Sehingga kini di keliling pemimpin hanya ada kepalsuan dan yang menulis juga, tanpa mengkaji fakta turut menulis kepalsuan - pertama kerana ada kepentingan, kedua kerana ketololan mengikut arus tanpa usaha mencari kebenaran...
Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain?
Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan.
Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar.
Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang.
Saya tidak menolak pandangan `school of thoughts' yang menyatakan bahawa BN ketika itu kekal relevan disebabkan kesungguhan Perdana Menteri Najib Razak dan agenda transformasi beliau. Malah ada tinjauan penjenamaan yang menunjukkan bahawa Najib Razak adalah jenama yang lebih popular berbanding 1Malaysia dan Barisan Nasional. Tinjauan yang sama juga menunjukkan ada personaliti, parti dan `soundbites' tertentu menjadi `brand eroders' atau penghakis jenama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Jadi tidak salah jika pakar penjenamaan yang menasihati `bilik peperangan' / `war room' untuk meneruskan penjenamaan Najib Razak berbanding jenama lain dan mengenepikan sama sekali 'brand eroders' daripada sebarang jendela kempen PRU13. Cuma saya dan beberapa orang rakan seperti Timbalan Pengerusi UMB, Razlan Rafii sering mengingatkan bahawa sampai satu ketika sebelum tempoh berkempen, jenama BN itu mesti ditonjolkan kerana rakyat akan mengundi BN atau PR; bukan Najib Razak atau Anwar.
Bagaimanapun pandangan Tun Daim adalah tepat bila menyatakan bahawa terdapat masalah dan kecelaruan dalam pemilihan calon-calon BN.
Cuma apa yang para penulis blog dan cybertroopers tidak sedar - bukan Datuk Allies Anor yang menasihatkan pemilihan calon-calon tersebut, tetapi individu lain. Masalahnya, individu yang menasihati PM tentang calon ini terus bebas tanpa dipersalahkan, baik selepas pengumuman calon mahu pun selepas hari pengundian PRU13.
Saya bukan peminat dan penyokong Datuk Allies, dia pun bukan kenal dan pedulikan saya pun tetapi jangan lah sampai kita berlaku tidak adil sehingga menyalahkan individu yang tidak bersalah.
Apa pun game anda - ia seharusnya untuk meningkatkan kekuatan UMNO untuk menghadapi PRU14 bukan kepentingan kumpulan anda. Jika kumpulan anda lebih diutamakan berbanding kekukuhan parti dan perjuangan, maka apakah perbezaan anda dengan penasihat PM yang meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan parti ketika mendesak PM menamakan calon-calon pilihan mereka.
Anda dan mereka sama saja, tiada bezanya....
Apa pun game anda - ia seharusnya untuk meningkatkan kekuatan UMNO untuk menghadapi PRU14 bukan kepentingan kumpulan anda. Jika kumpulan anda lebih diutamakan berbanding kekukuhan parti dan perjuangan, maka apakah perbezaan anda dengan penasihat PM yang meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan parti ketika mendesak PM menamakan calon-calon pilihan mereka.
Anda dan mereka sama saja, tiada bezanya....
5 comments:
ADA KEBENARAN PANDANGAN INI. DI PERINGKAT NEGERI PENGERUSI PERHUBUNGAN MAIN PERANAN BESAR DALAM MENENTUKAN CALON.DI KAWASAN YANG KETUA BAHAGIANNYA MENTERI, KETUA BAHAGIAN PULAK PILIH CALON YANG BOLEH JAGA SURVIVAL MEREKA.
TAPI PENASIHAT PM SEWAJIBNYA MENASIHATKAN PM TENTANG 'BAHAYA' CALON CALON TAJAAN INI TERHADAP PARTI..INI YANG GAGAL MEREKA LAKUKAN...
