Edra Energy 1MDB: Hujah Presiden TNB-JOU dangkal, berunsur pembohongan dan hasutan.
1. Presiden TNB-JOU memulakan kenyataannya dengan satu pembohongan apabila cuba menakut-nakutkan pekerja TNB kononnya nasib TNB akan menjadi seperti MAS. Umum mengetahui konteks model perniagaan, persaingan dan krisis dalam Mas amat berbeza berbanding TNB.
2. Pembohongan kedua TNB-JOU adalah apabila menggambarkan seolah-olah, jika kerajaan membenarkan pembelian Edra Energy 1MDB oleh syarikat luar, ia bermaksud kerajaan telah memansuhkan Dasar Pegangan Had Maksimum Ekuiti Asing untuk KESELURUHAN industri Bekalan Elektrik Negara. Hakikatnya, sekiranya berlaku pembelian oleh pihak asing sekali pun, ianya hanya melibatkan Edra Energy dan BUKAN PEMBELIAN TNB.
3. TNB bukan seperti MAS. TNB juga bukan seperti IPP yang lain, walaupun ia turut bersaing dengan IPP lain dalam tender-tender pembinaan stesen janakuasa dan perbekalan tenaga dengan IPP lain.
4. TNB tidak sama dengan MAS kerana TNB adalah satu-satunya syarikat yang membeli tenaga yang dibekalkan termasuk oleh TNB dan IPP lain, mengendalikan transmisi kepada pengguna dan ia juga mengenakan caj ke atas pengguna, di kalangan syarikat perniagaan dan rakyat biasa. Akhirnya penentuan harga pembelian dari IPP dan penentuan caj ke atas pengguna pasti akan turut melibatkan TNB, bukannya IPP, seperti Edra.
5. Tindakan TNB-JOU menggunakan hujah pemilikan asing ke atas IPP dan menakut-nakutkan pekerja TNB (dan rakyat) agar TNB dapat membeli Edra pada harga yang murah adalah tindakan yang tidak bertanggung jawab. Selain pembohongan, ia juga berunsur fitnah dan hasutan kerana BUKAN TNB yang dibeli, tetapi IPP (Edra) yang akhirnya akan membekalkan tenaga kepada TNB pada tarif yang dipersetujui oleh TNB.
6. TNB merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM5.25 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mei 2015. Ini adalah setahun selepas Perdana Menteri menyebut (pada Mei 2014) "kerajaan perlu menimbangkan perkara yang amat sukar, termasuk menaikkan tarif elektrik bagi bagi menjamin TNB menjadi sebuah organisasi berstatus juara serantau dan juara global dalam pembekalan elektrik pada masa depan".
7. Saranan beberapa pihak agar aset 1MDB tidak dijual kepada pihak asing boleh difahami. Mereka mungkin bimbang sekiranya tarif yang tinggi dikenakan jika ia dipegang oleh pihak asing.
8. Kebimbangan ini walaupun boleh diterima tetapi sebenarnya tidak 100% tepat kerana dari 13 stesen janakuasa ini, hanya 5 berada di dalam negara. 8 lagi berada di luar negara dan tarif yang ditawarkan bukan ke atas rakyat Malaysia. Kedua, cuma stesen janakuasa yang dijual. TNB masih mempunyai kawalan terhadap tarif kerana ia mengendalikan transmisi dan menentukan harga. Stesen janakuasa hanya menawarkan tarif dalam bidaan kepada TNB dan TNB yang menentukan tarif ke atas pengguna.
9. Walaupun secara prinsipnya, kita mahu pihak tempatan memegang aset-aset 1MDB, tetapi pembelian aset-aset ini oleh pihak lain, selain TNB mempunyai beberapa sisi positif termasuk dari segi menggalakkan persaingan dan mengurangkan kesan akibat monopoli. Misalnya, melalui penyertaan 1MDB dalam industri tenaga, tarif yang lebih rendah telah dapat ditawarkan. Ini terbukti dalam pembidaan projek janakuasa Prai, di mana tarif yang ditawarkan 1MDB adalah 34.6 sen/kWh berbanding tawaran TNB pada 34.7 sen/kWh dan IPP-IPP lain, iaitu melebihi 35.9 sen/kWh. Dalam projek 3B, misalnya, sekali lagi terbukti bahawa tarif yang ditawarkan 1MDB semasa bidaan adalah lebih rendah, iaitu sebanyak 25.33 sen/kWh, manakala tarif TNB semasa pengambil alihan daripada 1MDB adalah lebih tinggi, iaitu sebanyak 26.66 sen/kWh.
10. Kedua, pembelian oleh pihak lain selain TNB boleh mengelakkan andaian bahawa penjualan ini merupakan 'bail-out'. Apalagi jika TNB membeli Edra pada harga yang rendah daripada harga pasaran. Bukan sahaja ia dilihat sebagai tindakan 'bail out', tetapi memberi persepsi negatif bahawa aset 1MDB tidak berkualiti dan syarikat tersebut berada di dalam keadaan terdesak dan sedang dijual pada harga 'firesale'.
11. Bagi mengelakkan persepsi-persepsi negatif ini, ada baiknya 1MDB menjual Edra kepada pembida tertinggi. Jika 1MDB masih mahu atau 'TERPAKSA' juga menjual kepada TNB, janganlah dijual kepada harga yang lebih rendah daripada harga bidaan yang ditawarkan oleh firma-firma asing. Proses ini mesti dibuat berdasarkan merit dan penilaian pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Nota : 12 perkara UTAMA yang menjadi intipati Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 11 April 2014. 8 hujahan penting yang menyokong dan memp...
-
Blogger My Massa telah menyiarkan keratan akhbar ini sebagai bukti penipuan pembangkang. Terima kasih dan saya ingin meletakkannya di blog s...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
NOTA : Angin ada. Bunyi ada. Pohon bergoyang. Entah apa kaitannya tak tau la. Tapi mungkin sebab ada monyet... beli popcorn, hot do...
No comments:
Post a Comment