Wednesday, January 9, 2013

Hujah orang Kristian yang `mengharamkan' Biblical God digantikan dengan #kalimahAllah







DAP membangkitkan penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan Biblical God sebagai kaedah diversion untuk mengelakkan parti itu dihentam sebegitu rupa disebabkan kelemahan dalam pemilihan parti baru-baru ini. Namun malangnya ada pula cendekiawan Islam yang membantu diversion ini.

Lebih malang lagi apabila ada cendekiawan Islam bertaraf Doktor menggunakan lagu dan bukan ayat Quran dan al-hadis untuk menghalalkan penggantian Biblical God dengan kalimah Allah. Bagaimanapun, syukur, alhamdulillah bila ada orang Kristian tanpa gelaran Doktor boleh beri hujah yang lebih akademik dan bersandarkan fakta untuk menyanggah penggantian Biblical God dengan kalimah Allah.


Pandangan ikhlas dan rasional seorang Kristian

Seorang rakan Facebook yang dikenali sebagai Christian Rational telah berkongsi sejumlah artikel.

Dalam blognya terdapat tiga artikel yang menarik yang bukan tulisan beliau tetapi seorang Kristian Sabah bernama Michael Sibilin. Pada pandangan saya suara Michael Sibilin adalah suara seorang penganut agama Kristian yang amat rasional. Tahap kefahaman beliau tentang Bible, Quran dan agama samawi lain juga nampaknya jauh lebih tinggi daripada Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan tentulah jauh lebih tinggi berbanding pemimpin agama Pas, Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang.

Dalam artikel pertama (klik tajuk) "Allah is a Name, not a Word - Michael Sibinil", beliau mengupas tentang salah faham terhadap nama Allah dalam bahasa Arab yang mengaburi mata ramai umat Islam di Malaysia dan digunakan sebagai hujah oleh golongan Kristian. Katanya, "there is enough evidence to suggest that the word ‘Allah’ is not Arabic but a name claimed by Mohammed to have been revealed to him by his god through the angel named Jibriel (Gabriel). Seriously though, what’s severely wrong or shameful in using the word "TUHAN" to denote the Christian God in the Malay language?? What’s so glamorous about using the word ‘Allah’ in the Malay Bible? If the Muslims are adamantly reluctant to allow Bible believing Christians to use the word ‘Allah’, you ought to be ashamed of yourselves for insisting that the word ‘Allah’ can be used by Christians to denote the Biblical God and that "Allah" is the same as the God of the Bible!"

Dalam artkel kedua (klik tajuk), "Kinoringan for Sabah Kadazandusun", dan ketiga "Its a sin against Yehweh", beliau cuba menjelaskan kenapa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan God adalah satu penyelewengan oleh gereja di Sabah. Katanya, "In any case, you still have to proof to me that "KINORINGAN" and "YAHWEH" are ONE and the SAME God of the Bible. Or, that "KINORINGAN" is a WORD and not a NAME and that YAHWEH too is a WORD and not a NAME of the God of Israel / Judeo-Christianity. Is "ELOHIM" a WORD or a NAME? Isn’t YAHWEH Elohim? And, when the Jews declare "THERE IS NO ELOHIM BUT YAHWEH", what do you actually understand when the Muslim declares thus: "LA ILAHA ILLALLAH"?"

Dalam artikel keempat (klik tajuk), "Christians must judge RIGHTEOUSLY" beliau menyelar sikap kurang rasional golongan tertentu dalam isu ini. Katanya, "And to my Muslim acquaintances (colleagues at work) or fellow Malaysian Muslims and elsewhere, let me make it absolutely crystal clear that I have ABSOLUTELY no part in the earlier campaigns made the papists (Roman Catholics) and their "symphatizers" (Anglicans, SIBs, SDAs, Basels, Baptists, Charismatics, et al…) to promote the use of the name ALLAH in the Malay Kitab (Bible) for I and my immediate family members have long DISCONTINUED the use of the name "ALLAH" in our worship of the Christian God, JESUS CHRIST. "

Jelas penjelasan yang dibuat beliau konsisten dengan apa yang saya perolehi dari rakan-rakan beragama Kristian saya seperti yang ditulis dalam artikel "Soalan bagi umat Kristian".

Alhamdulillah, masih ada penganut agama Kristian yang benar-benar mengikut ajaran sebenar Kristian. Nampaknya Michael Sibinil lebih boleh diharapkan dari Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas !!


________________________________


Seorang rakan facebook saya menyebut - Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz telah menyalah tafsirkan ayat-ayat berikut untuk dijadikan bukti bahawa orang kafir dibenarkan mengguna 'Allah' :

Al-Ankabut ayat 61 :

61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Al-Ankabut ayat 63 :

63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Al-Luqman ayat 25 :

25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Az-Zumar ayat 38 :

38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Az-Zukhruf ayat 9 :

9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Az-Zukhruf ayat 87 :

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Katanya, mereka bertiga memberi tafsiran bahawa jawapan orang kafir itu sebagai 'keizinan' oleh Allah untuk orang kafir menggunakan perkataan 'Allah', sedangkan sebenarnya Allah menyuruh orang Islam mencabar orang kafir supaya jika mereka mahu menggunakan 'Allah' maka mereka hendaklah menggunakannya dengan konteks yang betul. Jika kita membenarkan orang kafir menggunakan 'Allah' maka apakah kita kemudian akan berterusan mencabar mereka supaya menggunakan 'Allah' dalam konteks yang betul atau kita akan hanya berdiam diri ?

