Wednesday, March 18, 2009

Ayahanda Tun, anakanda Tun....

Saya gembira kerana rupanya pemikiran saya tidak jauh berbeza dengan mantan Perdana Menteri dan Negarawan Terulung Negara, Tun Dr Mahathir Mohamed. Ini memberi semangat kepada saya, walaupun rupa saya tidak sekacak Ayahanda Tun, kalau saya berusaha lebih gigih, mungkin sebelum hayat saya berakhir saya mungkin boleh menjadi sehebat beliau.. ha ha ha. Apa salah sekali sekala berangan-angan, kalau angan-angan boleh menjadi harapan, harapan boleh menjadi cita-cita, cita-cita dengan usaha keras, doa, nasib dan taqdir boleh menjadi realiti. Seronok rasanya.... Macam saya katakan, berhujahlah tanpa menipu dan memanipulasi, berhujahlah dengan rasional, bukan emosional, berhujahlah dalam lingkungan tradisi intelektual dan budaya ilmu.


SOUND BITES
By
Dr. Mahathir Mohamad on March 18, 2009 6:42 PM Comments (2) TrackBacks Nasha bin Edwin

1. Ya saya akui tidak dapat buat roket ke angkasa, atau kereta boleh terbang atau boleh berubah jadi bot. Apakah semua orang yang fasih berbahasa Inggeris semua boleh buat roket? Tetapi yang belajar berkenaan dengan roket sains memang boleh. Setakat ini belum ada yang tidak belajar sains dalam Bahasa Inggeris yang mencipta roket. Orang Cina dan India pun mengguna ilmu sains yang terkini yang terdapat dalam Bahasa Inggeris untuk roket mereka. Ahli roket Jepun pun mengguna hasil kaji selidik dalam Bahasa Inggeris untuk menjayakan program roket mereka.
2. Nak sokong parti lawan sokonglah. Tak bersetuju dengan saya pun tak apa.
3. Tetapi berhujahlah secara yang masuk akal. Berhujah seperti saudaralah yang menyebabkan orang lain anggap orang Melayu bodoh.

Anak nelayan cemerlang dalam SPM


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal hanya seorang anak nelayan, tetapi berjaya memperoleh 19A1 dan 1A2. Ironinya beliau adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kejayaan Nik Nur Madihah membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan.

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Paling menakjubkan bagi seorang anak nelayan, beliau turut mendapat A1 dalam subjek English for Science and Technology (EST), Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

Saya seronok untuk melihat reaksi penentang PPSMI tentang keputusan SPM ini. Saya percaya mereka berasa kecewa kerana mereka mengharapkan keputusan SPM akan jatuh merudum dan ini akan membolehkan mereka memberi lebih justifikasi terhadap penentangan mereka dan membolehkan mereka mengumpul lebih ramai orang untuk berhimpun di jalanan. Sekarang ini pun di media maya, ada pihak yang sedang menyebar fitnah kononnya pelaksanaan PPSMI dipertahankan kerajaan kerana didalangi korupsi dalam kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Malangnya hasrat ini tidak tercapai kerana keputusan SPM adalah stabil dan pencapaian mata pelajaran tertentu meningkat berbanding tahun lepas. Pencapaian mata pelajaran Sains dan Kimia misalnya meningkat ketara (melebihi tiga peratus) dari aspek kelulusan 1A hingga 8E, cemerlang 1A dan 2A serta kepujian 3B hingga 6C. Pencapaian Sains dan Kimia didapati konsisten di bandar dan luar bandar.

Pencapaian Matematik meningkat dari aspek kelulusan, cemerlang dan kepujian. Manakala pencapaian Fizik dan Biologi meningkat dari aspek kelulusan, dan kepujian. Pencapaian kesemua mata pelajaran ini juga konsisten di bandar dan luar bandar. Jika ada penurunan pun, ia adalah untuk subjek Matematik Tambahan. Itu pun penurunannya tidak ketara, iaitu pada tahap 0.6 peratus.

Keputusan SPM 2008 yang cemerlang membuktikan bahawa pelajar kohort PPSMI sudah semakin selesa menggunakan bahasa Inggeris bagi mempelajari subjek berkaitan Sains dan Matematik.

