Tuesday, May 18, 2010

Mewarna semula 13 May - "Recolor May 13"


Anas Zubedy menulis sesuatu yang menarik tentang 13 May dan saya tertarik dengan kesedaran dan semangat yang dibawa bersamanya. Katanya;

"May 13 pops up now and then and it is always used for negative purposes - 'do this, and May 13 will happen'," said 46-year-old Anas, during a lunch break at one of his corporate training sessions on Tuesday. "However, I believe that May 13 is part of our history and we should not sweep it under the carpet." Anas believes that Malaysians first need to recognise that there was a May 13, that the riots and the killings did happen.

Baca artikel penuh di

13 May adalah satu realiti dan sebahagian daripada sejarah. 13 May merupakan bom jangka yang meletus selepas 12 tahun kemerdekaan negara kerana kerajaan ketika itu berfikiran bahawa sudah cukup untuk orang Melayu terlibat dalam politik dan pentadbiran, manakala orang Cina pula akan berasa gembira sekiranya mereka mempunyai peluang untuk berniaga. Malangnya, jangkaan kerajaan ini silap.

Akibat tragedi 13 May, kerajaan faham akan keperluan terhadap agenda untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula mesyarakat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) lahir sebagai polisi serampang dua mata dan hasilnya mengekalkan keharmonian negara sehingga hari ini. Walaupun ada usaha untuk menghukum DEB sebagai gagal oleh sekumpulan manusia yang suka memutar belit sejarah dan sekumpulan anak muda yang buta sejarah, realitinya DEB telah membantu membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat di kalangan semua kaum, menghapuskan pengenalan kaum dan pemisahan penempatan kaum berdasarkan sektor ekonomi, merapatkan jurang semua kaum dalam pendidikan, kursus pengajian kritikal di institusi pengajian tinggi dan penyertaan dalam bidang profesional.

Benar, DEB memang mempunyai kelemahan, tetapi DEB mempunyai jauh lebih banyak kisah kejayaan. Semangat DEB perlu terus diyakini dan dijadikan panduan dalam merangka Model Baru Ekonomi dan rancangan ekonomi Malaysia yang akan datang. Pendekatan yang betul dalam DEB perlu diperkukuhkan; pendekatan yang tidak tepat perlu ditambah baik, diubah suai dan direform; idea baru perlu diraikan dan semua kesilapan - jangan sampai diulangi!

Bagi saya, salah satu kegagalan besar DEB sehingga sekarang - yang berlanjutan sehingga selepas Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN) - adalah bidang ekonomi masih didominasi oleh satu kaum. Ini nampaknya tidak begitu baik terhadap negara dalam jangka panjang.

Perlu ada ekualiti dan keadilan dalam bidang ini. Jelas dari segi roh, semangat dan pendekatan kerajaan melalui parti politik, penjawat awam dan GLC nampak masih mempunyai banyak kelemahan; memerlukan perubahan drastik bukan sekadar transformasi dan reformasi. Jika tidak ia akan terbawa-bawa ke dalam Model Baru Ekonomi dan sepuluh atau dua puluh tahun lagi kita akan terus termenung dan bercakap tentang kegagalan yang sama.

Adakah bom jangka ini sudah tiada lagi? Formula campuran dalam pembentukan negara ini masih terdiri dari bahan-bahan yang mudah meruap dan tidak stabil. Kerja kuat diperlukan untuk memastikan `equilibrium'nya stabil.

No comments:

Popular Posts