Friday, March 28, 2014

Terkini #AntiCOMANGO : CENTHRA kumpul cendekiawan, NGO Islam lawan #COMANGO




Siapa anda? 


Siapa MEREKA?



Tuntutan mereka... 


MuslimUPRo tubuhkan CENTHRA, fokus isu Islam dan Hak Asasi Manusia
March 27, 2014 


Azril Mohd Amin

"CENTHRA ini diharapkan dapat mengumpulkan para pemimpin NGI bersama-sama wakil ulama dan sarjana Muslim yang akan mengkaji syor-syor UPR 2013, bagi membantu perlaksanaan syor-syor yang bertujuan memperbaiki situasi HAM di Malaysia serta memberikan cadangan kepada pembaikan menjelang penilaian separuh penggal (mid-term assessment) UPR" - Azril Mohd Amin


BANGI, 27 Mac – Delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam ke semakan berkala sejagat ke Geneva (MuslimUPRo) mengumumkan secara rasmi penubuhan ‘Centre for Human Rights Research And Advocacy’ (CENTHRA) bagi memfokuskan isu-isu Islam dan Hak Asasi Manusia (HAM).

Menurut Ketua Delegasi MuslimUPRo, Azril Mohd Amin, CENTHRA sebuah entiti yang akan berdaftar di bawah undang-undang Malaysia akan memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam di samping memainkan peranan sebagai wahana untuk MuslimUPRo dan NGI berkongsi idea dan pengalaman semasa Proses UPR.

Katanya, CENTHRA juga akan terus memperkasa wacana dan usaha advokasi Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat.

Antara lain CENTHRA akan mengenal pasti ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa.

Jelas Encik Azril, perancangan terdekat MuslimUPRo melalui CENTHRA ini termasuklah mengadakan sesi perundingan di peringkat kebangsaan bagi meneliti laporan penuh UPR 2013 yang telah diterima secara muktamad pada 20 Mac lalu.

Pada tarikh itu, kerajaan Malaysia telah bertegas menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva, Switzerland.

Sehubungan itu katanya, dengan sesi perundingan CENTHRA ini diharapkan dapat mengumpulkan para pemimpin NGI bersama-sama wakil ulama dan sarjana Muslim yang akan mengkaji syor-syor UPR 2013, bagi membantu perlaksanaan syor-syor yang bertujuan memperbaiki situasi HAM di Malaysia serta memberikan cadangan kepada pembaikan menjelang penilaian separuh penggal (mid-term assessment) UPR.

Sesi perundingan tersebut juga akan membincangkan isu-isu yang masih menajdi kontroversi dan perlu ditangani secara bijaksana melalui mekanisme UPR dan saluran HAM di PBB.

Bagaimanapun tambahnya, MuslimUPRo akan terus membuat siri penerangan kepada masyarakat awam tentang bahaya tuntutan-tuntutan COMANGO.

Manakala di peringkat serantau, pihak MuslimUPRo telah mencetuskan persefahaman awal dengan Pusat Advokasi HAM Indonesia (PAHAM) dan Majlis Ulama dan Intelektual Muda Indonesia bagi merangka pendekatan berkesan menangani isu-isu Islam dan HAM secara berkesan di antara negara-negara ASEAN.

Selain itu, MuslimUPRo juga telah merangka hasrat memperkukuh peranan Suruhanjaya Tetap dan Bebas OIC bagi Hak Asasi Manusia, dalam usaha menyemarakkan usaha pendidikan dan kesedaran mengenai perspektif Islam dalam HAM di kalangan Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Usaha-usaha ini dilakukan atas keinsafan bahawa strategi permuafakatan adalah lebih berkesan di dalam usaha jangka panjang menangani faham sekular-liberal yang mewarnai persepktif semasa mengenai Hak Asasi Manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemuncak inspirasi penubuhan CENTHRA juga lahir dari kesepakatan NGI-NGI seusai Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaaan Malaysia pada 12 Mac 2014, beberapa hari sebelum delegasi MuslimUPro berangkat ke Geneva.


Baca juga - 

MuslimUPRo Kesal COMANGO Bantah Keputusan Malaysia

Comango sengaja cetus polemik 

Tuduhan Palsu COMANGO Terhadap Kerajaan Malaysia Di Dedahkan MuslimUPRo!!!!
Jika anda Muslim bukan hanya pada nama bersama-samalah kita tanda tangan petisyen ANTI COMANGO di sini

No comments:

Popular Posts