Wednesday, February 20, 2013

#Xenophon : Akhbar Australia sendiri malu dengan mentaliti penjajah ahli politik negara itu



#TolakXenophon : Apabila Orang Australia Sendiri Bersuara! @MalaysiaKini


1. Menarik pada hari ini apabila The Australian, antara akhbar utama di Australia telah menerbitkan satu ruangan khas di dalam bahagian 'Opinion' yang menyentuh tindakan Nick Xenophon yang turut serta mencampuri urusan politik Malaysia. (Baca di sini)

2. Di dalam ruangan tersebut, ramai bersetuju dengan tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang Nick Xenophon serta menolak campur tangan beliau di dalam soal politik tanah air.

3. Lebih menarik lagi apabila komentar John Mather yang menyatakan:


I AM appalled to know we are sending politicians to meddle in the politics of another country in our region and well understand why Nick Xenophon was thrown out of Malaysia.
We have had Kevin Rudd hectoring China, the Indonesia cattle fiasco, the East Timor and Malaysia boatpeople embarrassments and now this.
Malaysia has a growth rate of 5 per cent and unemployment rate of 3 per cent, so perhaps their representatives should come down here and tell us how to run our economy.
John Mather, Mosman, NSW
4. Rakyat Australia sendri secara sinikal telah menyatakan kepada Nick Xenophon daripada beliau campur tangan di Malayia, lebih baik pemimpin Malaysia datang ke Australia untuk menasihatkan Australia bagaimana untuk menjalankan kegiatan ekonomi dengan kadar pertumbuhan Malaysia sebanyak 5% dan kadar pengangguran di Malaysia 3%.
5. Inilah satu pengiktirafan dan persepsi rakyat negara luar terhadap negara kita pada mana terdapat sesetengah rakyat negara kita sendiri yang tidak dapat untuk menghargainya.
6. Dan jangan lupa bahawa Malaysia adalah negara yang berdaulat, maka malaysia berhak untuk menentukan sesiapa untuk masuk ke dalam negara. Ini juga telah disentuh oleh salah komentar dengan ayat beliau sendiri:
MALAYSIA is a sovereign nation which is a joy for Westerners to visit and live in. It has every right to determine who it allows to enter.
Last year, immigration minister Chris Bowen described Geert Wilders as "a fringe commentator from the other side of the world" before issuing a visa to the Dutch politician, who must be on an Australian alert list.
Evidently Malaysia has a similar list that excludes fringe commentators it perceives wish to interfere in domestic politics.
Chris Watson, Carlton River, Tas
7. Tetapi malangnya, jurnalis Malaysiakini, Steve Oh, telah menyatakan di dalam artikel beliau bahawa tindakan Malaysia ini lebih menjahanamkan demokrasi di Malaysia.
8. Penulis yang terlalu bias terhadap kerajaan BN telah semberono menulis sedemikian kerana tidak mahu menerangkan kepada orang ramai mengapa kerajaan BN berhak berbuat sedemikian.
9. Sekiranya pemahaman demokrasi Steve Oh ini terlalu dangkal maka memang benarlah kenyataan beliau tersebut. Demokrasi yang diamalkan di Malaysia di berperlembagaan dan mengikut undang-undang. Tidak ada satu kesalahan pun untuk pihak Kerajaan menghantar beliau pulang.
10. Malah rakyat Australia sendiri telah menyuarakan pendapat mereka. Apa lagi yang Steve Oh hendak spin.
11. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!




1 comment:

Anonymous said...

sila follow blog kamek.. terima kasih.... http://sarawakkolokmee.blogspot.com/

Sarawak Kolok Mee™® is one of the crew members of Bloggers Anak Sarawak™®, a fraternity of locals bloggers, each with their own unique and respective backgrounds. Our existence here is just to spice-up and create a "merrier" surrounding in political Cyber-Warfare Zone particularly with the General Election inching nearer and closer. We definitely don't do self promos or sensationalize issues just to get high blog hits, if you are wondering. We post only FACTS, FACTS and FACTS. We don't give a damn shit to anyone because we're serious in what we're doing! Sarawak Kolok Mee™®

Popular Posts