Thursday, October 18, 2012

[Gambar] #TwtupTF100k meriah, terima kasih rakan-rakan twitter!


PETALING JAYA, 18 Oktober - Seramai 100 orang pengikut twitter @TunFaisal telah hadir bagi sesi ramah mesra bersama Pengerusi BN Youth Cyber Team (BNYCT), Tun Faisal Ismail Aziz dalam program #TwtUpTF100K bertempat di Flaming Steamboat Buffet sebentar tadi.

Ketika menyampaikan kata-kata aluan, Tun Faisal berkata "BN Youth Cyber Team (BNYCT) adalah satu gerakan sukarela daripada rakyat untuk membantu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang".

Semua rakyat diseru untuk memberi bantuan kepada Barisan Nasional walaupun sekadar klik 'Like'.

Mengulas lanjut mengenai bantuan yang diperlukan daripada sukarelawan BNYCT, beliau berkata "Follow Twitter kepimpinan negara dan kongsi maklumat apa sahaja berbentuk sokongan kepada Barisan Nasional melalui media baru, maka anda sudah bergelar sukarelawan BNYCT."

Penganjuran #TwtUpTF100K ini adalah usaha rakan-rakan twitter @TunFaisal sebagai satu simbolik menghargai semua follower seramai 103,950 di samping dapat berkenalan lebih mesra bersama sukarelawan BNYCT.

Mengenai program BNYCT yang akan datang, Tun Faisal berkata "BNYCT akan mengadakan bengkel yang akan mengumpulkan para sukarelawan bagi menjana dan mengumpul idea untuk membantu komuniti media baru dalam usaha menyokong dan memastikan kemenangan BN pada pilihanraya akan datang. BNYCT turut akan menganjurkan program Siber Kreatif bagi mencungkil bakat rakyat dalam usaha menyokong BN." - Media BNYCT

















Lagi gambar di
http://broadc4st.blogspot.com/2012/10/majlis-sambutan-twtuptf100k.html

http://lensaloka.blogspot.com/2012/10/twtuptf100k.html

dan 

blog Armad Azha di bawah. Terima kasih sahabat saya, sdr Armand yang sanggup bersama-sama dan meluangkan masa sehingga pukul 2 pagi bersama rakan-rakan tweet up yang terdiri dari kalangan anak-anak muda.


Tahniah, Terbaek, Majlis sambutan #TwtupTF100k


Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Sahabat Saya,Sdr Tun Faisal ( Exco Pemuda UMNO Msia) Atas Jemputan Ke Majlis Sambutan #TwtupTF100k Flaming Steambot Buffet Spectrum Shop Bandar Sunway Terbaek. Tahniah Atas Kehadiran Generasi Muda Yang Aktif Di Twitter



Hebat Semangat Anak2 Muda Yang Ditunjukkan, Saya Terkejut Bila Di Maklumkan Ada Yang Hadir Drpd Pahang, Perak, Penang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan...Etc.



Rata2 Yang Hadir Adalah Generasi Muda...Terbaek..





Jutaan Tahniah Pada Team Yang Bertungkus-lumus Bagi Perlaksanaan Majlis Semalam Yang Berjalan Dengan Lancoooor ( Kata Org Perak :) )








Nak tengok gambar-gambar lain? Klik link di bawah -

http://armandpju.blogspot.com/2012/10/tahniah-terbaek-majlis-sambutan.html





No comments:

Popular Posts