Saturday, November 5, 2011

Akhbar Cina kritik KSN & Pegawai Kerajaan membazir, cuai jaga aset


Nanyang siangpau
Opinion Corner m/s A18
28 Oktober 2011 (Jumaat)

Berharapkan Tiada Pembaziran Lagi
Chew Siew Yang

Sudah setahun berlalu, kembali lagi laporan Jabatan Audit Negara dibentangkan, apa yang kita lihat jabatan dan agensi kerajaan sekali lagi menjadi bengang.

Pengalaman saya berpindah rumah baru-baru ini, saya minta beberapa orang tukang ubah suai rumah datang membuat penilaian kos, saya cuba dapatkan tukang yang mana yang lebih sesuai dengan harga saya; semasa membeli batu mozak juga saya pergi ke tiga tempat untuk bandingkan hasil serta harga barang itu, memilih alat elektrik rumah juga saya pergi banyak tempat, jika ia tidak sesusai saya tidak akan membelinya, jika ia terlalu mahal saya juga tidak akan fikirkannya lagi, sekurang-kurangnya saya mahu siapkan semua itu mesti dalam bajet saya, saya percaya rakyat biasa mampu untuk kendalikan perkara seperti ini, kerana wang yang kita perolehi adalah hasil titik peluh keringat kita sendiri, mungkin pada pandangan orang lain angka itu tidak membebankan mereka, tetapi pada orang biasa dan rakyat biasa itu perlu dikira dengan rapi dan teliti.

Cuba kita lihat kembali apa yang jabatan kerajaan telah buat, menjaga duit yang berjuta-juta ringgit dan angka yang begitu besar, mungkin wang itu terlalu banyak, sebab itu apabila hadapi angka-angka yang kecil mereka tidak ambil pusing dan tidak begitu sensitif.

Sebab itu jika rakyat yang punyai RM400 ringgit di kocek, mereka akan lebih teliti untuk memilih dan membeli barangan yang diperlukan itu (bandingkan barangan itu lebih daripada 3 buah kedai, kedai mana yang lebih murah dan sesuai dengan harga barangan itu) dengan harga itu boleh dapat beli sebuah ketuhar, namun apabila agensi kerajaan beli ketuhar yang sama kenapa harganya menjadi RM1,200 ringgit (adakah ketuhar yang mereka beli itu hasil daging panggang dari ketuhar itu lebih sedap?) perbezaannya hanya RM800 ringgit, kenapa kita begitu sibuk mahu ambil tahu?

Mereka Bukan Kerana Tidak Tahu Harga Di Pasaran

Pada tahun 2005 Jabatan Kaji Cuaca membeli 3 alat pengesan Tsunami, dua daripadanya telah hilang, satu lagi tidak diusik langsung, dua buah yang hilang itu kita tidak tahu ke mana ia lesap? Adakah alat itu telah ditenggelamkan oleh Tsunami? Jika benar-benar berlaku sekali lagi Tsunami seperti tahun 2003, adakah Jabatan Kaji Cuaca dapat membantu penduduk yang tinggal di pesisiran pantai? Adakah mereka mahu melihat sekali lagi kehilangan banyak nyawa penduduk barulah mereka ingat sekali lagi mahu berjaga-jaga untuk keperluan itu?

Setiap tahun laporan Audit kita nampak pihak kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan membeli sesuatu dipancung harga (ditipu) oleh orang, rakyat bukan budak kecil berumur 3 tahun tidak tahu apa-apa, pihak kerajaan mahu rakyat percaya pegawai-pegawai mereka membeli sesuatu benar-benar "tidak tahu harga barang", sedangkan membuat penyelidikan harga pun mereka tidak tahu? Adakah kerana duit yang dibazirkan itu bukan duit dari kocek sendiri, mungkin mereka rasa buat apa mereka perlu fikirkan sangat? Ataupun pada masa sama ada orang-orang yang ambil kesempatan cari untung duit masuk ke kocek sendiri, sebab itu mereka laporkan angka yang lebih tinggi? Mahu paksa rakyat mempercayainya, memberi alasan kerana dikatakan mereka tidak tahu harga di pasaran, sebab itu memberi alasan terbeli barang mahal.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj. Hassan 2 hari lepas memberi jaminan kepada orang ramai, akan ambil tindakan dalam pengurusan kewangan yang kurang efisien itu supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

Kami sanggup percaya kepada keikhlasan Tan Sri, hanya disebabkan agensi dan jabatan kerajaan terlalu banyak maka tidak terurus, kecuali semua pegawai-pegawai itu mahu bersatu hati dan bekerjasama, dan membuat pengurusan yang betul dalam pengeluaran peruntukan itu, jika tidak, pembentangan audit tahun depan nanti, perkara yang sama akan berlaku semula, apa yang berbeza nanti mungkin agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat akan ada sedikit perubahan sahaja!

Jabatan atau agensi kerajaan dikatakan terlebih perbelanjaan, jika ia digunakan ditempat yang sepatutnya, dimana rakyat yang mendapat manfaatnya, saya rasa rakyat tidak akan rasa ia keterlaluan; jika wang yang digunakan itu menjadi projek gajah putih, tidak ada kegunaannya tetapi untuk perlatan-peralatan itu sahaja telah membazirkan ruang dan kawasan, ini hanya buat orang ramai akan terfikir, kenapa pihak kerajaan anggap rakyat begitu mudah diperbodohkan, sanggup beli banyak peralatan-peralatan yang tidak berguna, pada laporan audit tahun depan nanti, adakah kita akan mengharapkan mereka lagi, sama ada mereka ditipu lagi, ataupun tidak lagi membazirkan duit rakyat!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Jeepers Creepers said...

betul juga..sebenarnya kerajaan banyak terlepas pandang dalam hal macam ni..bukan tak ada cerita pegawai kerajaan ambil barang pejabat buat macam harta sendiri..siap bawa balik rumah lagi..

bila beli barang, ada deal dengan pihak tertentu untuk keuntungan peribadi..bukan saya tak tahu cerita macam ni..

kalau kerajaan nak dipandang baik, uruskan moral penjawat awam.baik pegawai atasan sampailah pekerja bawahan.

kerajaan kena bertegas dalam hal ni.orang cina berbeza dengan kaum lain. mereka suka bandingkan penjawat aman dengan swasta.

sebab budaya mereka adalah berniaga dan bekerja sendiri jadi mereka faham sangat soal pengurusan wang.

bagi mereka, kalau kerajaan gagal menguruskan wang dengan baik, maka kerajaan itu bukanlah kerajaan yang baik untuk masa depan mereka.

Anonymous said...

padahal swasta lagi banyak makan wooo... rasuah datang dari orang Cina, orang Cina yang suka kasi rasuah dan makan rasuah. PKFZ tu siapa? bukan orang Cina punya hal kah?

Popular Posts