1. Rafizi Ramli kelihatan bodoh dan umpama badut apabila Pkr Selangor membuat kenyataan u-turn dalam hal RUU355.
2. Dalam kenyataan media Penerangan Pkr Selangor pada 11 April 2017, disebut bahawa Pkr Selangor "menyokong apa-apa usaha positif untuk memartabatkan undang-undang syariah serta institusi Mahkamah Syariah" dan "sebarang kenyataan yang dikeluarkan mana-mana anggota parti adalah bersifat peribadi sepertimana yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk NGO Invoke".
3. Pkr Selangor juga mengakui dan mengesahkan "Pencerahan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan YB Takiyuddin Hassan adalah bukti bahawa RUU 355 bukanlah berkaitan undang-undang hudud dan ianya tidak melibatkan orang bukan Islam."
4. Tindakan 'u-turn' oleh Pkr Selangor ini tidak sukar difahami. Selepas melihat Ahli Parlimen Pandan dikecam hebat oleh umat Islam Malaysia, termasuk kecaman ini menjadi trending di laman facebook dan twitter, timbul rasa gentar di kalangan pemimpin Pkr bahawa mereka bakal menerima kesan politik akibat perbuatan dan kenyataan Rafizi.
5. Kepimpinan Pkr mungkin sudah mencongak bahawa perbuatan biadap Rafizi ini bakal menghilangkan sokongan umat Islam dan penyokong Pas terhadap Pkr bukan sahaja di negeri Selangor, tetapi juga di seluruh negara.
6. Nampaknya Pkr semakin sedar undi penyokong Dap belum tentu dapat menjamin survival politik mereka di Selangor dan Permatang Pauh. TANPA SOKONGAN UMAT ISLAM DAN PENYOKONG PAS, Permatang Pauh dan Selangor pasti bertukar tangan.
7. Inilah keindahan dan kekuatan apabila umat Islam bersatu. Bayangkan jika tiada langau politik seperti Parti Pribumi dan Pan. Sudah pasti parti cauvinis dan sekularis Dap tidak mempunyai tempat dalam negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Banyak spekulasi yang menyelubungi Pemuda UMNO? Seorang rakan Facebook (FB) menulis "hari ini (17 Februari 2010) Pemuda UMNO menemui P...
-
Mungkin mereka ini kurang kasih sayang dan kurang perhatian semasa kecil, bila digula-gulakan oleh pembangkang, dijanjikan macam-macam,...
-
Selama ini ramai rakyat Kelantan mempertikaikan bahawa `hasil balak habih, tapi pembangune tok nampok' . Rakyat Kelantan nampak orang te...
-
Ini baru ada fadilat! Mungkin itu kata Nik Aziz Nik Aziz Nik Mat hanya seorang politikus. Seperti amalan politikus lainnya, Nik Aziz mengel...
-
Nota : Dalam beberapa wawancara sebelum ini saya sering menyebut tentang templat perang siber yang salah sejak tahun 1998. Ini merupakan s...
-
32 Dosa Besar Kerajaan Negeri Selangor! #ReturnSgor http://keris7lok.blogspot.com/2012/03/32-dosa-besar-kerajaan-negeri-selangor.ht...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
1. SELINGKUH Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama de...
-
UMB pun bantu promosikan Hari Belia Negara 2012. Saya malas nak ambil peduli tentang perselisihan peribadi di antara blogger terte...
-
1. PM10 tidak perlulah terlalu beriya 'claim credit' berhubung perlepasan kapal tangki minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz keran...

No comments:
Post a Comment