Definisi sama rata Dap dalam politik ialah 17 orang Cina, 2 Singh, 1 India dan KOSONG Melayu. Kalau itu deifnisi sama rata DAP dalam POLITIK, apa pula definisi sama rata DAP dalam bidang ekonomi dan perniagaan? Tidak hairan jika orang Melayu selar Ariff Sabri (Sakmongkol) dan Aspan Alias sebagai pengkhianat bangsa dan bodoh kerana percaya DAP akan jaga Melayu, orang Islam dan agama Islam lebih baik daripada UMNO. Akhirnya demi kuasa, aqidah tergadai, ummah dan bangsa dikhianati - tapi tak dapat apa-apa...
Keputusan Kongres DAP Ke-16 Menyaksikan Penguasaan Dinasti Keluarga
GEORGE TOWN - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sabtu sekali lagi menyaksikan penguasaan dinasti keluarga dalam kepimpinan parti.
Seperti yang dijangka, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terus memperoleh sokongan kuat dengan meraih undi tertinggi iaitu 1,607 undi diikuti anaknya Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung parti dengan 1,576 undi.
Begitu juga Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh, yang memperoleh 1,411 undi dan anaknya, Gobind Singh Deo mendapat 1,197 undi. Seorang lagi anaknya, Jagdeep Singh Deo, bagaimanapun gagal menyertai barisan kepimpinan pusat apabila cuma meraih 227 undi.
Dua pemimpin DAP Perak iaitu Setiausaha dan Pengerusi yang merupakan saudara sepupu, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham, masing-masing berjaya menganggotai jawatankuasa pusat itu apabila memperoleh 1,075 undi dan 824.
Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kula, yang memperoleh 984 undi, adalah satu-satunya pemimpin kaum India dalam barisan kepimpinan baharu bagi tempoh 2012-2015.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment