Gagal baca surah an-Nasr dengan betul, gagal dalam fitnah dan pembohongan terhadap Jawi sehingga disaman, gagal dalam banyak projek di Kelantan...
Sebelum membaca lebih lanjut jom kita pergi 'like' dulu FBpage P125 Putrajaya Tolak Husam (KLIK!)
Entri ini merupakan kesimpulan keseluruhan mengenai testimoni silam calon PAS Parlimen P125 Putrajaya - Husam Musa yang penuh dengan naratif kegagalan, penipuan & kemunafikan. Husam dicabar untuk memfailkan saman jika fakta2 yang diberikan di bawah hanya dongengan semata.
Husam Musa diberitakan membawa semua konco-konconya ke Putrajaya untuk berkempen habis-habisan di sini demi maruah politiknya yang sudah semakin kusam & masam di Kelantan. Khabar dari rakan2 di Kelantan, suasana kempen di Kelantan sekarang agak 'suram' bila Husam telah mengangkut semua 'geng jahat' PAS ke Putrajaya.
Mereka mendabik dengan jumlah penyokong di hari penamaan dan ceramah yang ramai tanpa bertanya sendiri adakah yang datang itu pengundi di Putrajaya. Mereka lupa penganut2 PAS sanggup menghabiskan minyak kereta datang dari jauh demi secangkir 'pahala' mendengar ceramah fitnah & maki-hamun. Mereka juga lupa BN juga ada segunung maruah yang perlu dipertahankan di sini, Husam Musa takkan melalui jalan mudah walaupun telah membelanjakan wang yang banyak memindahkan ribuan pengundi dari Kelantan untuk memangkahnya di kertas undi Parlimen Putrajaya.
Kita telusuri episod2 kegagalan Husam Musa sepanjang penglibatannya dalam politik... (KLIK IMEJ UNTUK BACAAN LEBIH JELAS)
Fakta paling jelas untuk mendedahkan penipuan Husam Musa adalah berkaitan kutipan Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat yang dirancangnya... Derma yang dinyatakan disalurkan kepada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan (di bawah Perbadanan Menteri Besar) sebenarnya menggunakan nombor akaun syarikat bernama Rowstead Systems Sdn Bhd. Hasil selidikan di SSM, Husam Musa merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat tersebut. Untuk lebih pencerahan, baca SINI (KLIK) dan SINI (KLIK)
Koridor Depu Kelantan pula seakan muslihat untuk menarah bukit demi mengangkut balak dalam keluasan 1,000 hektar di Gua Musang bila selepas 5 tahun projek ini gagal memberikan sebarang hasil. Pokok depu biasanya mengambil masa 4 tahun untuk dituai hasil gaharunya. Baca SINI (KLIK) dan SINI (KLIK)
Husam cuba mengelak kaitannya dengan penyelewengan skandal dinar emas Kelantan dengan alasan tidak mengenali Umar Ibrahim Vadillo, CEO KGT yang menghadapi 3 laporan polis dari rakan kongsi kerana penyelewengan wang dalam projek ini. Namun bila blogger Kickdefella mendedahkan foto-foto mesranya bersama Umar, Husam membisu seribu bahasa. Baca SINI (KLIK)
Satu lagi kegagalan Husam Musa bila kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menarik sebarang pelaburan baru selama sudah 10 tahun. Berita ini bukan retorik kerana pendedahan ini dibuat oleh Ketua Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw sendiri yang kecewa dengan pengurusan ekonomi Kelantan. Husam selaku Exco Perancangan Ekonomi, Perniagaan & Kebajikan harus bertanggungjawab atas kegagalan ini... BACA SINI (KLIK)
Usai episod kegagalan, Husam Musa juga tidak lekang dengan penipuan demi kepentingan politik & peribadinya. Berita penemuan minyak di perut bumi Kota Bharu boleh dikatakan rekayasa semata kerana Husam gagal menunjukkan bukti saintifik atau geologikal mengenai perkara itu. Itu hanya dongeng berkait dengan tuntutan royalti minyak Kelantan demi memastikan PAS tetap relevan bertapak di Kelantan.
Ini satu lagi idea lucu dari kepala otak Husam Musa... Kambing Jamnapari dia gagal menguruskan dengan baik, berangan pula untuk menguruskan bullet train... Kah kahhh!!
