orang dalam parti, yang sepatutnya diuruskan secara keluarga telah menjadi kecoh sebab Papagomo tidak matang dan memahami kaedah parti.

11 comments:

Unknown said...

http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/

kingnek said...

cukuplah, macam gini caranya, nak kata UMNO dan PAS bersatu, tapi dalam pro-UMNO nye blogger pun gaduh tak habis-habis, musuh adalah Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI) bukan sesama sendiri, hentikan lah perkara ini. ini nasihat kepada kedua-dua tun faisal dan juga papagomo, puak PR bersorak gembira, serangan melawan fitnah PR ditempelak kepada serangan perang saudara, amat merugikan!

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam.
Udah udahlah tu..buatlah berdamai.Tk ada penghujung nya pun.Menang jadi arang kalah jadi abu.

Kalau nak dengarlah...

Yuseri Yusoff said...

Kingnek,

Dalam banyak2 komen yang dihantar di blog TF saya perhatikan komen saudara paling rasional dari awal sampailah artikel yg ni.

Masing-masing ada peranan, jalankan peranan dan tanggungjawab masing2.

Semua kawan2 satu kapal...Hormat satu sama lain. Simple!!

TF ada part-4 ke boss? Hahahaha!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Double-Y, elok buat benda lain sebenarnya :) apa2pun tungguuuuuu :)

nonbal said...

Salam bro TF, terimakasih diatas ulasan bro terhadap komen saya. sebenarnya saya tidaklah terlalu memihak kpd mana2 side. Disamping menelah tentang apa yg menjadi punca pertikaian, saya hanya ingin melontar sebuah harapan untuk bro dan PG berdamai semula, itu saja. saya juga banyak bergaul dgn penggiat politik, sy tahu bhw sering org politik ni, pagi bertengkar, petang berbaik. dibelakang kata mcm2, didepan macam saudara sedaging, itu adalah normal didlm politik. Dulu Ibrahim Ali boleh extend sewaan bilik hotel utk Mat Sabu, tetapi saling mengata dipentas politik, Mereka seperti pemain pentas drama, audiennya adalah rakyat. cuma sy belum pasti akan terjadi demikian jika di alam siber.
Apa-2 hal bawaklah berbincang dan kutip pandangan org tua2 agar suatu penyelesaian dpt dicapai. Seperti kata Kingnek, musuh hanya satu, jgn kita hilang fokus.

akaknilai said...

http://akaknilai.blogspot.com

Kulaan Niring said...

Papa Gomol,
Lu nie pun satu la... geng satu kapal pun lu nak balun... tur geng sebelah sana tuh lagi baik lu balun la... Matlamat kita adalah menentang geng jahat busuk hati mengalahkan S***N kat sebelah sana bukan sebelah sini...

Lu ni Gomol bebal sangat bagi "Bola Tanggung" kat juak-juak pembangkang sapa suruh... pi baca blog pembangkang apa dia orang komen... ada orang kata sebut nama Gomol pembangkang dah gigil... betul ker or lu yang gigil pasal masa PRK lu cuak bile muka lu pembangkang dah "Mark"... pi main jauh-jauh buat benda lain...

Tun Faisal,
adalah lebih baik lu "face to face" jer dengan Gomol ni (kalo dia ada telor ler)... duduk kat mapley kasi settle... kesannya, bagus untuk parti dan kerajaan...

Kulaan : angahnyak wahinik aur berparantakan hajer ulah nyak...

Kama At-Tarawis said...

sudah-sudah la tu. fight the common enemy, bukan each other. kalau gini gayanya, macam mana nak face pru13...

kingnek said...

@3:43 AM, musuh kita, Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI) dah nyawa-nyawa ikan, semua fitnah satu-persatu dibongkar, penipuan mereka tak menjadi. bila mereka sudah semakin lemah dan hampir nazak, puak bloger pro-UMNO pula bergaduh sesama sendiri, perang belum selesai, dah bergaduh nak hasil perang, tak boleh macam gini, perang belum habis, puak dajjal ni masih berleluasa, kita tak boleh hilang fokus, kepada KEDUA-DUA Tun Faisal dan Papagomo, selesaikan cara baik, di belakang tabir, takde guna kita bagi puak PR senjata untuk melaga-lagakan kedua-dua pejuang, merugikan perjuangan Melayu Islam saja! InshaAllah, syaitan akan murung melihat orang Melayu Islam lupakan ego dan berbaik semula!

Against The Wind said...

Never argue with an idiot. He’ll drag you down to his level then beat you with experience!

Now, I certainly don’t think you or PG is really an ‘idiot’, but this reminds us that you will not agree with everyone and vice versa, but arguing gets you nowhere.

And you are letting him dragging you to his level! Wake up and smell the coffee lah TF..

Popular Posts