Antara petugas yang di Pusat Tindakan Media ketika itu.
Anda mungkin kenal sebahagian daripada mereka :)
Pada tahun 2009, disebabkan marah kepada seorang blogger dan akibat salah faham terhadap tujuan saya, terdapat beberapa blog yang menyerang saya dan Unit Media Baru (UMB). Dalam serangan itu, blog-blog ini menceritakan tentang Cybertroopers Pemuda UMNO yang mereka sendiri tidak tahu sejarah dan asal usulnya. Mungkin masa tu, mereka ni pun masih belajar di IPT lagi, tetapi bila berblog, seolah-olah mereka yang lebih faham berbanding pihak yang benar-benar terlibat menubuhkan pasukan ini.
Disebabkan tidak menyelidik, mereka juga tidak boleh membezakan di antara Cybertroopers Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Hishammuddin Tun Hussein bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Tahun 2004 dan Cybertroopers UMNO yang ditubuhkan selepas PRU 2004.
Saya tidak mahu menjawab ketika itu untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka tentang unit ini. Lagi pun masanya belum sesuai. Hari ini biarlah diceritakan sedikit sejarah mengenai penubuhannya supaya sebarang fitnah, kesilapan dan manipulasi fakta dapat dibetulkan.
Suka dinyatakan baahwa cadangan untuk menubuhkan sebuah unit perang siber di bawah pengawasan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah disampaikan kepada YBhg Datuk Akbarkhan Abdul Rahman yang merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Hishammuddin pada bulan Januari 2004.
Selepas perbincangan lanjut, YBhg Datuk Akbarkhan telah bersetuju untuk meletakkan unit ini di bawah seliaan Pengerusi Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO, YBhg Datuk Mohamad Norza Zakaria dan dibantu oleh Tun Faisal Ismail Aziz (memetik ayat di dalam kertas cadangan tersebut). Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Shahrul Zaman Datuk Yahya merupakan Setiausaha kepada Datuk Norza dan merupakan individu yang begitu hebat mengkoordinasikan Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO ketika itu.
Selepas perbincangan lanjut, YBhg Datuk Akbarkhan telah bersetuju untuk meletakkan unit ini di bawah seliaan Pengerusi Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO, YBhg Datuk Mohamad Norza Zakaria dan dibantu oleh Tun Faisal Ismail Aziz (memetik ayat di dalam kertas cadangan tersebut). Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Shahrul Zaman Datuk Yahya merupakan Setiausaha kepada Datuk Norza dan merupakan individu yang begitu hebat mengkoordinasikan Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO ketika itu.
Bagi membawa imaginasi pembaca ke zaman itu, saya suka untuk berkongsi artikel di bawah yang menggambarkan tentang keadaan jentera perang siber UMNO pada waktu itu;
Unit ini akhirnya ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 2004.
Pilihan Raya: Di mana Gerakan Siber Kita?
Posted on Tuesday, November 11 @ 11:08:59 MYT by kuntakinte |
Oleh:
Kunta Kinte Malaysia
Kita ada krisis. Ini kena
diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat pilihan raya Malaysia dalam masa akan
datang akan dicorakkan oleh wacana intelektual, gosip dan perdebatan siber
yang bermula dalam Pilihan raya 1999.
Krisis apa? Kita ada krisis
tenaga, pemikiran dan strategi di Siber. Bacalah kita di sini sebagai gerakan
siber UMNO. Bacalah Kita di sini sebagai gerakan siber Barisan Nasional dan
baca juga Kita di sini sebagai gerakan siber mereka yang menyokong perjuangan
kerajaan yang ada hari ini. Hari ini satu demi satu laman UMNO semakin tidak
bermaya termasuk laman ini.
Lihat sahajalah laman rasmi
UMNO (www.umno-online.com). Sebagai sebuah laman yang dibiayai oleh UMNO
sepenuhnya, laman tersebut bukan sahaja gagal untuk menyaingi lidah rasmi Pas
- Harakahdaily - malah untuk menjadi pemimpin kepada laman-laman pro UMNO
yang berteraburan ini pun ia tidak ada kredebiliti.