Tun daim x benar 100% tp byk benarnya. Kalo Pahit utk d telan ianya memng ubay paling mujarab utk yg memilih utk sihat dan pulih tp bkn utk bertahan slg mampu
Tun daim x benar 100% tp byk benarnya. Kalo Pahit utk d telan ianya memng ubay paling mujarab utk yg memilih utk sihat dan pulih tp bkn utk bertahan slg mampu
Salam Tun Faisal,
Perbandingan saudara di antara Pilihan Raya Umum 1990, pru 1999, pru2008 dan pru2013 ternyata di luar fakta 'sejarah politik' yang penuh tersirat. Ianya tidak boleh dirumus secara pukal.
1) PRU1990 kelihatan Tunku Razaleigh menentang Tun M, ia berpunca dari leretan kekalahan Tunku Razaleigh menentang Tun M di dalam perebutan jawatan Presiden UMNO sehingga UMNO di bawa ke mahkamah dan diharamkan pendaftarannya. Susulan dari kekeciwaan itu Tunku Razaleigh dan penyokongnya telah menubuhkan Parti Semangat 46 dan membentuk APU manakala UMNO menjadi UMNO Baru. Atas peristiwa ini ia dilihat pertembungan di antara Tun M dengan Tunku Razaleigh di dalam pru1990.
2) Begitu juga dalam pru1999 ia dilihat Tun M menentang Anwar Ibrahim kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO berpunca dari pendedahan tingkah laku buruk songsang Anwar Ibrahim.
Dalam isu yang yang sama Anwar Ibrahim turut disingkirkan dari kerajaan. Marah dengan pemecatan ini Anwar telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat dan membentuk Barisan Alternatif.
Pembentukan BA ketika itu masih longgar hanya untuk pru1999. *(Perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama. Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA)
3) Pru2008 yang sebenarnya bukan Tun Abdullah menentang Anwar tetapi menentang Pakatan Rakyat atau versi baru BA yang lebih kemas strukturnya dan lebih terancang. Gabungan ini dilakukan dengan lebih kemas menyedari kekalahan teruk dalam pru2004 *(PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKR hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi dan DAP memenangi 12 kerusi).
4) Saya menyetujui pandangan Tun Daim bahawa “As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008”. Sayangnya ini tidak berlaku, DS Najib ke hulu ke hilir membawa mesejnya tetapi di peringkat UMNO bahagian dan cawangan mereka tidak menerap, menyelami dan menyampaikan mesej ini kepada rakyat di akar umbi kerana asyik mengejar siapa yang akan jadi calun baru mereka mahu turun ke bawah. DS Najib dilihat keseorangan di atas. Maksud Tun Daim pakar strategi mestilah fokus isu sebenar di bawah. Setiap kawasan menghadapi siu yang berlainan tidak sama isunya 'it should be customized' bukan pukal atau pakej.
5) Apabila konon pakar strategi seperti Alies Anur turun ke bahagian-bahagian beliau asyik bertanyakan kelompok UMNO tegar mengapa awak tidak mahu menyokong si anu bin si anu? Kerana si anu bin si anu adalah kawan karibnya. Penasihat yang sebegini akan membawa balik mesej kepada Presiden “yes boss, I dah handle boss, everything ok boss, no problem boss, we will win boss and si anu is the best candidate boss”.
6) Akhirnya saya harap tuan patut kaji ‘sejarah politik’ dengan mendalam, Maksud saya ‘sejarah politik’ bukan sejarah biasa kerana sejarah yang tertulis di dalam buku adalah tersurat tetapi ‘sejarah politik’ banyak yang tersirat.Terima kasih.
PEACE!
salam MR,
4 - mmg strategi BN seperti yg diperkatakan oleh Tun Daim; “As a strategy, you should concentrate on those areas where you lost by slim majorities in 2008 and strengthen the seats you won in 2008”. Siapa yg terlibat di peringkat jentera tahu itu strategi sejak awal lagi. Mungkin Tun Daim tak tahu.
5. saya percaya ramai orang politik tahu siapa penasihat yang mencadangkan calon-calon, misalnya calon-calon di negeri selangor. saya yakin orangnya bukan Allies Anor. Blogger dan cybertroopers mungkin tidak tahu tentang ini atau sengaja mengalihkan kesalahan ke atas bahu orang lain atas kepentingan yang mereka sendiri tahu. wallahua'alam
Post a Comment