Kalimah Allah sebagai terjemahan Biblical God tidak tepat (klik sini) - Itu kesimpulan muzakarah, tujuh (7) Ilmuwan Islam - Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamarulzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Datuk Dr Abdullah Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Pinpinan Pusat PKR, Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Dr Mohd Sani Badron, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM; Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM, Mohd Asham Ahmad.
Muzakarah bertajuk - "Terjemahan God sebagai Allah : Mengenal pasti punca permasalahan dan penyelesaiannya".
Seperti yang saya pernah katakan - tanyakan soalan yang mudah untuk dapatkan jawapan yang mudah. Bila tanya soalan yang salah, kita membenarkan ramai agamawan politik bercakap berbelit-belit. (klik sini)
Bagaimanapun kita hairan kenapa Khaled Samad (klik sini) dan Anwar Ibrahim masih beriya-iya lagi (klik sini). Sebelum tersesat larat, bagi umat Islam - Fahami apa yang anda perjuangkan!!! (klik sini)
2 comments:
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
1 Setiap Muslim yg dgn 'jernih'
tahu siapa Allahnya, dan pernah mau ambil tahu pula siapa 'Allah' yang diikutsertakan the father, the son, and the holy spirit', tak akan sekali-kali dgn mudah dapat
'diperbodoh' oleh agenda puak-puak yang tak pernah berhenti-henti program penghancuran lslamnya dan menyerang akidah umatnya.
2 Begitu juga, yang jernih pemahamannya akan tuntutan sebenar berakidah dengan akidah lslam, tak akan berhenti hanya pada titik memperjuangan/mempertahankan nama-Nya sahaja, bahkan akan terus berjuang [dengan berbagai kaedah syari'i] ke arah memartabatkan hukum-hukum-Nya [syari'at], agar menjadi SATU-SATUnya set hukum [sietam] yang mengatur seluruh aspek kehidupan, mencakup: sistem politik, ekonomi, sosial, perundang-undangan, sistam bernegara dan berpemeritahan, pendidikan, ketenteraan, diplomatk dsb., demi menzahirkan lslam sebagai ad-deen [sistem kehidupan] yang kaffah. Kenapa? Sebab itulah perintah-Nya, sehingga jika HANYA BERHUKUM dengan hukum-hukum-Nya sahaja, dijamin pulang kepada-Nya di dalam redha-Nya. Sebaliknya, berhukum dengan hukum yg selain daripada itu, [selain hukum Allah dah pasti hukum thaghut], telah dikhabarkan-Nya tentang menantinya siksa yang sungguh berat & terlalu amat pedih. Na'uzibillah ...
3 Itulah sebahagian drp skop perintah-Nya; semata-mata untuk memenuhi tuntutan i] lslam sebagai akidah ruhiyyah dan ii] lslam sebagai akidah as-siasiyah [ideologi]. TIDAK KAFFAH kalau hanya dengan mana-mana satu skop sahaja kerana akibatnya terlalu fatal : Ambil akidah ruhiyyah, tinggalkan akidah as-siasiyyah - SEKULAR. Ambil akidah as-siasiyyah, tinggalkan akidah rihiyyan [yg payah nak terjadi, tapi kalau terjadi] - ATHEIS.
4 Marilah pula, selepas ini, setelah berlalu segala hiru-pikuk [yang tak sepi dari tohmah-mentohmah sesama Muslim dan bertegang urat dengan pihak lain sehingga memudaratkan keharmonian] ketika mempertahankan kalimah Allah, kita berjuang pula ke arah menegakkan hukum Allah sebagai ad-deen [sistem kehidupan], semata-mata demi menyelamatkan kehidupan sekarang yang sedang berjalan di atas rel hukum Sekular-Demokrsai-Kapitalis: sistem yang bukan sahaja diimport dari puak kufur itu [Yahudi, Barat dan para sekutunya - yang tak lepas drp didakwakan sebagai 'memusuhi' lslam]-, bahkan lebih ngeri daripada itu, sistem YANG TIDAK PERNAH ADA HUBUNGANNYA DENGAN ISLAM[sama ada secara langsung atau tidak langsung] KERANA SAMA SEKALI TIDAK BERSUMBER DARIPADA AL-QURAN dan AS-SUNNAH.
5 Semoga mendapat penjernihan daripada para ahli panel muzakarah jua.
Wallhu a'lam.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
Post a Comment