Hampir 80% beritanya setiap
hari dipetik dari akhbar tempatan. (Sikit sebanyak yang mengecewakan laman
ini juga mula cenderung dengan sindrom ini). Lama ke lamaan saya percaya
laman tersebut akan menjadi seperti akhbar Wawasan Merdeka yang kalau tidak
berkubur pun akan menjadi tempelan semata.
Yang nampak sedikit karisma
hanyalah laman Pemuda UMNO (www.pemudaumno.org.my). Sungguhpun ia merupakan
cerminan kegiatan Pemuda dan bukannya wahana "peperangan siber"
seperti Harakahdaily atau kmu.net.my, namun ia merupakan satu gerakan yang
akan terus membesar dengan sokongan kewangan dan tenaga kerja yang baik.
Laman ini pula akan menghadapi
masa depan yang tidak menentu. Latar belakang pendidikan, pemikiran dan taraf
sosio-ekonomi penggeraknya yang pelbagai menjadikan keaktifan, hentakan
perjuangan, percambahan idea hanya bergantung kepada keghairahan.
Penulis-penulis di sini
menulis bila ada keghairahan, keterujaan dan desakan dalaman diri terhadap
sesuatu perkara. Penulis-penulis jenis ini (termasuk saya) tidak ada disiplin
untuk memastikan laman ini sentiasa segar dan bertenaga. Apatah lagi bila
melihat UMNO sendiri sudah hilang kepedulian dan keprihatinan terhadap
gerakan siber, maka semacam ada pemahaman di kalangan para penulis di sini
bahawa tiada apa lagi yang perlu disumbangkan.
Maka jika esok ada pilihan
raya, UMNO sudah boleh dianggap kalah di siber sungguhpun hampir pasti BN
akan terus menguasai majoriti 2/3 dalam dunia realiti. UMNO suka memilih
membiarkan masalah menjadi besar sebelum mula melawan kembali.
Jika siber ini menjadi masalah
kemudian hari kepada UMNO seperti 1999, jangan kata tiada usaha menguasainya
dari awal. Jangan dikatakan tiada inisiatif menguasai atau mengaktifkannya.
Yang tiada hanya kesungguhan dari UMNO sendiri. Bagi UMNO dunia siber bukan
alat kempen dan propaganda. Bagi UMNO, dunia siber hanya alat budak-budak
muda yang mentah berpolitik dan menghabiskan masa seolah-olah mahuguru
politik.
Kalau pun ini bukan pemikiran
UMNO tapi sekurang-kurangnya inilah pemikiran jentera kempen dan propaganda
UMNO Pusat sekarang ini. Mereka mengharapkan anak muda, belia dan remaja
menghadiri ceramah atau membeli buku penulis-penulis politik mereka. Sayonara
|
Unit ini akhirnya ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 2004.
Ketika itu saya bersama Alkamarulzaman Abdul Latif, Ketua Editor Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO dan sejumlah rakan-rakan membantu Pusat Tindakan Media Pemuda UMNO (menggantikan nama Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO) di bawah Dato Norza Zakaria. Dalam Pusat Tindakan Media ini, saya merupakan Ketua Unit Produksi, satu unit kecil di bawah Pusat Tindakan Media Pergerakan Pemuda UMNO. Turut membantu ketika itu adalah rakan-rakan dalam MYKMU dan mereka yang terlibat dengan Idealis Mahasiswa.
Pusat Tindakan Media itu kemudiannya dikenali sebagai Pusat Tindakan Media Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO selepas penglibatan Pergerakan Puteri UMNO di bawah pengawasan sdri Nolee Asyilin Radzi. Selain membantu koordinasi berita-berita mengenai calon-calon Pemuda ketika itu, di bawah Pusat Media ini juga beroperasinya Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO, Gerbang Tempur Puteri dan Cybertroopers Pemuda UMNO.
