Jangan sekadar menyediakan jawapan kepada pertanyaan Parlimen, tetapi semaklah berulang kali untuk memastikan faktanya tepat, konsisten dan politically correct.
Lazimnya jawapan bagi pertanyaan Parlimen disediakan oleh pegawai kementerian atau agensi berkaitan. Selalunya perhatian yang tinggi diberikan oleh pegawai kementerian, Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) dan Menteri berkaitan, jika pertanyaan tersebut akan dijawab secara lisan. Disebabkan itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada kalanya pegawai kementerian, agensi dan pegawai Menteri terlepas pandang terhadap jawapan-jawapan bertulis yang disediakan bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan Ahli Parlimen.
Dalam penyediaan jawapan ini elemen penyelidikan dan flavour politik penting. Jika pegawai meja (desk officer) melakukannya secara sambil lewa, pengesahan jawapan oleh pegawai atasannya juga sambi lewa dan pegawai Menteri pula kurang memberi perhatian terhadap apa yang disediakan - selalunya jawapan ini akan menjadi bahan polemik yang menyusahkan Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan pengalaman peribadi sewaktu mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dahulu, saya ada menerima jawapan yang disediakan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia bagi menjawab secara lisan tentang sebab kenapa golongan guru ramai yang gagal ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Jawapan yang disediakan adalah "ramai guru gagal ujian PTK kerana kebanyakan guru tidak membuat persediaan dan mengambilnya secara suka-suka."
Dari segi fakta, jawapan yang disediakan ini salah kerana tidak ada sebarang kajian atau tinjauan yang dibuat pada waktu itu tentang punca kegagalan guru dalam ujian PTK sehingga membenarkan pegawai bertanggung jawab menyimpulkan dapatan seperti di atas. Dari segi rasa politik pula, jawapan ini politically incorrect kerana ia mencemarkan maruah guru yang sering menasihatkan murid untuk bersedia dan bersungguh-sungguh sewaktu menghadapi peperiksaan. Saya mengandaikan jawapan yang disediakan oleh pegawai BSM ini hanya disahkan oleh Setiausaha Bahagian dan tidak mendapat input dari profesional pendidikan dalam KPM.
Dalam isu jawapan bertulis mengenai dakwat kekal, saya mengandaikan jawapan untuk pertanyaan oleh Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) disediakan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di bawah adalah jawapan yang disediakan :-
Dalam satu pertanyaan berasingan oleh Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke, laporan portal media pro-pembangkang menyebut bahawa jawapan yang disediakan adalah seperti berikut,
"kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta. Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran. Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000. Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan,"
Saya tidak tahu apa jawapan sebenar, tetapi dari pengamatan saya, pegawai yang menyediakan jawapan ini tidak membuat penyelidikan yang baik dan tidak mengolah jawapan tersebut agar menjadi politically correct.
Saya ingin merujuk salah satu kenyataan yang dibuat mengenai dakwat kekal ini, iaitu;
Saya mengandaikan kenyataan ini juga dibuat berdasarkan input SPR dan `sodium nitrat' dalam kenyataan di atas sebenarnya adalah silver nitrat.
Kenyataan SPR mengenai "Status Halal Jejaskan Ketahanan Dakwat Kekal" boleh dibaca di sini untuk membolehkan kesimpulan dibuat bahawa kenyataan di atas adalah hasil input SPR walaupun nampaknya SPR keliru antara istilah status `halal' dan status `suci' sesuatu produk.
Berdasarkan carian tersebut, saya berpandangan, pertama, mungkin terdapat kebenaran bahawa SPR mendapat input daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan mengenai kesan sampingan dan toksik silver nitrat kerana SPR tidak ada kepakaran dalam bidang toksikologi. Perkara yang sama dibuat oleh SPR dalam aspek hukum agama Islam, apabila mereka merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan input para ulama.
Bagaimanapun, dari segi fakta, input ini wajar disandarkan kepada rujukan tertentu bukan kenyataan kosong semata-mata. Beberapa carian saya gagal membuktikan fakta ini disokong oleh jurnal dan autoriti dalam bidang ini.
Tulisan Dr Zabidi Hj Ahmad mengenai isu kesihatan dalam penggunaan dakwat kekal menunjukkan kesan toksik yang minimum jika silver nitrat disapu pada kulit dan kuku. (baca di sini). Begitu juga dapatan saya dalam National Library of Medicine HSDB database mengenai toksisiti silver nitrat.
Malah kelemahan koordinasi komunikasi dan pengesahan jawapan teserlah apabila Menteri Kesihatan yang baru, Datuk Seri S Subramaniam menafikan pula bahawa SPR ada merujuk KKM mengenai dakwat kekal di sini.
Kedua, jawapan ini tidak konsisten dari segi fakta, bila disebut tiada bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sedangkan terdapat kenyataan daripada SPR sebelum ini bahan dakwat kekal dari jenis silver nitrat akan digunakan dalam PRU13.
