Saturday, June 8, 2013

Anwar boikot angkat sumpah untuk elak malu jadi Ketua Pembangkang tanpa merit?


Anwar Ibrahim perlu memboikot upacara angkat sumpah di Parlimen bagi menunjukkan bahawa dia konsisten menolak keputusan PRU13. 

PKR diketawakan rakyat dan kelihatan bodoh kerana sebaik sahaja Khalid Ibrahim mengangkat sumpah di Selangor, ia menunjukkan PKR tidak konsisten dengan pendirian menolak keputusan PRU13 dan membuktikan bahawa mereka menerima keputusan pilihan raya di negeri Selangor dan mengiktiraf SPR.

Lim Kit Siang dan Hadi Awang akan kelihatan HIPOKRIT jika mereka memboikot upacara mengangkat sumpah di Parlimen. Di Pulau Pinang, anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri membuktikan bahawa DAP menerima keputusan pilihan raya dan mengiktiraf SPR. Di Kelantan juga sama, jelas bahawa Pas menerima keputusan pilihan raya dan mengiktiraf SPR.

Bila Kit Siang tidak mahu memboikot upacara angkat sumpah, maksudnya dia menerima keputusan PRU13 bahawa DAP hanya memenangi 38 kerusi dan mengiktiraf SPR. Memang sewajarnya dia menerima keputusan ini kerana berdasarkan merit, Kit Siang sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang.

Anwar pernah menjadi Ketua Pembangkang tanpa merit dalam sidang lepas selepas beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti. Kali ini sudah tentu amat memalukan jika Anwar sekali lagi menagih simpati untuk menjadi Ketua Pembangkang walaupun PKR hanya mempunyai 30 kerusi di Parlimen. Anwar patut mengiktiraf bahawa kemenangan PR adalah kerana undi kaum Cina yang menyokong DAP.

Apa beza Black Out 505 dengan petisyen BN? Kita dah agak memang yang ikut Anwar ke himpunan Black Out ni main ikut saja tanpa berfikir sampai kita kena jelaskan perkara semudah ini. 

PR anjur Black Out 505 kerana pertikai seluruh perjalanan dan keputusan PRU13 dengan menuduh SPR menipu. Kelakarnya, pilihan raya hanya diminta diulang di 30 kawasan sahaja. Maksudnya, di kawasan lain PR telah mengiktiraf bahawa SPR melaksanakan pilihan raya dengan adil dan tanpa penipuan.

Sebaliknya, BN tidak mempertikaikan seluruh perjalanan PRU13 dan tidak menuduh SPR tidak adil, tidak bersih dan menipu dalam melaksanakan PRU13. BN hanya mencabar keputusan dan perjalanan di peti-peti undi tertentu kerana terdapat unsur-unsur pelanggaran peraturan seperti usaha menghalang pengundi yang kelihatan seperti orang Bangladesh daripada mengundi dan kesahihan keputusan akibat kesilapan pengiraan dan sebagainya. 

Petisyen BN tidak seperti PR. 
PR menuduh SPR menipu, tetapi peliknya, PR hanya menuntut pilihan raya ulangan hanya di 30 kawasan sahaja. Nampak sangat PR menipu dan penyokong PR ni mudah sangat kena tipu

Anwar Perlu Boikot Angkat Sumpah Parlimen Bagi Jayakan #Blackout505 Walaupun Tanpa Lim Kit Siang



Tindakan Kit Siang sekaligus menidakkan hasrat Anthony Loke yang dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Rafizi Ramli untuk memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Kenyataan Kit Siang yang tidak mahu mengikuti agenda Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah parlimen ini menunjukkan DAP menerima keputusan PRU13 yang menyaksikan penguasaan DAP sebanyak 38 kerusi iaitu faktor utama kemenangan PR bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang.



Berdasarkan penguasaan 38 kerusi dalam PR ternyata DAP merupakan kuasa dominan malah DAP juga telah berjaya menarik sokongan cina untuk menyokong parti tersebut.

Ia menunjukkan bahawa Kit Siang merupakan individu yang layak mengetuai PR dalam Parlimen berdasarkan merit kerusi terbanyak. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim masih melayan perasan kecewanya dengan memulau angkat sumpah pada 24 Jun ini.

Persoalannya beranikah Anwar Ibrahim memulau sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun bagi memastikan kejayaan perhimpunan 'BlackOut 505' pada 15 Jun nanti?

Jika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah nescaya segala usaha bagi mewujudkan satu perhimpunan besaran dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan akan musnah sebaik sahaja lafaz sumpah diluahkan dari bibir Anwar Ibrahim.

No comments:

Popular Posts