Friday, August 23, 2013

Kronologi Kes #KalimahAllah - Ini semua salah Menteri Dalam Negeri?




Mujahid kata umat Islam yang berkumpul di hadapan Istana Keadilan semalam bodoh



Semalam ada beberapa posting di FB yang memanipulasikan fakta dan berniat jahat untuk menyalahkan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dalam kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald oleh Gereja Katolik . 

Malangnya, tidak ramai blogger dan facebooker yang benar-benar memahami fakta kes tuntutan ini sehingga tidak dapat membetulkan permainan persepsi ini dan mempertahankan Dato Seri Hishammuddin. Saya terpanggil untuk memperjelaskan fakta sebenar sebelum kita terburu-buru menyalahkan mana-mana pihak disebabkan manipulasi fakta oleh pihak tertentu.

Tuduhan 1 - bahawa kes ini berlaku semasa ia di bawah pentadbiran Dato Seri Hishammuddin di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Baca kronologi kes di bawah, kita akan dapati ia bermula lebih awal dari 31 Disember 2007. Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah Dato Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (2006-2008) sebelum digantikan oleh Tan Sri Dato Syed Hamid Albar (Mac 2008 - April 2009) sebelum diganti oleh Dato Seri Hishammuddin (April 2009 - Mei 2013). http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Hamid_bin_Syed_Jaafar_Albar .

Jika kronologi ini diikuti, kita akan memahami bahawa kes ini telah bermula sejak sebelum Dato Seri Hishammuddin menerajui KDN dan pihak KDN secara konsisten telah tidak membenarkan Herald menggantikan Biblical God dengan perkataan Allah.

Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”

Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula  semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu.

Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu. 

Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :

Sebelum Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2007Pengarang akhbar Herald – The Catholic WeeklyPaderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Semasa Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2009Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
  • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
  • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
  • Pada 5 Januari 2010Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
  • Pada 6 Januari 2010Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
  • 22 Ogos 2013Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Tuduhan 2


Dato Seri Hishammuddin juga didakwa merupakan orang yang bertanggungjawab mengarahkan 'Penyelesaian 10 perkara berkenaan percetakan dan pengimportan Injil'. Tuduhan ini juga tidak benar kerana `Penyelesaian 10 Perkara' ini bukan keputusan beliau, sebaliknya merupakan arahan Kabinet.

Baca beberapa kenyataan ini untuk memahami kedudukan Dato Seri Hishammuddin dalam kes ini - 

Kenyataan 1

baca (http://www.anwaraidc.com/?p=38036) "Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara arahan kabinet. 

“Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan,”


Kenyataan 2

baca (http://www.malaysiakini.com/news/239020) - "Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang berhujah bagi pihak kerajaan dan KDN terhadap permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam (kanan) untuk membatalkan rayuan itu tersebut hari ini, berkata penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditawarkan kepada masyarakat Kristian pada 2011, tidak meliputi penggunaan kalimah Allah."

"Katanya, perkara itu telah ditegaskan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika membantah permohonan itu, dengan menyatakan bahawa penyelesaian 10 perkara itu tidak meliputi isu Allah."


Kenyataan 3

baca juga, zul noordin, (http://zul4kulim.blogspot.com/2013/08/kalimah-allah.html) - "Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti."


Baca juga "Memahami Proseding #KalimahAllah - Aqidah Islam terselamat kerana Menteri Dalam Negeri?"


1 comment:

bRAVEhEART said...

Hahaha! MMg salah Hishamuddin kerana tidak cukup memberi AMARAN

Popular Posts