Keputusan SPM ini bukan sahaja konsisten dengan dapatan ujian diagnostik yang dilaksanakan malah turut konsisten dengan Kajian Status Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Sains Tambahan (Tingkatan 5) dan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris (Tahun 5 dan Tingkatan 5) yang dibentangkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) di dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI Pertama.

Berdasarkan nota saya, dalam kajian ini didapati trend pencapaian murid kohort PPSMI di peringkat sekolah menengah (2003 – 2007) adalah serupa dengan trend pencapaian murid sebelum dasar PPSMI. Di bawah program PPSMI trend ini kekal bagi murid dari kelompok Sains Tulin, Sains Tambahan dan Sastera / bukan Sains semasa di Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.

Didapati juga murid aliran Sains Tulin masih memperolehi prestasi yang lebih baik daripada murid aliran Sastera / Bukan Sains dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Murid dari aliran Sains Tulin (Tingkatan 5 Tahun 2007) mempamerkan keputusan yang sangat baik dengan lebih 70 peratus lulus keenam-enam mata pelajaran dan lebih 25 peratus murid mendapat keputusan cemerlang dalam Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.

Murid dari kelompok Sains Tambahan pula menunjukkan peningkatan dalam pencapaian subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 5 (2007) berbanding di Tingkatan 4 (2006). Manakala murid kelompok Sastera / Bukan Sains menunjukkan peningkatan dalam markah min Matematik, Sains dan BI semasa di Tingkatan 5(2007) berbanding di Tingkatan 4(2006).

Saya angkat topi kepada guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi yang bertungkus-lumus berusaha menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak murid mereka biarpun terpaksa bergelut melaksanakan pengajarannya di dalam bahasa Inggeris.

Saya percaya guru-guru Nik Nur Nadihah adalah dalam kalangan mereka yang kuat berusaha dan bukan jenis yang memberi pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan PPSMI. Sebaliknya mereka ini telah memanfaatkan sepenuhnya segala program latihan, perkakasan, perisian dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang diperuntukkan kepada mereka dan menunaikan amanah mendidik anak bangsa dengan cemerlang sekali.

Ini jelas menerusi kata-kata Nik Nur Madihah, ''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah".


Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 18 Mac 2009

Monday, March 16, 2009

FAQ PPSMI (dipetik dari chewal.blogspot.com)

Saya tertarik membaca FAQ yang dibuat oleh CheWal tetntang PPSMI. Ia membawa kenangan saya ke zaman Tan Sri Musa menjadi Menteri Pendidikan, di mana saya merupakan salah seorang yang terlibat untuk menyediakan FAQ bagi menerangkan kepada rakyat tentang isu PPSMI ketika itu. Terima kasih CheWal.

By CheWal on March 13, 2009 7:15 PM

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka. sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain. Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan. Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi. Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru. Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras. Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

chewal.blogspot.com

Thursday, March 12, 2009

PPSMI - Kesediaan Guru


Saya percaya ketika Tun Dr Mahathir hendak melaksanakan program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dahulu, faktor kesediaan guru sememangnya menjadi kegusaran utama beliau. Saya percaya beliau sedar bahawa sebahagian besar guru di dalam negara dilatih di dalam bahasa Melayu dan disebabkan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk menggerakkan dasar yang baru.

Beliau juga sedar, untuk kita mendapatkan khidmat guru-guru dari luar negara, ianya bukan mudah dan murah. Ia akan merugikan aliran tunai negara dari segi jangka masa panjang. Mereka juga tidak boleh didapati dalam masa yang cepat dan tidak semestinya mereka ini guru yang berkualiti.

Maka difikirkan beberapa kaedah untuk membantu para guru kita. Pertama, disediakan bahan-bahan pembelajaran kendiri agar guru-guru dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Kedua, disediakan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), agar melaluinya guru-guru kita dapat mencari sendiri kaedah lain, termasuk mengikuti kursus untuk meningkatkan keupayaan berbahasa mereka. Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri ada mengadakan kursus persediaan setahun lebih awal, iaitu menerusi kursus English for the Teaching of Mathematics and Science (ETEMS) dan Kursus Orientasi Sains dan Matematik (KOSM).

