Monday, April 13, 2015

Ekonomi, Hutang & GST - Menjawab Tun M, Dr Khairudin tentang prestasi Najib



1. Sejak kebelakangan ini terdapat terlalu banyak usaha untuk memperkecilkan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional di dalam menguruskan ekonomi negara. Dalam kebanyakan keadaan kritikan yang dibuat tidak bersandarkan fakta tetapi hanya merupakan permainan angka dan persepsi semata-mata. 

2. Terbaru adalah tulisan Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali yang cuba mempertikaikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mengaitkannya dengan keborosan kerajaan berbelanja.

3. Saya suka menjelaskan bahawa tulisan Dr Mohd Khairuddin ini mempunyai beberapa kecacatan kerana dia tidak benar-benar memahami:

i. Kronologi perubahan defisit perbelanjaan negara sejak tahun 1997 sehingga sekarang

ii. Takrif hutang negara yang terbaru dan sebab-sebab negara berhutang serta konteksnya bagi memastikan pertumbuhan positif ekonomi negara

iii. Sumber pendapatan sebenar negara, termasuk kekhilafannya bila menyebut bahawa petroleum adalah penyumbang lumayan pendapatan negara sedangkan Malaysia merupakan negara pengimport bersih petroleum 

iv. Manfaat sebenar GST kepada rakyat, peniaga dan negara berbanding SST, termasuk kefahaman tentang bagaimana GST menghalang kehilangan pendapatan oleh peniaga melalui shadow economy dan sebab Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan kutipan GST


4. Masalah negara memang bermula daripada tahun 1997 dan 1998 akibat krisis matawang dan berlanjutan sampai ke hari ini. 


Kedudukan defisit bajet negara selepas krisis ekonomi tahun 1998, surplus 2.4% dan 
berada pada paras 5.3% pada tahun 2003


Defisit perbelanjaan negara meningkat selepas krisis ekonomi tahun 2008 dan memberi kesan kepada perbelanjaan negara tahun 2009 pada kadar 4.6% dan tahun 2010 pada 6.7%.


5. Pada tahun 1998, krisis matawang menyebabkan pertumbuhan ekonomi kita menguncup sehingga negatif 7.4 % ( -7.4% ). Bagi menyokong kembali ekonomi yang menguncup di bawah paras negatif tentulah memerlukan perbelanjaan yang banyak dan atas dasar itu perbelanjaan negara mengalami defisit.



6. Selain membantu pertumbuhan ekonomi,  negara juga perlu mengekalkan jumlah subsidi yang telah diberi kepada rakyat, termasuk subsidi minyak. Pada tahun 1997 dan 1998, subsidi hanya sekitar RM934 juta sahaja, tetapi pada tahun 2014 jumlah subsidi sudah meningkat kepada RM40 bilion, iaitu meningkat sebanyak RM39 bilion.


Subsidi tahun 1997 adalah sebanyak RM 934 juta 
dan pada tahun 1998 dianggarkan RM 895 juta


Subsidi tahun 2013 adalah sebanyak RM43.3 bilion, 
2014 sebanyak 40.5 bilion dan 2015, dianggarkan RM 37.6 bilion


7. Pada tahun 2006 hutang negara sekitar RM247 billion tetapi selepas krisis matawang 1997/98 terdapat satu lagi krisis ekonomi global, iaitu pada tahun 2008 yang menyebabkan ekonomi negara juga terjejas dan mengalami penguncupan pertumbuhan sekitar negatif 1.5% ( - 1.5% ).



8. Sekali lagi kerajaan terpaksa menyokong ekonomi negara dan defisit ketika itu (tahun 2010) adalah 6.7%. Ketika ini Datuk Seri Najib baru sahaja mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi.

9. Pada tahun 2011, iaitu hanya selepas dua tahun Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri defisit sebanyak 6.7% pada tahun 2010, dikurangkan kepada sekitar 5.4% sahaja. Selain berjaya mengurangkan defisit sebanyak 1.3%, Datuk Seri Najib juga berjaya memastikan pertumbuhan ekonomi negara melonjak daripada – 1.5% pada tahun 2009 kepada 7.4 %. Satu pencapaian yang amat baik di saat banyak negara Eropah yang jatuh bankrap.





10. Selepas 2009, memang hutang meningkat, tetapi ekonomi juga meningkat dan defisit perbelanjaan tahunan menurun. 



11. Terbaru hutang luar negara bertambah sebab takrif baru hutang luar negara IMF yang jadikan pegangan modal asing juga sebagai hutang luar negara. Kenapa hutang luar negara bertambah begitu banyak? Kerana ketika ini pasaran bond dan sukuk Malaysia adalah paling besar di Asia Tenggara dan ketiga terbesar di Asia. Ramai pelabur asing yang membeli bond dan sukuk terbitan Malaysia dan jumlah ini turut dikira sebagai hutang negara.




12. Walaupun tercatat Hutang Luar Negara sebanyak RM 744 bilion, tetapi 42% adalah hutang bukan pemastautin, 37% hutang swasta, 19% lain-lain hutang dan Hutang Luar Negara Kerajaan Persekutuan hanya 2%, iaitu RM16.8 bilion sahaja. 

13. Adalah silap untuk mengatakan berlaku ketirisan dan pembaziran yang berleluasa pada zaman Datuk Seri Najib kerana defisit perbelanjaan menurun setiap tahun sejak beliau mengambil alih pentadbiran, iaitu dari 6.7% pada tahun 2009, selepas itu ia turun kepada 5.4% (2010), seterusnya 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014) dan dalam bajet 2015, 3.0%. Bagaimanapun sasaran ini dinaikkan sedikit kpd 3.2% semasa ucapan pengubahsuaian bajet 2015, kesan daripada penurunan harga minyak dunia dan bencana banjir besar.