Adakah projek Lebuhraya Rakyat satu keprihatinan serius Husan untuk kemudahan rakyat Kelantan atau muslihat untuk mengangkut balak di sepanjang laluan yang diratakan? Lebuhraya yang dikatakan percuma (tiada tol) tersebut sebenarnya berbentuk 'pre-paid' bila rakyat Kelantan terpaksa membayar tol terlebih dahulu atas nama 'derma' bagi menampung kos pembinaan. Baru kos pembinaan, belum lagi kos pengurusan lebuhraya...
Persoalannya sekarang ke mana perginya semua kutipan derma oleh rakyat bila sumbangan dimasukkan ke dalam akaun syarikat di mana Husam menjadi salah seorang pemegang sahamnya - Rowstead Systems Sdn Bhd. Rakyat Kelantan berdemo meminta penjelasan dari Husam, blogger GK mempersoalkan adakah wang tersebut digunakan untuk dana kempen Husam Musa di Putrajaya.... BACA SINI (KLIK)
Satu magik merentas masa akan dilakukan oleh Husam Musa bila Stadium Negeri yang akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh baru menjalani majlis pecah tanah & perletakan batu asas pada 30 MAC 2013 lalu sedangkan Husam telah mengumumkan dalam Sidang DUN (Perbentangan Bajet 2012 Kelantan) pada Oktober 2011, stadium tersebut akan bermula pada bulan MAC 2012. BacaSINI (KLIK)
Husam Musa & batu asas memang tidak dapat dipisahkan... ibarat irama & lagu! Bermula dari batu asas Jambatan Palekbang yang sudah layak diangkut ke muzium (17 tahun), Husam meneruskan kesinambungan pembinaan batu asas di seluruh Kelantan tanpa ada satu projekpun yang terlaksana. Batu2 asas ini cuma 'wayang' untuk rakyat Kelantan menaruh harapan akan ada pembangunan di kawasan mereka. Bila ditanya kenapa projek tidak terlaksana selepas bertahun2, alasannya Kerajaan Pusat tidak bantu & tidak memberi royalti minyak. Ingat lagi RM600 juta disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada PAS Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan dulu, duitnya entah ke mana... rakyat Kelantan tetap minum & mandi dengan air berkarat!
Kemunafikan Husam agak tipikal dengan pemimpin2 PAS lain yang cuba untuk mempergunakan sebanyak mungkin ayat2 suci al-Quran di dalam ucapan/ceramah demi menunjukkan kealiman, supaya senang berlagak seperti khawarij dengan mempertikaikan keimanan pihak lawan mereka (KLIK SINI). ALLAH memberi petunjuk awal bila surah asas dalam muqaddam, al-Nasr pun Husam gagal membacanya dengan betul...
Berkaitan pemecatan AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 ternyata satu FITNAH JAHAT oleh Husam Musa dan konco-konconya bila berita itu disebarkan melalui FBpage rasmi kempennya. Baca penafian oleh pihak JAWI DI SINI (KLIK)Husam sudah mula memainkan peranannya sebagai politikus kemaruk kuasa bila mengaitkan rumah ibadah dengan fitnah yang tidak berasas. JAWI akan mengemukan saman terhadap Husam Musa kerana memfitnah pihaknya. BACA (KLIK)
Di bawah ini pula merupakan petikan dari buku "SIAPA HUSAM?" yang membuatkan Husam meroyan dan menuduh Tengku Adnan menjadi dalang pengedarannya di seluruh Putrajaya. Husam tidak sedar dia mempunyai ramai musuh termasuk di dalam PAS sendiri (golongan anti-Anwar) dan rakan-rakan kongsi perniagaan yang pernah dikhianatinya. Bagaimanapun Tengku Adnan telah menjawab tuduhan Husam DI SINI (KLIK).
Siapa ekori Husam ke Putrajaya?? BACA SINI
Layakkah political animal seperti Husam Musa
mewakili penduduk kota seindah Putrajaya
bila testimoni silamnya penuh dengan cerita
kegagalan, penipuan, dan kemunafikan??
#PUTRAJAYA #TolakHUSAM
sumber
http://www.1peluru.com/2013/04/pru13-panasss-pelacur-pondan-ekori.html
No comments:
Post a Comment