Keempatnya, profesional pendidikan memikirkan ada kemungkinan guru-guru ini boleh dibantu dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Disebabkan itu guru-guru kita dibekalkan dengan komputer bimbit, bukan komputer meja.

Kenapa bukan komputer meja? Bukankah lebih elok dan lebih senang diletakkan komputer di dalam kelas dan kemudiannya guru boleh menggunakannya dengan mudah, tanpa perlu mengangkutnya dari satu tempat ke satu tempat? Dibekalkan pula dengan `teaching courseware’ (perisian pengajaran) bukan 'learning courseware' (perisian pembelajaran)? Apa beza antara keduanya?

Guru dibekal dengan komputer bimbit sebenarnya untuk membolehkan mereka mempersiapkan diri di rumah atau di mana-mana sahaja sebelum kelas keesokan harinya. Jika dibekalkan dengan komputer meja di kelas atau di bilik guru (itu pun jika ada ruang lagi), tentulah bukan mudah untuk guru mempersiapkan diri.

Guru dibekalkan dengan perisian pengajaran agar mereka boleh menggunakannya untuk memperbaiki pengajaran mereka di dalam kelas dari segi menerangkan konsep-konsep matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Berlatihlah berulang kali sehingga fasih. Kandungan yang interaktif dan beranimasi pula boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menjadikan pengajaran mereka di dalam kelas lebih menarik dan mudah difahami pelajar. Dalam perisian ini pula, jika guru rajin menerokanya, dapat dilihat bahawa guru-guru dibantu dari segi telah tersedia ruangan latihan untuk guru dan murid, ringkasan mengajar dan kerja rumah. Jika dimanfaatkan sepenuhnya, beban tugas guru sebenarnya akan menjadi ringan sedikit.

Jika guru menganggap kandungannya terlalu susah atau terlalu mudah untuk murid mereka, maka terserah kepada kebijaksanaan guru untuk mengolah semula bahan-bahan di dalamnya untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk keupayaan pelajar mereka. Lagipun di dalam komputer bimbit yang diberikan terdapat aplikasi yang dibekalkan untuk tujuan.

Dalam latihan perkakasan PPSMI Fasa Empat, perubahan dilakukan dalam modul latihan bagi membolehkan guru-guru memanfaatkan sepenuhnya komputer bimbit dan perisian yang diberi, membina dan mencari sendiri bahan bantu mengajar menggunakan ICT, seterusnya membolehkan mereka memperoleh dan berkongsi bahan-bahan tersebut dengan ramai melalui internet.

Saya percaya Tun Dr Mahathir, Menteri Pelajaran dan profesional pendidikan ketika itu sedar bahawa guru-guru kita memang belum bersedia tetapi disebabkan keperluan untuk menguasai subjek ini dalam bahasa Inggeris dilihat amat mendesak dalam konteks globalisasi, maka diusahakan pelbagai kaedah untuk membantu guru-guru kita.

Cuma, sama ada dari segi pelaksanaan ia berlaku seperti yang dirancang, itu adalah pertanyaan yang perlu dijawab oleh pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru yang terlibat. Itu juga soalan yang perlu dijawab oleh pegawai pelaksana yang berada di sejumlah bahagian di KPM dan Kementerian Kewangan.

Dari segi kajian yang dibuat, saya berpandangan masyarakat tidak boleh memandang rendah kesungguhan guru kita untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Berdasarkan nota saya dalam Persidangan Meja Bulat Pertama, dapatan Ujian Penilaian Tahap Profesiensi (PTP) ke atas guru Bahasa Inggeris yang dibentangkan menunjukkan bahawa peratus guru yang berada di tahap profisien pada tahun 2007 adalah sebanyak 32 peratus manakala yang berada di bawah tahap profisien adalah sebanyak 68 peratus, tetapi pada tahun 2008 peratus yang berada di tahap profisien ini sudah meningkat ke tahap 64 peratus dan yang berada di bawah tahap profisien pula menurun kepada 36 peratus.


Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP)
Rabu, 12 Mac 2009

Monday, March 9, 2009

Yang penting - kuasa; yang pandir - Samseng Bahasa

Apabila prinsip dan asas perjuangan sudah salah, orang bahasa akan menjadi samseng bahasa. Itu kesimpulan untuk menggambarkan tindakan ganas mereka di jalanan. Apabila tradisi ilmu dan intelektual diketepikan, maka perbezaan pendapat akan dibawa ke jalanan.
Apa yang budak-budak muda yang keliru ini tidak sedar mereka hanya digunakan sebagai rubber stamp pembangkang dan menjadi bidak perjuangan pembangkang. Hasrat pembangkang satu sahaja - untuk mewujudkan kekacauan dalam negara; jelas apabila mereka menolak ruang permuafakatan dan perbincangan seperti yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam lima siri Persidangan Meja Bulat PPSMI dan menganjurkan kekacauan demi kekacauan; selepas gagal mengambil alih pemerintahan negara secara demokrasi. Budak hingusan yang pendek akal fikiran, tidak sedar mereka hanya menjadi alat mewujudkan ketidak stabilan di dalam negara yang PASTINYA AKAN MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA DALAM SUASANA KRISIS EKONOMI SEDIA ADA. Perkara ini bukan baru - Penyokong Anwar Ibrahim pernah melakukannya dulu dalam tahun 1998. Demi kuasa, mereka sanggup menjahanamkan negara.

Akibat hasutan parti politik, pemikiran golongan muda ini terkongkong di dalam kerangka ideologi sesebuah parti politik atau organisasi luar / badan bukan kerajaan (NGO) yang mempengaruhinya dan menjadi terlalu bergantung kepada pandangan yang disuapkan oleh kumpulan-kumpulan ini dan tidak mempunyai inisiatif untuk membuat kajian sendiri. Hasilnya – reaksi pelajar terhadap sesuatu isu adalah berpihak dan sama dengan kumpulan yang menguasai pemikiran mereka.

Demonstrasi dan rusuhan pada tahun 1998 merupakan bukti nyata kepada kebekuan idealisme golongan muda tertentu; yang keliru tentang perbezaan di antara inteletualisme dan brutalisme. Akibat konflik yang timbul di dalam UMNO, mereka digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan.
Pelbagai fitnah dan penipuan dilemparkan. Kononnya krisis ekonomi yang timbul merupakan akibat dari kerajaan yang korup dan yang mengamalkan kroni kapitalisme. Semangat untuk menumbangkan kerajaan telah diapi-apikan. Kumpulan yang mendalangi gerakan ini mahu mengulangi kejayaan gerakan pelajar negara jiran yang dapat menumbangkan kerajaan mereka yang dikatakan korup. Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh gerakan pelajar ketika itu, alasan korupsi dan kronisme bukan penyebab utama krisis ekonomi. Serangan spekulator matawang dan penarikan modal asing secara besar-besaran merupakan faktor utama kekusutan ekonomi ketika itu. (Ini diakui oleh pelbagai pengiktirafan terhadap negara, khususnya kepada Tun Dr Mahathir selepas krisis)

Keterbukaan sistem kewangan dan globalisasi tanpa kawalan telah menyebabkan kegawatan ketika itu. Negara-negara tertentu dan rakyat mereka telah dimiskinkan. Manakala banyak perniagaan terpaksa ditutup dan dijual pada harga yang murah, pertamanya akibat penurunan nilai mata wang oleh spekulator matawang, keduanya disebabkan alasan kelemahan kedudukan kewangan dan kegawatan ekonomi.
Negara ketika itu sedang berada di ambang penjajahan ekonomi, bagaimanapun gerakan pelajar telah gagal untuk memahaminya. Ketika kerajaan sedang memfokuskan usaha untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa ekonomi asing, demonstrasi dan rusuhan yang disertai oleh golongan muda yang keliru ini telah memburukkan lagi keadaan.
DEMONSTRASI JALANAN dan rusuhan ini menjadi BAHAN BERITA kepada pihak MEDIA ASING untuk terus memberi gambaran buruk tentang kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang sedang menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi, tidak mempunyai banyak pilihan sebaliknya terpaksa menghalang perbuatan merusuh bagi mengelakkan keyakinan terhadap kestabilan negara dari terus merudum.
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat ketika menganalisis peristiwa tahun 1998.
Pertamanya; apakah yang mendorong tindakan oleh gerakan golongan muda yang keliru pemikirannya ketika itu? Adakah idealisme yang mendorong tindakan tersebut asli (‘original’) dari pemikiran golongan muda , atau apakah ia merupakan ujaan dari pihak yang berkepentingan?