14. Penurunan defisit perbelanjaan dari 6.7% pada tahun 2009 kepada 3.2% pada tahun 2015 menunjukkan Datuk Seri Najib bersungguh-sungguh berusaha membetulkan kembali perbelanjaan negara.

15. Dari tulisan Datuk Dr Khairudin, kita juga dapati kefahamannya mengenai GST tidak tepat. GST adalah kaedah cukai yang lebih baik daripada sistem percukaian sedia ada, iaitu SST. Pertama, GST menyebabkan elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan. GST tidak seperti SST yang mengakibatkan cukai menjadi sebahagian daripada kos barangan dan di'mark-up' bersama dengan harga barang di setiap peringkat sebelum dijual kepada pengguna. 




16. Bila cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos, kos pengeluaran menjadi lebih rendah untuk peniaga, seterusnya harga kepada pengguna juga sepatutnya menjadi lebih rendah kerana tidak ada kesan cukai berganda dan cukai bertindih ke atas pengguna. Kedua, GST baik untuk rakyat kerana harga dan untung peniaga dapat dianggar oleh kerajaan berbanding semasa SST. Semasa SST harga susah dianggar maka, agak susah untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas peniaga yang tamak dan mengambil untung berlipat kali ganda menggunakan  Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

17. GST juga baik untuk peniaga yang jujur kerana apabila mereka boleh menuntut cukai input, bermaksud kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka dapat dikurangkan. Harga mereka dengan itu akan menjadi lebih kompetitif.

18. GST `tidak baik dan zalim’ hanya kepada peniaga yang menipu, yang mengelak cukai, yang tidak berdaftar, yang menjalankan peniagaan yang diragui dan haram kerana ruang untuk menipu lebih sukar di bawah GST. Akibat peniaga sukar melarikan diri dari dicukai, dianggarkan pendapatan melalui GST jauh lebih baik drpd SST, iaitu tambahan sekitar RM 10 bilion

19. Bagaimanapun walaupun ada GST, hasil pendapatan utama negara masih disumbangkan oleh Cukai Pendapatan. Sebelum ini SST hanya menyumbangkan sekitar 8% daripada hasil pendapatan negara. Selepas pelaksanaan GST, dianggarkan GST pula menyumbang sekitar 9.2%. Bagaimanapun Cukai Pendapatan menyumbangkan sekitar 55% hasil pendapatan negara.


20. Betul cukai pendapatan cuma dibayar oleh 3 juta orang, tetapi 3 juta orang ini yang sedang menyumbang pendapatan negara untuk 30 juta rakyat Malaysia. Golongan kaya dan syarikat-syarikat besar adalah penyumbang utama hasil kerajaan. Jika dirujuk Jadual Kadar Cukai Pendapatan tahun 2014, kadar cukai golongan pendapatan bercukai RM 10,001 ke 20,000 setahun hanya 2%, iaitu sekitar RM 100 ke RM 200 setahun. Bagi golongan berpendapatan tinggi pula, iaitu yang bercukai RM100,000 setahun ke atas, jumlah yang dibayar jauh lebih tinggi, iaitu pada kadar 26% atau minimum RM 13,850. Apabila GST dilaksanakan, bukan saja mereka yang berpendapatan tinggi ini menyumbang melalui cukai pendapatan, tetapi nilai sumbangan mereka melalui GST juga lebih tinggi disebabkan jumlah perbelanjaan mereka jauh lebih tinggi daripada mereka yang berpendapatan rendah.


21. Datuk Dr Khairudin juga mengharamkan kutipan GST sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah ke-106 pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membuat ketetapan bahawa hukum GST adalah HARUS. Ini sebenarnya selari dengan pandangan bahawa hukum memungut cukai adalah bersifat IJTIHAD. Yusof Al Qaradawi di dalam kitabnya tentang zakat menyebut “pemerintah boleh memungut cukai atas alasan membangunkan negara… apatah lagi untuk membantu rakyat dari ditindas atau dimanipulasi oleh para peniaga yang mengaut keuntungan berlipat ganda dan ‘peniaga gelap’ yang mengelak dari membayar cukai”. Pandangan Datuk Dr Khairudin ini juga pelik kerana dia tidak pula mengharamkan kutipan cukai melalui SST, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Bakul di Kelantan, Cukai Katil di Pulau Pinang dan pelbagai kutipan cukai sedia ada.

22. Berdasarkan Bajet 2015, hasil pendapatan dan perbelanjaan negara adalah seperti berikut:-





23. Bagaimana Datuk Dr Khairudin boleh mengharamkan cukai yang menjadi sumber kepada pembayaran gaji (RM65.6 bilion) dan pencen penjawat awam (RM16.2 bilion), subsidi (RM37.7 bilion), pembiayaan pendidikan (RM 53 bilion), kesihatan (RM21.9 bilion), perumahan (RM746 juta) dan keselamatan negara (RM4.9 bilion)? Adakah dia juga mengharamkan gaji dan semua subsidi yang diterima oleh rakyat kerana kononnya datang dari sumber haram?

4 comments:

M.Perry said...

Satu analisa ekonomi semasa Malaysia yang adil dan telus tanpa prejudis atau memihak sesiapa. Hujah-hujahnya boleh diterima kerana bersandarkan statistik resmi.

azam mahmood said...

Analisa yang baik. Hanya yang faham dan baca ekonomi akan faham. Bagi yang tak belajar ekonomi susah nak faham.

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

maurice said...

Tolong buat analisa terhadap projek projek di Kementerian Pertahanan.Projek LCS oleh Boustead Naval Shipyard dan Projek ACV 8X8 oleh Deftech DRB-Hicom.Tolong komen Kerajaan boros atau tidak.

Popular Posts