Monday, November 19, 2012

[Video] Nik Aziz murtad sebab sembah Tuhan yang mencarut?




Nota: Meminjam kata-kata Nik Aziz, bila dia sembah Tuhan yang Maha Keji dan Maha Mencarut, ini ikut agama apa? Dalam agama Islam, Allah itu Ilah dan Rabb yang Maha Suci. Jadi Nik Aziz sembah Tuhan yang mencarut ni ikut agama apa? Hadi Awang pula kata UMNO khurafat sebab sokong nasionalisme. Mungkin Hadi tidak faham bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan untuk memartabat agama, bangsa dan negara. Bukan macam Pas yang tolak hudud bila bersubahat bersama-sama dengan PR membuang hudud dari agenda PR dan meletakkan sosialisme dan pluralisme di atas Islam, apabila menyokong usaha memurtadkan umat Islam dan menyama ratakan Islam dengan semua agama. Siapa yang khurafat sebenarnya?



Nik Aziz Dakwa UMNO Parti Murtad! Alahai ...


Photo: Video Nik Aziz Hujahkan UMNO Murtad http://bitly.com/TL0HX1 Fuhh Dahsyat makin naik minyak orang tua ini!


Terdesak bebenor Mursyidul Am PAS apabila mengelarkan UMNO Parti Murtad!!! Nampak gayanya kalau semua bersetuju dengan pendapat si tua nyanyuk ini, maka terpaksalah CTS dan jutaan ahli UMNO yang lain mengucap kembali dua kalimah shahadah, ye tak? Saya juga tidak setuju dengan justifikasi yg digunakan menghalalkan doa jahanam untuk UMNO atas alasan UMNO murtad dan tolak Islam. Kenyataan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS amat merbahaya kerana boleh menjerumus ahli tegarnya kembali mengumandangkan kafir-mengkafir sesama Islam. 

Persoalannya benarkah UMNO tolak Islam dengan pelbagai program dilaksanakan utk memperkasakan Islam selama ini? Kalau ada yg belum terlaksana seperti Hudud, jangan mudah menghukum murtad atau kafir. Malah prinsip Syarak dalam konteks perlaksanaan Islam jelas: ما لا يدرك كله لا يدرك كله  yang bermaksud, "kalau tidak mampu laksanakan semua perkara, jangan tinggal semua perkara".

Tindakan Mursyidul Am PAS ini kelihatan amat terdesak untuk mempertahankan tindakan sembahyang hajat dan doa bala ke atas UMNO yang dilakukan oleh adiknya sendiri semalam. Mungkin Nik Aziz terlupa sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Akan muncul dalam umat ini suatu kaum yang melampaui batas kewajaran dalam berthaharah dan berdoa. (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

Beliau sepatutnya mengkaji Perlembagaan UMNO sebelum bercakap sebegitu atau masuk dulu UMNO (opps! lupa ... beliau pernah masuk UMNO). Malah dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 jelas menegaskan bahawa antara asas perjuangan UMNO ialah "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, Agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama". Bila sebut sahaja perkataan "Islam" maka rujukannya adalah Al-Quran & Al-Sunnah dan bukannya bukan ideologi DAP ataupun bapa pluralisme Agama, Anwar Ibrahim!







No comments:

Popular Posts