Wednesday, July 18, 2012

Ulama: Haram sokong DAP dan PKR?






Haram Jatuhkan Kerajaan Islam - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram


Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.




6 comments:

Org Tumpat said...

Bagaimana dgn mereka yg cuba jatuhkan kerajaan Islam yg dipimpin PAS di negeri Kelantan? Sedangkan PAS la yg telah mengharamkan judi, pub, disko, hadkan penjualan arak, serta bnyk lg dengan dana dan kuasa yg amatla terhad.

Anonymous said...

Haramkn judi,pub,disco tp mmbnrkan patung dan monumen budhha terbesar di asia dibina dikelantan...haha

yee said...

kebebasan beragama, biarlah dia nk buat patung besar kingkong pun itu mak bapak dia punya duit, bukan dia mintak kita sembah, apaa...daaa dia ni. Satu soalan cepumas aku nak tanya. sejak bila malaysia ni negara ISLAM???? Tahu tak negara yang macamana yang boleh ditakrifkan sebagai negara ISLAM? negara ISLAM adalah yang meletakkan ISLAM di atas sekali di dalam perlembagaan, bukannya setakat kepercayaan kepada tuhan, ada bnyk tuhan kat malaysia ni, tuhan cina tuhan hindu. Malaysia adalah negara umat ISLAM yang jadi majoriti. Sorry ye bukan negara ISLAM. Budak sekolah rendah pun tahu la. Maka tidak haram kalau menentang kerajaan yang ada sekarang kerana bukan negara ISLAM.

yee said...

kesian syeikh arab saudi ni kena kelentong. Kalau lah dia tahu hal sebenar mahu disumpahnya. Malaysia negara ISLAM?????? Hahahahahahahah....................nasib baik syeikh tu tak tanya soalan : kalau orang mencuri atau berzina kat sini, kamu potong tangan atau rejam/sebat kah? Mampuih kalau dia tanya hahahahahahaha................

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

1. Kerajaan Pas Kelantan bukan Kerajaan yang menentukan dasar-dasar di dalam negara; so tidak boleh dianggap kerajaan yang utama.

2. kerajaan negeri-negeri di bawah BN melaksanakan dasar yang yang sama dengan kerajaan pusat, iaitu kerajaan utama yang menetukan dasar negera ini

3. Yang pastinya DAP dan PR berpegang kepada sosialisme sebagai dasar kepada ideologi politik mereka, bukannya islam

4. Malaysia meletakkan Islam sbg Agama Persekutuan dan menetapkan keistimewaan-keistimewaan tertentu untuk Islam. Disebabkan itu, Malaysia tidak mungkin negara sekular.

yee said...

keistimewaan apa untuk islam? bina banyak2 masjid? buat muzium islam? perbankan islam? Nilai2 islam is not a core element. The core element is SYARIAH dan AQIDAH. Pemerintahan sebenar berpaksikan islam merangkumi segala-galanya, politik dan muamalat dan sebagainya. Tolong lah saudara, jangan confusekan org. Saya nak tanya, setakat manakah yang UMNO telah buat untuk mendaulahkan islam, tak pernah pun ada usaha untuk membentuk pemahaman terhadap islam yang fundamental, setakat kosmetik tak payahlah. Saya tidak kata dalam PAS itu semuanya betul dan ikhlas untuk mendaulatkan islam malah ada juga yang munafik untuk kesenangan dunia. PKR dan DAP pergi mamposlah. Peperangan adalah tipu helah begitu juga dengan politik. Pakatan dengan musuh juga adalah tipu helah. Saya percaya apa yang PAS buat skrg merupakan strategic planning. Percayakah anda jika sudah sampai satu tahap islam diletak ditapak kaki, maka korban darah wajib dilakukan untuk mendaulatkan islam di muka bumi ini(fisabilillah). Biarlah orang2 munafik yang bertopengkan islam yang ada di dalam pakatan menjadi duri dalam daging asalkan kita jujur dan ikhlas dan istiqomah insyaallah Allah swt akan bantu.

Popular Posts