Sunday, July 10, 2011

Impak positif #Bersih kepada rakyat dan negara



Maruah negara tercemar atau semakin harum?



Mati siapakah yang lebih mulia di sisi Allah swt - yang
mengakibatkan fitnah atau yang menghalang fitnah?


Impak positif perhimpunan haram Bersih kepada negara;

1. Esok nama negara akan menjadi begitu harum, sama harumnya seperti selepas pasukan negara memenangi Piala Thomas dan Piala Dunia.

2. Ekonomi negara akan berkembang pesat pada kadar 15% pada suku tahun ketiga

3. Indeks pasaran saham akan melonjak secara mendadak sebanyak 1000 mata menjelang hari Isnin

4. Kedatangan pelancong asing meningkat lima kali ganda kerana terdapat produk pelancongan baru, iaitu demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur dan seluruh negara

5. kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global meningkat 10 anak tangga dan menjadikan negara antara 10 negara paling aman dalam dunia

6. pelabur asing cukup teruja dengan penyelesaian jalanan ala Malaysia dan yakin untuk membawa pelaburan berbilion ringgit ke dalam negara ini

7. esok YDP Agong dan SPR akan laksanakan tuntutan-tuntutan Bersih (termasuk yang tidak praktikal) yang telah dijawab oleh SPR sebelum ini





Siapa yang menggempur? Polis atau Bersih?


Tahniah kepada mereka yang terlibat menyertainya dan ustaz-ustaz songsang yang menghalalkannya. Saya telah bertanyakan kepada Dr Asri Zainal Abidin beberapa perkara;

1. Adakah Islam menghalalkan perbuatan yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyat berbanding kebaikan kepada kedua-duanya?

2. Apakah perbezaan antara Perhimpunan 1Juta belia dan perhimpunan haram Bersih dari segi impak politik, sosial dan ekonominya?

3. Adakah beliau mengikut neraca SUHAKAM apabila menentukan hak asasi atau mengikut neraca Islam?

dan soalan tambahan kepada semua;

4. Adakah soal hak asasi dalam SUHAKAM merangkumi peruntukan hak rakyat, hak pemerintah dan hak Allah swt?

5. Mati diimamkan Ambiga lebih baik atau mati berimamkan ulil amri? Mati dalam keadaan melakukan bughah lebih baik atau mati dalam keadaan mempertahankan maruah negara lebih baik? Mati dalam keadaan menyebabkan mudarat kepada rakyat dan negara lebih baik atau mati dalam keadaan menghalang perbuatan menyebabkan mudarat kepada rakyat dan negara lebih baik?

Mungkin golongan agama yang terbilang dalam negara ini boleh menjawab soalan-soalan yang ditujukan ini supaya kita jelas sama ada mereka ini berpolitik atau ikhlas dalam menyebarkan ajaran Islam yang sebenar.

7 comments:

jiwasintetik said...

Nak tanya sikit. Bersih bermotif untuk "bersihkan" sistem pilihan raya. Patroit berarak atas alasan?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

jangan malas, baca kat posting lain. bersih bukan bermotif nak bersihkan pilihanraya, tp nak buat kacau, x sedar2 lagi :) pilihan raya kita mmg dah bersih pun; nik aziz menang dan berkuasa jd MB walaupun mcm hampas for 21 years. jd jgnlah jd bodoh melakukan bughah dan merosakkan negara :) klu x faham baca artikel tu elok2 :) kalu tak faham juga, baga berulang2 kali lagi, nak buat cam ne, ada manusia yg mmg slow utk faham sesuatu, nak2 lg kebenaran :)

jiwasintetik said...

Terima kasih sebab memberi respon walaupun tak menjawab soalan. Bukan saya tak baca... baca. Tapi sedikit kabur akan alasan patriot nak berdemonstasi juga. Kalau mmg niat bersih tu nak buat kacau pun, macam tak relevan plak patriot buat perhimpunan haram juga.

Kalau nak menzahirkan seramai mungkin majoriti senyap rakyat Malaysia yang menentang bersih sekalipun, kan molek kalau tunjuk teladan yg bagus sikit. Jangan memaku dulang paku serpih.

Dan kalau berhadapan dengan mereka, nak halang mereka dengan cara apa?

Satu lagi, hairan rasanya kenapa ahli politik tanah air suka berpolitik dengan cara mengutuk pihak lawan... macam budak2.

-maaf kalau saya ni lambat nak tangkap sikit.

Nick Hafidz said...

jiwasintetik, biar saya petik hadis ini untuk bacaan awak.

Daripada Abdullah bin Abbas radiallahu`anhuma bahawa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: “Sesiapa yang membenci akan pemerintahnya kerana sesuatu maka bersabarlah kerana sesiapa yang keluar daripada pemerintah sekadar sejengkal dia mati dalam keadaan jahiliah”. Dalam riwayat yang lain: “maka hendaklah dia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada al-Jamaah sekadar sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliah”. [ HR Bukhari dan Muslim ]. Sangat banyak lagi hadith-hadith shahih yang memerintahkan agar bersabar terhadap kezaliman pemerintah iaitulah dengan melaksanakan tanggunjwab dengan menasihati mereka,serta tidak melampaui batasan yang telah Allah dan Rasul tetapkan iaitulah dengan khuruj(keluar) memberontak dengan apa cara sekalipun

BERSIH - MEMBERONTAK
PATRIOT - MENGHALANG PEMBERONTAKAN

cuba renung-renungkan....
PATRIOT tidak mahu mereka ini melampau batasan yang telah Allah dan Rasul tetapkan.

jiwasintetik said...

Terima kasih Nick Hafidz sebab memberi respon yang berisi. Macamtu la nak berhujah ^_^

Macamanapun, system demokratik dan syura tak sama kan? saya tak pandai nak berhujah menggunakan hadis, tapi cuba baca http://ibnuabbas.wordpress.com.

Saya setuju yg kita tak boleh menentang pemerintah secara terang-terangan. Tapi, macamana nak menegur pemimpin melalui sesuatu medium yg dikawal oleh orang tersebut? Saya rasa medium arus perdana terlalu berat sebelah.

Unknown said...

Saya tidaklah pandai untuk berhujah tetapi hanya untuk berkongsi idea….secara dasarnya demokrasi dan syura memang tidak sama…tetapi persoalannya mengapa Pemimpin BERSIH yang kebanyakannya adalah pemimpin Islam yang mahir bermusyawwarah tetap ingin menggunakan Demokrasi Jalanan sebagai pilihan yang terbaik?adakah hanya tuntutan kepada SPR diatas jalanan mampu membersihkan segala apa yang kotor walhal memudaratkan kesemua orang yang tidak terbabit….alangkah elok kita menggunakan sistem bermusyawwarah dengan pihak kerajaan,khususnya SPR mengenai pilihanraya…medium berbincang dan lontaran hujah diatas meja bulat adalah lebih baik daripada menjerit-jerit seperti orang yang tidak bertamadun…saya juga terlintas di fikiran tentang “medium yang terkawal”, adakah dengan melihat media menyokong kerajaan menyulitkan perjuangan anda jika benar2 bermusyawwarah menjadi pilihan…saya rasa tidak sebab apa bermusyawwarah mampu menutup keburukan SPR dan mampu membawa sinaran yang baru didalam pilihanraya kelak…bukan lah melalui demokrasi jalanan seperti yang dibuat…

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

bacalah posting lain ya, boleh mulakan dari yg pertama smpai yang terakhir :) jihad menentang bersih; sama ada dgn tangan, lisan atau hati; yg kuat iman akan menentang dgn tangan :)

Popular Posts