Keduanya; apakah kaedah tindakan yang dipilih oleh golongan yang keliru tersebut menyelesaikan masalah, atau memburukkan lagi keadaan? Pada ketika itu, kecetekan pengetahuan dan keterbatasan kemampuan golongan ini untuk melakukan penyelidikan menyebabkan golongan ini terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi dan ucapan yang berapi-api.
Akibat terpengaruh, golongan muda berhingus telah diperalatkan seperti bidak-bidak catur oleh pihak yang berkepentingan. Mereka telah digerakkan dengan sesuka hati, biarpun dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa dan pelajaran mereka.Idealisme yang dibawa oleh mereka bukan asli sifatnya, tetapi lebih bersifat `pak turut’. Gerakan golongan muda yang keliru ini yang kononnya tidak mahu menjadi `rubber stamp’ kepada kehendak kerajaan, rupanya menjadi `rubber stamp’ kepada pihak pembangkang. Mereka telah `diaruhkan’ menggunakan taktik politik yang kotor dan keji serta dihasut untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokratik, melalui cara yang terang-terang tidak demokratik.Dari segi logiknya, perbuatan mereka yang merusuh dan berdemonstrasi sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya tindakan mereka ketika itu merosakkan lagi tahap keyakinan terhadap kestabilan negara. Mereka hanya perlu melihat ke negara jiran untuk mengetahui impaknya. Gerakan mereka ketika itu telah gagal untuk melihat bahawa masalah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan menimbulkan lebih banyak masalah lagi. Bagaimanapun, akibat telah di’brain-washed’ dengan dakyah pembangkang, mereka menjadi `buta’ dan berpandangan bahawa tindakan mereka tersebut adalah sebaik-baik cara.
Kesedaran politik perlu disertai dengan kebijaksanaan politik dan rasa tanggungjawab. Jika tidak, kita tidak jauh berbeza dengan mana-mana `political animal’ yang sanggup menghalalkan sebarang cara demi mendapatkan kuasa.

HANYA ORANG TIDAK BERFIKIR sahaja yang melihat tindakan berdemonstrasi bermula dari BERSIH, HINDRAF sehinggalah Anti PPSMI TIDAK bermotifkan politik dan kegilaan untuk merampas kuasa. HANYA MEREKA YANG BUTA AKAL FIKIRAN sahaja gagal melihat - apa sahaja isu, walaupun bodoh dan palsu - akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menaikkan emosi rakyat demi merampas kuasa yang gagal mereka perolehi melalui peti undi. Bagi mereka yang gila kuasa ini - matlamat menghalalkan cara - tidak kiralah walaupun ia boleh menjejaskan ekonomi negara. Yang penting kuasa; yang pandir - samseng bahasa.

Thursday, March 5, 2009

Polemik PPSMI berterusan


Saya terpanggil untuk melanjutkan polemik program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan kerana saya beriya-iya hendak mempertahankan PPSMI, tetapi lebih disebabkan oleh sikap melampau penentang PPSMI yang sanggup memanipulasi, menipu, menyalah gunakan agama, bersekongkol dengan pihak yang mengenepikan perjuangan bangsa Melayu semata-mata untuk menentang PPSMI.

Sebagai kelompok yang mendakwa mereka lebih bijak dan berilmu, berhujahlah secara matang berlandaskan tradisi intelektual dan budaya ilmu. Janganlah mengemukakan hujah-hujah yang terlalu umum semata-mata untuk mengelirukan masyarakat. Bagi saya, apabila seseorang mengemukakan hujah yang bersifat terlalu umum, ia adalah manifestasi kecelaruan pemikiran pemiliknya.

