Monday, November 1, 2010

Sabah for Sabahan atau Sabah for 1Malaysia?


Pada saat warga Sabah sedang diangkat untuk bersama-sama maju ke hadapan menerusi gagasan 1Malaysia, kita hairan apabila mendengar calon SAPP, Yong Teck Lee cuba membawa rakyat Sabah ke belakang dan memerangkap mereka dalam mentaliti kenegerian. Kalau parti DAP merupakan parti cauvinis kaum Cina, SAPP pula hendak memerangkap dirinya menjadi parti cauvinis kenegerian. Sentimen ini sekadar membuktikan betapa sempitnya wawasan kepimpinan Yong Teck Lee.

Sepatutnya Yong Teck Lee memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat Sabah untuk lebih menghampiri wawasan 1Malaysia yang menyatukan kita, semua rakyat Malaysia untuk membangunkan negara. Malangnya pemimpin Yong Teck Lee, seperti pemimpin DAP, masih terperangkap dalam politik lama, iaitu politik perpecahan apabila dengan sengaja memainkan sentimen pemecahan wilayah dan usaha mengasingkan rakyat Sabah agar terus terperangkap di dalam negeri Sabah sahaja.

Selepas 47 tahun, sudah sewajarnya Sabah mempunyai pemimpin yang berfikiran dan berdaya kepimpinan nasional seperti Datuk Seri Shafie Afdal dan yang berada di persada antarabangsa seperti Datuk Seri Anifah Aman. Pemimpin seperti ini yang diperlukan oleh rakyat Sabah dan Sabah perlu mempersiapkan lebih ramai pemimpin seperti ini.

Malangnya wawasan Yong Teck Lee amat sempit dan begitu terkebelakang sekali, mungkin lebih 60 tahun terkebelakang nampaknya. Inilah perbezaan antara pemimpin yang memikirkan gagasan besar 1Malaysia seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang pemimpin berjiwa kecil serta terperangkap pula dalam mentaliti kewilayahan seperti Yong Teck Lee.

Lebih malang jika Calon PKR Ansari yang terpilih. Sudahlah beliau ini memang berulang kali bernasib malang - sehingga lapan kali kalah bertanding dan dua kali jatuh ke laut. Mungkinkah ada lebih banyak nasib malang yang akan dibawa oleh Ansari ke Batu Sapi dan negeri Sabah jika dia terpilih?

No comments:

Popular Posts