Sunday, May 24, 2009

Nizar, Islamikkah mogok lapar?

Malaysian Insider reported - Perak DAP secretary Nga Kor Ming also confirmed that PR would appeal to the Federal Court as the Court of Appeal decision had set a dangerous precedent. "The ruling means that the Sultan can decide who is mentri besar and also that the Agong can decide who is prime minister. This devolves our system from a constitutional monarchy to an absolute monarchy."

Ini apa yang dikatakan oleh Nga semasa memaklumkan tentang mogok lapar yang akan diketuai oleh Nizar. Pertama - MOGOK LAPAR BUKAN dari tradisi atau ajaran Islam. Sebaliknya kita diajar oleh tok guru-tok guru yang jujur dan ikhlas dahulu bahawa solat hajat dan berdoa adalah ajaran Islam.

Kedua, benarlah apa yang disebut oleh rakan-rakan, DAP dan Nga yang mengajar Nizar menderhaka kepada Sultan. Seterusnya membuktikan hipotesis rakan-rakan bahawa Nizar dan Pas Perak memang tunggangan DAP. Di manakah Pemuda Pas Perak dalam hal ini? Kerana kuasa - mereka rela pemimpin mereka di`perkudakan' oleh parti yang tidak menjujung pelaksanaan Hudud dan Qisas serta pembentukan sebuah negara Islam.

Ketiga, DAP sekali lagi memainkan sentimen menderhaka Sultan Perak dan Institusi Raja-Raja Melayu melalui kenyataan Nga. Adakah itu maksud penghakiman semalam? Jelasnya, dalam penghakiman semalam, tidak ada tempat yang mengatakan bahawa Sultan dan Agong merupakan PEMUTUS kepada siapa Menteri Besar dan Perdana Menteri. Bagaimanapun hari ini DAP kelihantannya secara halus sedang menuai benih kebencian terhadap Institusi Raja-raja Melayu dan api kebencian tersebut telah mereka semarakkan melalui kenyataan Nga ini!
Keempat, dalam sidang akhbar yang sama, Nga menyebut bahawa BN `merampas kuasa'. Apa yang beliau gagal fahami, itu bukan `rampasan kuasa'. Sebaliknya BN hanya bertindak `mengembalikan' kuasa perundangan, kuasa perlembagaan serta prinsip kesetiaan kepada Institusi Raja-raja Melayu; yang tidak lagi dihormati; yang hendak diruntuh serta dibuang oleh pembangkang, melainkan pada ketika ia memberi manfaat kepada mereka.
Jika pembangkang tidak boleh menghormati prinsip-prinsip, maka ke manakah akan kita bawa masyarakat majmuk kita nanti? Masyarakat kurang ajar, kurang adat, adab dan budaya serta yang sengaja mencabar undang-undang?

5 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
KAWAN SIMPATI DENGAN NASIB YANG DIALAMI OLEH NIZAR DAN SIVA. INI ADALAH TIDAK ADIL SAMA SEKALI.ADAKAH KEADILAN BUAT MEREKA???

JEMPUT BLOGG KAWAN
www.gomounited.com

Generasi Pejuang Bangsa said...

Ini menunjukkan mereka sanggup membuat apa sahaja demi untuk merebut kuasa..

mereka bukan mahu ambil kira kepentingan rakyat Perak tetapi pikir kepentingan diri mereka dulu.

leman said...

harap dapat tuan dan blog pro umno sokong kempen no2anwaribrahim916 dan naikkan logo no2anwarivrahim916 TQ silalayari http://no2anwaribrahim.blogspot.com

Shahnon said...

Pertama kali singgah blog ni.
Teruskan menulis. :)

Anonymous said...

salam bro,
matlamat mereka = dun bubar dan pilihanraya.

selagi tidak tercapai mereka akan buat apa sahaja.

kuasa atau hakim rakyat? hanya alasan mereka menghalalkan cara

Popular Posts