E-mel yang saya terima daripada Mohamed Makhtar misalnya, menyebut bahawa “Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang sama seperti bahasa Inggeris jika kita berusaha. Kita ada Indonesia yang menggunakan sepenuhnya bahasaIndonesia. Bahasa dicipta oleh Allah SWT untuk sesuatu bangsa.” Beliau juga menyebut bahawa “pihak UNESCO/WORLD BANK ada mengesyorkan supaya pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda kepada negara-negara sedang membangun” dan “semua kajian akademik menunjukkan pengajaran PPSMI menyebabkan masalah besar kepada pelajar.”

Premis pertama saya ialah, saya tidak menolak sebarang usaha untuk memperkasa kedudukan bahasa Melayu di dalam negara. Malah dalam banyak keadaan saya terlibat di dalam usaha untuk memperkasa kedudukannya.

Ya, memang bahasa dicipta oleh Allah SWT untuk sesuatu bangsa, tetapi berapa banyakkah bahasa yang telah pupus atau sudah hampir tidak wujud lagi, termasuk bahasa qibti yang menjadi bahasa kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.? Tiada yang kekal dalam kalangan sesuatu yang baharu, termasuk bahasa; yang kekal hanyalah Allah SWT.

Benar, kita perlu berusaha memperkasa kedudukan bahasa Melayu. Soalnya kenapa berlaku kemerosotan penggunaan bahasa Melayu di negara kita? Ia tidak berlaku sejak tahun 2003, iaitu semasa PPSMI dilaksanakan, tetapi telah berlaku lebih awal lagi; mungkin sekitar 10 tahun sebelum itu lagi. Mengapa? bukan sebab PPSMI, kerana PPSMI belum wujud ketika itu. Saya percaya orang bahasa mempunyai jawapannya dan menyedari isunya.

Kedua, syor UNESCO dan Bank Dunia perlu dilihat di dalam konteksnya dan tahun syor tersebut dibuat. Syor Kesatuan Eropah sekarang sudah berbeza. Berikut adalah petikan dari dasar bahasa Kesatuan Eropah; “Dasar bahasa Kesatuan Eropah dalah menggalakkan multilingualism dan menyasarkan keadaan di mana setiap warga Kesatuan Eropah dapat berbahasa dalam sekurang-kurangnya dua bahasa asing sebagai tambahan kepada bahasa ibunda mereka. Ini berikutan gesaan pemimpin Kesatuan Eropah pada Mac 2002 di Barcelona European Council bahawa setiap kanak-kanak di dalam Kesatuan Eropah sewajarnya diajar sekurang-kurangnya dua bahasa asing sejak peringkat awal usia lagi. Content Language Integrated Learning (CLIL) merujuk kepada sebarang konteks pendidikan dwi-fokus di mana satu bahasa tambahan, iaitu seringnya bukan bahasa pertama pelajar terlibat, digunakan sebagai medium untuk mengajar dan mempelajari kandungan bukan bahasa.”

Ketiga, beliau silap kerana BUKAN semua kajian menunjukkan PPSMI ada masalah. Seperti yang saya sebutkan minggu lepas, secara umumnya, dari kajian dan tinjauan yang dibentangkan dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI Pertama, didapati trend pencapaian dalam PPSMI tidaklah menurun.

Saya menyebut tentang kajian trend pencapaian pelajar yang mengukur pencapaian menggunakan skor dalam ujian sains dan matematik di semua peringkat, ujian diagnostik dan ujian kompetensi bahasa Inggeris guru tidak menunjukkan trend yang menurun, sebaliknya terdapat sedikit peningkatan.

Keputusan ujian diagnostik pada tahun 2006 dan 2007 misalnya, menunjukkan peratus pelajar yang memerlukan pemulihan dalam pelbagai konstruk telah menurun. Sebagai contoh, bagi konstruk Memahami Soalan dalam Bahasa Ingeris bagi subjek sains, peratus pelajar yang menghadapi masalah menurun sebanyak 13.2 peratus. Manakala bagi konstruk Menguasai Konstruk Pengetahuan bagi subjek matematik, peratus pelajar yang menghadapi masalah juga telah menurun sebanyak 20.2 peratus

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 4 Februari 2009

Popular Posts