Harus juga diingat bahawa dalam Quran dalam ayat yang lain, disebutkan orang munafik dan kafir itu bermuka-muka. Dalam hal ini, apabila orang kafir ditanya siapa yang mencipta alam ini, maka mereka akan berkata 'Allah' kerana mereka bercakap didepan orang Islam, sedangkan mereka bermuka-muka sahaja untuk menyedapkan hati orang Islam.

Ayat-ayat diatas tidak memberi kebenaran kepada orang kafir untuk menggunakan 'Allah'. Ayat-ayat itu hanya satu catatan bahawa orang kafir jika ditanya oleh orang Islam siapakah yang mencipta alam maka mereka akan menyebut Allah. Ini tidak bermakna bahawa mereka layak menggunakan 'Allah'. Dari itu, orang Islam seharusnya menghalang orang kafir dari menggunakan Allah kerana mereka tidak mengerti sifat-sifat Allah yang sebenarnya.

Halangan terhadap penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan Biblical God perlu bagi mengelakkan sebarang usaha untuk mengelirukan umat Islam di negara ini. Konteks ayat-ayat al-Quran yang disebutkan tadi BUKAN untuk memberi keizinan, tetapi agar umat Islam mempersoal, membahas dan menjelaskan kepada bukan Islam bahawa `Allah' langsung tidak sama dan boleh disamakan dengan Tuhan-tuhan yang lain yang mereka percayai, sebaliknya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, ilah dan rabb yang sebenar. 

3 comments:

kakmidah said...

Dari Ustaz Aizam

Perlu diingat apa yang dipohon oleh Herald adalah MENTERJEMAH KALIMAH 'GOD' KEPADA 'ALLAH' atas alasan ada kalangan penganut Katolik yang berba...hasa Melayu dan BUKAN untuk MEMPERTAHANKAN DOKTRIN GOD MENURUT KRISTIAN!!! Jika ianya isu teologi, pihak Kristian perlu berbahas dan mengemukakan affidavit berupa manuskrip-manuskrip asal kitab suci mereka yang menyebut nama Allah kepada pihak mahkamah. Isunya di sini adalah TERJEMAHAN semata-mata!!! Jika kita mengkaji Bible, kita akan memahami bahawa agama Kristian membenarkan nama tuhan dipanggil mengikut bahasa kaum masing-masing, jika merujuk kepada Bible berbahasa Cina, mereka menterjemahkan God kepada Shen atau Shang-Ti (bagi Bible Protestan) dan Shangzhu atau Tianzhu (bagi Bible Katolik). Begitu juga dapati sesetengah Bible menyebut nama tuhan dalam bahasa Yunani kuno berbunyi Theos dan bahasa Eropah Barat berbunyi Deus. Kristian Arab pula menterjemahkan Bible mereka daripada bahasa Hebrew berbunyi Eloh, Elohim, Yahuwa dll kepada Allah. Di negara-negara Eropah, Amerika dan Australia yang didominasi oleh penganut Kristian pelbagai mazhab mereka menterjemah nama tuhan mereka sebagai 'God'. Persoalannya, mengapa apabila mereka mahu menterjemahkan perkataan 'God' di negara ini kepada 'Allah', sedangkan 'Allah' bukan perkataan Melayu. Mengapa mereka tidak mahu menterjemahkannya kepada 'Tuhan'? Sedangkan kamus-kamus berautoriti dan pengamalan budaya masyarakat di Malaysia menterjemahkan istilah God kepada Tuhan. Keengganan mereka itu memberi indikasi bahawa di sana adalah agenda lain yang ingin dilakukan oleh pihak Kristian! MISSIONARY!!! Ia sebagaimana kejayaan mereka di Indonesia dan melalui SIB di Sabah & Sarawak. Adakah kita juga ingin membenarkannya di Semenanjung?” …. – Aizam Mas’ud.

Anonymous said...

penjelasan berkenaan ayat az zumar 38, az zukhruf 87 spt di atas telah dijelaskan dgn baik dlm penulisan berikut.. persoalannya, kenapa PAS menyembunyikan ayat2 spt tersebut dlm blog di bawah..?

http://satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

Anonymous said...

salaam

telah jelas dgn surah alIkhlas (alQuran 112)

bismillah...

Katakan Allah itu Esa
Allah segalanya
Dia tidak ber-anak dan tidak diper-anakkan
Dan tidak ada sesuatu yang serupa denganNya

Allah...ESA

skrg org PAS bila nak solat kene niat TUHAN mana yg dia org sembah

yang bapa
atau yang anak
atau yang ibu

kalau tidak..nnti solat korang tak sah

-jailil khil johali-

Popular Posts