Monday, October 29, 2012

Audit: Cubaan Azizan nafi kegagalan, digagalkan oleh Mahdzir #TukarKedah

azizan-mahdzir

MB Kedah gagal! 

Apa kata Audit?

Kedah Corporation Berhad (KCB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). KCB telah ditubuh dan didaftarkan pada 15 Mei 2006 dengan modal dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal diterbitkan RM1 juta. Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk memajukan aktiviti perlombongan dan pertanian di peringkat antarabangsa. Pengauditan yang dijalankan di antara bulan November hingga Disember 2011 mendapati kedudukan kewangan KCB adalah lemah kerana mencatatkan kerugian sepanjang tahun 2008 hingga 2010. KCB juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah.

Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2006 dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal diterbitkan RM0.5 juta. KAIMB merupakan syarikat milik penuh Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) iaitu sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed). Pengauditan yang dijalankan di antara bulan September 2011 hingga Oktober 2011 mendapati KAIMB hanya memperolehi keuntungan pada tahun 2008 dan kemudiannya mengalami kerugian pada 2 tahun berikutnya. Pengurusan aktiviti KAIMB seperti projek ternakan udang di Kerpan dan projek tanaman getah dan kelapa sawit juga terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan perjanjian dan pemantauan. 





Dakwaan Azizan projek sakit di Kedah zaman BN: Ini penjelasan Mahdzir Khalid
ISNIN, 29 OKTOBER 2012 03:14  

Ceritanya sama saja. Baik di Selangor,Pulau Pinang dan terbaru di Kedah.Kerajaan pakatan pembangkang di negeri-negeri ini cuba nak cari apa saja yang boleh ditonjolkan sebagai ' kesalahan' kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan sudah lebih empat tahun berlalu sejak mereka mengambilalih negeri-negeri ini semasa pilihanraya umum 2008...tidak ada perubahan yang dapat dirasai dan dilihat dengan mata kasar.

Di Kedah,bekas Menteri Besar  Datuk Seri Mahdzir Khalid naik angin bila Menteri Besar PAS sekarang Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memperlekehkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.

Dan...kalau dilihat dari penjelasanya nampak sangat Azizan macam tenggelam punca bila pentabirannya menghadapi masalah dalaman dengan puak PAS sendiri di negeri itu.

Siapa boleh lupa peristiwa PAS Pusat terpaksa campurtangan wujudkan badan pengawas keatas pentabirannya ekoran krisis beliau dengan dua Exco Kerajaan Negeri tidak lama dulu.

Mahadzir yang kini Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun), berkata, projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono

Beliau ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari Alor Star Ahad mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan BN semasa memerintah, memaksa kerajaan Pas Kedah menanggung beban hutang.
   
Katanya, projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa.
   
"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.
   

Dalam sidang medianya Sabtu, Azizan berkata, beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan Pas Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu.

Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut.
   
Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya.
   
Mahdzir, yang juga Adun Pedu berkata, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.
   
Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan.
   
Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya.
   
Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usaha sama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul.  

Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. 
   
"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau.
   
"Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir.
   
Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal.
   
Menurut Mahdzir, hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - 28/10/2012


No comments:

Popular Posts