Saturday, March 12, 2011

Isu UMB Melaka selesai, agenda blogger jahat untuk rosakkan imej UMB gagal

Alhamdulillah, isu Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Melaka yang kononnya hendak dibubarkan telah selesai dan agenda blogger jahat Flyingkick dan Parpukari untuk merosakkan imej UMB telah dipatahkan.

Semalam (12 Mac 2011) saya telah turun ke Melaka untuk menghadiri pertemuan dengan Datuk Akbar Ali, Ketua Pemuda Negeri Melaka, sdr Karim Yaakob, Pengerusi UMB Melaka sdr Abdul Kadir Mohd Idris, Timbalan Pengerusi UMB Melaka, sdr Shahnor dan beberapa orang penggerak PMM. Perbincangan telah dimulakan pada pukul 1155 malam dan berakhir pada jam hampir 3 pagi.

Dalam pertemuan itu sejumlah kekeliruan, salah faham dan silap komunikasi telah dileraikan. Masing-masing bersetuju untuk meneruskan perjuangan dan merapatkan saf untuk menghadapi pilihan raya.

Saya memahami semasa pilihan raya masing-masing penat bekerja. Salah faham yang sedikit akhirnya akan menyebabkan kekeruhan hubungan dalam UMB Melaka. Menceritakan salah faham ini kepada orang luar tidak akan menyelesaikan masalah, apa lagi jika orang luar seperti blogger jahat mempunyai niat jahat dan kepentingan peribadi. Akhirnya institusi musnah dan blogger jahat yang ada kepentingan diri akan ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri.

Blogger jahat sanggup memfitnah dan mereka-reka cerita.

Contoh sikap suka memfitnah blogger flyingkick terbukti melalui kenyataan "apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Kenyataan ini disokong pula oleh Parpukari yang mempersoalkan kenapa pintu itu perlu dikunci. Akhirnya Parpukari dan flyingkick terperangkap akibat sengaja mengada-adakan cerita tentang kewujudkan bilik UMB di Command Centre. Hakikatnya - bilik UMB tidak wujud sama sekali di Command Centre dan disebabkan itu tidak timbul sebarang isu keizinan diperlukan daripada saya untuk masuk ke bilik berkunci yang tidak wujud itu.

Penipuan kedua flyingkick yang kedua adalah mengenai rampasan kuasa di Kerdau. Sehinga kini flyingkick tidak mampu menjawab tentang apa yang dia maksudkan tentang rampasan kuasa? Bagaimana hendak dikatakan merampas kuasa, jika dalam mesyuarat pertama untuk PRK Kerdau, bukan saya yang memanggil mesyuarat di Temerloh, sebaliknya saya yang dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada.

Kedua, faham dan tahukah flyingkick apakah struktur operasi UMB di Kerdau? Sampai sekarang flyingkick juga gagal menjawab tentang struktur operasi UMB di Kerdau. Walaupun tidak faham tentang struktur operasi di Kerdau, flyingkick tetap berani mengada-adakan cerita. Katanya, "Di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU. UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger, ditolak sejak dari awal lagi. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan blogger UMNO menolak UMB"

Baiklah, jika operasi media baru di Kerdau dikendalikan oleh PAHANGKU, maka sudah tentu masalah Pas Media yang diheboh-hebohkan oleh Papagomo dalam blognya disebabkan oleh PAHANGKU. Kenapa disalahkan UMB pula? Saya mempunyai jawapan tentang soal Pas Media ini dan telah saya terangkan kepada Papagomo melalui blackberry messenger. Tugasan telah diagihkan namun berlaku salah faham sebab Papagomo tidak hadir dalam mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada hari Jumaat, 25 Februari di Mentakab. Dalam kesibukan melaksanakan tugas dalam PRK, kesilapan-kesilapan kecil akan berlaku dan saya tidak suka menyalahkan sesiapa kerana saya faham ketika itu masing-masing penat bertugas.

Apa boleh buat, serangan telah dibuat melalui blog dan saya perlu menjelaskan keadaan sebenar. Saya juga telah bersetuju untuk berjumpa dengan Papagomo untuk menyelesaikan soal salah faham ini.

Fitnah ketiga blogger jahat adalah berkaitan peruntukan. Ini telah saya jawab sebelum ini dan saya ulangi bahawa:-

Setakat ini UMB sememangnya tidak menerima peruntukan. UMB bukan tempat untuk membuat duit. UMB adalah tempat berjuang. UMB mendapat kepercayaan untuk membantu PRK kerana cara kerja kami yang tersusun dan kami menyelesakan ramai pihak kerana redha dengan apa sahaja yang mampu disediakan oleh tuan rumah, termasuk redha jika tidak disediakan bilik operasi di Command Centre. Kami tidak pernah memaksa-maksa, menyerang pemimpin UMNO/BN dan apa lagi untuk 'pau' duit pemimpin. Ramai di antara kami sanggup berkongsi tidur di sebuah rumah, walaupun saya tahu ada seorang dua blogger tertentu yang menyertai UMB di PRK yang tidur di hotel.

Alhamdulillah atas sikap inilah UMB diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program latihan, bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk parti komponen dan membantu menyelaraskan gerak kerja penerangan di dalam PRK sejak Manek Urai lagi.

Sikap blogger jahat mengada-adakan cerita demi mencapai matlamat peribadi amat bahaya terhadap parti. Hari ini saya sekadar mengingatkan kepimpinan tertinggi parti, jangan sampai apabila parti runtuh nanti, saya dipersalahkan kerana tidak memberi amaran ini. UMB Melaka hampir hancur kerana perbuatan blogger jahat ini.

Saya yakin di luar sana masih ramai blogger pro-UMNO dan BN yang baik. Saya berharap mereka tidak akan membenarkan perbuatan segelintir blogger jahat ini menghancurkan parti.


3 comments:

mazri said...

ahhhhhh.....budak tingkat 4 bersuara...flyingkick ngn house pk mengada-adakan cerita....auta je ni...da salah tetap juga nak alihkan kesalahan pada orang lain..

ntahlantahla said...

diharap UMB dan para blogger pro UMNO samada yang jahat atau baik dpt bersama2 membantu UMNO..

pasti ada yang mahukan sesuatu.. tp..pihak2 yang berupaya juga pasti boleh bertolak ansur..

we give and we take..

UMNO terus maju untuk rakyat malaysia..

Unknown said...

bukan blogger jahat.. itu adalah blogger yang berlainan pendapat dan pandangan tapi arah tujuan adalah sama.. mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.. harap Tun Faizal dapat menyatukan semua bloger pro kerajaan ni.. Bersatu kita teguh.. bercerai kita roboh..

Popular Posts