Baca di sini kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 Januari 2012 -
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DakwatkekaluntukPRU-13bukannajis/Article/
Baca di sini juga kenyataan yang dibuat oleh SPR pada 30 April 2013, selepas pengundian awal anggota polis dan tentera http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/dakwat-kekal-tidak-boleh-ditanggal-kata.html
Baca juga kenyataan SPR pada 2 Mei 2013 mengenai keputusan untuk terus menggunakan dakwat kekal pada hari pengundian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRbolehkesancubaanundisemula/Article
Ada lagi kelemahan jawapan yang disediakan. Tak nak elaborate lebih-lebih....
Bukan kecil gaji dan gred Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK). Pegawai-pegawai kementerian dan agensi pula janganlah bersikap sambil lewa dalam menyediakan jawapan bagi setiap pertanyaan. Pegawai atasan pula, tolonglah semak betul-betul sebelum mengesahkan jawapan yang disediakan oleh subordinat anda.
Janganlah malas membuat rujukan agar jawapan anda konsisten, betul dari segi fakta dan tidak silap dari aspek politik. Semaklah setiap jawapan kepada setiap pertanyaan, lisan mahupun bertulis.
Takkan itu pun nak diberitahu....
Saya ingin merujuk salah satu kenyataan yang dibuat mengenai dakwat kekal ini, iaitu;
Antara perkara yang menjadi serangan utama pembangkang adalah penggunaan dakwat kekal yang pernah menjadi desakan mereka dahulu terhadap SPR. BN ingin menegaskan sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.
Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi.
Saya mengandaikan kenyataan ini juga dibuat berdasarkan input SPR dan `sodium nitrat' dalam kenyataan di atas sebenarnya adalah silver nitrat.
Kenyataan SPR mengenai "Status Halal Jejaskan Ketahanan Dakwat Kekal" boleh dibaca di sini untuk membolehkan kesimpulan dibuat bahawa kenyataan di atas adalah hasil input SPR walaupun nampaknya SPR keliru antara istilah status `halal' dan status `suci' sesuatu produk.
Berdasarkan carian tersebut, saya berpandangan, pertama, mungkin terdapat kebenaran bahawa SPR mendapat input daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan mengenai kesan sampingan dan toksik silver nitrat kerana SPR tidak ada kepakaran dalam bidang toksikologi. Perkara yang sama dibuat oleh SPR dalam aspek hukum agama Islam, apabila mereka merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan input para ulama.
Bagaimanapun, dari segi fakta, input ini wajar disandarkan kepada rujukan tertentu bukan kenyataan kosong semata-mata. Beberapa carian saya gagal membuktikan fakta ini disokong oleh jurnal dan autoriti dalam bidang ini.
Tulisan Dr Zabidi Hj Ahmad mengenai isu kesihatan dalam penggunaan dakwat kekal menunjukkan kesan toksik yang minimum jika silver nitrat disapu pada kulit dan kuku. (baca di sini). Begitu juga dapatan saya dalam National Library of Medicine HSDB database mengenai toksisiti silver nitrat.
Malah kelemahan koordinasi komunikasi dan pengesahan jawapan teserlah apabila Menteri Kesihatan yang baru, Datuk Seri S Subramaniam menafikan pula bahawa SPR ada merujuk KKM mengenai dakwat kekal di sini.
Kedua, jawapan ini tidak konsisten dari segi fakta, bila disebut tiada bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sedangkan terdapat kenyataan daripada SPR sebelum ini bahan dakwat kekal dari jenis silver nitrat akan digunakan dalam PRU13.
Baca di sini kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 Januari 2012 -
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DakwatkekaluntukPRU-13bukannajis/Article/
Baca di sini juga kenyataan yang dibuat oleh SPR pada 30 April 2013, selepas pengundian awal anggota polis dan tentera http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/dakwat-kekal-tidak-boleh-ditanggal-kata.html
Baca juga kenyataan SPR pada 2 Mei 2013 mengenai keputusan untuk terus menggunakan dakwat kekal pada hari pengundian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRbolehkesancubaanundisemula/Article
Ada lagi kelemahan jawapan yang disediakan. Tak nak elaborate lebih-lebih....
Bukan kecil gaji dan gred Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK). Pegawai-pegawai kementerian dan agensi pula janganlah bersikap sambil lewa dalam menyediakan jawapan bagi setiap pertanyaan. Pegawai atasan pula, tolonglah semak betul-betul sebelum mengesahkan jawapan yang disediakan oleh subordinat anda.
Janganlah malas membuat rujukan agar jawapan anda konsisten, betul dari segi fakta dan tidak silap dari aspek politik. Semaklah setiap jawapan kepada setiap pertanyaan, lisan mahupun bertulis.
Takkan itu pun nak diberitahu....
No comments:
Post a Comment