Friday, April 11, 2014

UNISEL rugi RM37 juta sebelum PR beri #PendidikanPercuma? Hotel tutup, IPT rugi..



Ini belum lagi bagi Pendidikan Percuma. Kalau bagi, confirm UNISEL tutup macam Quality Hotel Shah Alam. Ada ka hotel kat tengah-tengah Shah Alam boleh rugi.. Ini bukti pemimpin PR tak pandai mentadbir. Setakat bagi ceramah, buat demo boleh lah. Tak payah tengok jauh, si Rafizi Ramli yang kononnya paling bijak dalam PR pun boleh buat unjuran Pendidikan Percuma salah, inikan pemimpin-pemimpin PR yang diketahui rata-rata kurang cerdik. Kalau buat projection Pendidikan Percuma salah, bayangkan bila dah laksana dasar. Kalau dah buat projection salah, macam mana perniagaan nak untung? Jadi tak perlu soal banyak kenapa Quality Hotel di tengah-tengah bandar Shah Alam boleh kena tutup, UNISEL pula rugi sampai RM37 juta. Sampah pun PR ni tak boleh urus, jangankan benda yang lebih besar..


Exco Pendidikan: Kekurangan asrama punca Unisel rugi
Adam Abu Bakar | April 11, 2014

Menurut Halimah Ali kerugian ini berlaku apabila asrama jauh daripada kampus, dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan daripada ibu bapa.

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali menjelaskan bahawa kekurangan asrama di Universiti Selangor (Unisel ) di Kampus Bestari Jaya antara punca mengalami kerugian.

“Kerugian ini berlaku apabila asrama jauh daripada kampus, dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan daripada ibu bapa,” katanya sewaktu perbahasan di Dewan Negeri Selangor.

Tambah Halimah lagi, perkara sebaliknya berlaku di Kampus Shah Alam yang mana, pihak Unisel terpaksa mengehadkan jumlah kemasukan pelajar.

Dalam pada masa yang sama, ADUN Selat Kelang turut menjelaskan situasi semasa Unisel Kampus Bestari Jaya.

“Kita nak paksa pelajar masuk ke Kampus Bestari Jaya pun susah, sebab keadaan masih belum lagi selesa, dan biarlah sehingga 30 Jun nanti, barulah kita akan lakukan pemasaran secara meluas untuk Kampus Bestari Jaya.

Jelasnya lagi, sistem perkumbuhan juga menjadi salah satu faktor kurangnya pelajar.

“Untuk membaiki sistem perkumbuhan menelan belanja yang banyak,” ujarnya.

Halimah menjawab soalan yang diajukan oleh ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang mendesak ADUN Selat Kelang itu memperjelaskan mengenai kerugian berturut-turut yang dialami oleh Unisel  semenjak tahun 2009 lagi.

Budiman mendakwa, universiti milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sebanyak RM37 juta.

2 comments:

abdul karim said...

salam

bila melibatkan pendidikan.... both side kena cooperate...

Bow said...

Apa yang kau orang merepek ni....apa kena mengena pasal.jauh. , pasal kos kumbahan , pasal kewangan lah....kan Kao orang dah janji nak bagi percuma semua kan? KerJaan Selangor nak tanggung semua kan? Maknanya kau orang dah Ada duit nak buat suma tu. Jangan lah cakap berbelit2 macam munafik.

Popular Posts