10 comments:
ranking alexa naik mendadak tapi artikel x hitz dan orang tak sudi komen, adakah anda membeli ranking alexa? kenapa ranking alexa malaysia dan dunia naik tak sepadan? sila jawab dan publishkan komen ini.
kepimpinan anda sangat mcm sial...
tidak mampu untuk memimpin...
last2 UMNO dapat nama buruk...
alangkah bagus anda meletak jawatan...
BUDIMAN...BUDIMAN...BUDIMAN....
Assalam bro TF.
Menarik kisah ini,harap diteruskan.Kepada pondan2 tak bernama yg menuduh Alexa ranking boleh dibeli sila tunjukan caranya?
Nanti kita bagi hadiah..sebab teringin gak nak duk Ranking No.1..he he.Hebat ya blogger Malaysia boleh beli Alexa yang diasas kat Amerika sana..
Setakat cakap bolehlah..
dah lah tun tak payah layan bloggers2 picisan yang sedang merangkak nak dapat tempat mcm ni... ygn penting kita fokus pada matlamat penubuhan UMB dan berikan khidmat yang lebih baik dalam menangani isu2 semasa... Alhamdulillah sejak penubuhan sampai sekarang kita boleh lihat banyak perubahan dalam penyampaian maklumat dan UMB telah memainkan peranan yang baik dalam memperkukuhkan UMNO dalam media alternatif, bagi yang komen pun pakai 'Anonymous' ... jadilah anak jantan... tunjukan identiti, jgn suka baling batu sembunyi tangan... jika ada tuduhan sila tampilkan dengan bukti... jangan bila orang malas nak layan tuduhan tuan, lalu men'sial'kan orang ... heheh.. keep up ur good work tun..
tq bro Apa & Hanif,
Sejarah2 mcm ni penting untuk kita dokumentasikan. Orang kita mudah lupa dan yg masalah tu ada pulak yang buat cerita wlupun tak tahu kisah sebenarnya.
hmm, mamat anonymous tu ingat kita macam tuan dia, siap moderate dan tapis lg komen :) kita bukan penakut pun. Ke2 - sah mamat tu malas pergi training, tu yg tak berapa faham tentang rank dunia dan rank Malaysia. Yang lain tu payah jawab la. Skrg ni kita sendiri tau la apa yang berlaku.
Yg penting blogger2 UMB sudah berada di ranking yg baik. Tahniah diucapkan kpd mereka semua yang telah berusaha keras siang dan malam bg membuktikan, UMB boleh! :)
OII APA... sudah la, tak payah ko nak backing si mamat syokk sendiri tu, kan lebih baik kau pergi jenguk anak isteri kau dari kau berbelog, blog kau pun bukan orang nak baca sangat, kalu lebihkan hentam sesama umno dari hentam pembangkang, bayangkan blog kau tu time pick hour pun yang online ada 20 orang, pelik2 macam mana alexa ranking ko boleh naik mendadak, kau pun ikut beli ranking alexa atau tun yang belikan untuk kau, maklum la sekarang ni kau jadi barua nombor wahid tun dan umb.
heh3, org yg tak faham ranking mmg cakap mcm tu. suruh pi latihan malas. lepas tu dok balun sesama sendiri... bawak2la buang perasaan hasad dengki atas kehebatan org lain tu :)
Kita ikhlas Allah pasti tunjukkan jalan.
Sempat lagi menulis ye Tun.
Kisah lama yang sedih jangan dikenang.
Kisah baik kita jadikan teladan dan buruk sebagai sempadan.
Teruskan menulis Tun.
tq panglima,
saja je nak tunjukkan kpd generasi baru; dulu pun kita dah buat sesuatu dlm perang siber; di antara cerita dlm sejarah parti yg tidak ditulis dlm akhbar dan dicatat oleh penulis sejarah :)
Post a Comment