Wednesday, December 22, 2010

Jom Cari Kerja berjaya tempatkan 343 pencari kerja


Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya, JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Putrajaya yang berlangsung pada 18-19 Disember baru-baru ini berjaya menempatkan 343 pencari kerja; 198 daripadanya dari golongan siswazah dan 145 lagi di kalangan bukan siswazah. Seramai 892 orang pula berjaya ke temuduga kedua, 803 orang dalam senarai KIV dan seramai 292 orang gagal temuduga.

Jumlah keseluruhan pencari kerja yang hadir semasa karnival dianggarkan sekitar 4,000 orang. Dari jumlah itu, 2,330 orang telah ditemuduga. Tahniah kepada setiap yang berjaya! Semoga setiap yang layak ke temuduga kedua berjaya ditempatkan dan yang di dalam senarai KIV akan ditemuduga dalam masa terdekat.

Popular Posts