Dinar Kelantan: Bukti pemimpin Pas tidak faham tentang mata wang dan perdagangan. Sewaktu Tun Mahathir mencadangkan penggunaan Dinar, ia bukan untuk jual beli seperti yang Kelantan buat, sebaliknya untuk pembayaran perdagangan di antara dua negara. Macam yang Azhar Idrus selalu sebut - `bod-ddoh'
Skim Cepat Miskin Kelantan?
Kelmarin, 10 Julai 2012, kami ronda-ronda di Bazar Tok Guru berbekalkan beberapa keping Dinar dan Dirham untuk cuba-cuba membelinya. Daripada 4 peniaga yang kami temui, 2 menolak urusan menggunakan matawang syariah. Seorang peniaga pula menerima tetapi dengan syarat ianya dibawah harga sebenar, dengan kata lain kami mengalami kerugian daripada jual beli tersebut. Peniaga terakhir, seorang wanita pula mendakwa inilah kali pertama dia berjual beli dengan menggunakan Dinar Dirham dan mengaku tidak tahu menahu soal harganya tetapi menerima sahaja apa harga yang disebut oleh kami.
Berbekalkan 3 Dirham, kami membeli 1 kain sampin dan 1 kain pelikat. Harga 3 Dirham itu sewaktu dibeli di Wakala KGT ialah RM75.
Pada 9 Julai 2012, kami telah membeli 1 keping ½ Dinar pada harga RM389.50, 3 keping 1 Dirham pada harga RM25.00 setiap keping, 1 keping dua dirham pada harga RM50.00 dan 1 keping 5 Dirham pada harga RM125.00. Jumlah bayaran yang kami buat untuk semua itu ialah RM639.50.
Sebaik sahaja bayaran dibuat, kami sudah kerugian sebanyak RM63.95 sen atau 10% daripada harga sebenar yang dibuat.
Jurujual pihak Wakala tidak berminat untuk menjual kami Dinar dan Dirham KGT kerana sebab tersebut. Sebaliknya mereka menasihatkan kami membeli Dinar dan Dirham terbitan penempa antarabangsa kerana ia mengurangkan kerugian serta-merta. Kerugian besar membeli Dinar dan Dirham Kelantan menurut jurujual itu adalah disebabkan oleh Harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terlalu tinggi dan ditetapkan sekali sehari bukan seperti Dinar dan Dirham lain yang berubah setiap minit.
Oleh itu pembelian Dinar Dirham yang ditempa oleh syarikat antarabangsa adalah lebih selari dengan harga pasaran dengan premium yang lebih rendah.
Sebenarnya harga Dinar Dirham KGT bukan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan tetapi memandangkan jata atau logo Kerajaan Negeri terdapat pada Dinar Dirham itu menyebabkan kekeliruan kepada semua pihak.
Harga Dinar dan Dirham Kelantan ditetapkan oleh Umar Ibrahim Vadillo dan YB Dato’ Haji Husam Bin Musa. Saya sabitkan Husam kerana saya memiliki segala memo dalaman antara Umar dan Husam. Segala tindakan Umar termasuklah bagaimana premium antara 20% hingga 120% diletakkan ke atas Dinar Dirham ditetapkan telah dimaklumkan secara bertulis kepada Husam.
Apa yang menghairankan ialah Umar di dalam Curricullum Vitae nya kepada KGT memaklumkan bahawa dia adalah pemilik dan Pengarah Urusan World Islamic Mint. Umar masih mengawal World Islamic Mint walaupun dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif KGT dengan kuasa bersama meluluskan pembayaran berjumlah maksimun RM50,000.00.
Saksi memberitahu kami, Umar masih Ketua Pegawai Eksekutif KGT dan pemilik dan Pengarah Urusan WIM diwaktu dia memaksa Pengarah Eksekutif KGT menandatangani 3 keping cek kosong bernilai RM50,000.00 setiap satu untuk renovasi ‘pejabat WIM’ yang akhirnya ditukar menjadi pejabat KGT di Damansara Perdana. Saksi yang sama juga memaklumkan Umar secara keseluruhannya telah meminta KGT mengeluarkan 6 cek kosong untuk aktiviti berkaitan WIM.
Apabila berlaku pertelingkahan diantara Umar dan Pengarah Eksekutif KGT pada ketika itu, Umar telah didakwa oleh saksi sebagai berkata, ‘kamu tidak tahu, semua telah ditetapkan oleh Husam dan saya diluar pengetahuan kamu’.
Hari ini, KGT terus membiayai aktiviti WIM dengan menggunakan takrifan sebagai ‘penaja’.
KGT bukan syarikat milik Umar atau Husam. Ia adalah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan dibawah enakmen Negeri Kelantan.
WIM mendakwa KGT adalah sebuah syarikat yang dilesenkan oleh WIM untuk menempa Dinar dan Dirham. Dari manakah WIM mendapat hak mengeluarkan lesen itu? Di atas akta apakah WIM ditubuhkan? Sebagai penempa berlesen dari WIM, KGT perlu membayar royalti sebanyak 1% bagi setiap produksi yang dibuat dan harga Dinar Dirham pula perlu ditetapkan oleh WIM dan bukan pasaran.
Yang memeningkan kepala, ada pihak yang berkeras mendakwa bahawa tidak ada perjanjian antara KGT dan WIM atas tujuan lesen dan royalti itu. Jika tiada, adakah ini yang didakwa oleh Umar sebagai sesuatu yang telah ‘ditetapkan’ dari dahulu antara dia dan Husam?
Ringkasan audit dalaman PMBK yang salinannya ada pada kami juga menekankan beberapa aspek penting di antaranya mengapa tiada ‘purchase order’ dan mengapa wang tunai yang dibayar kepada KGT tidak dimasukkan ke dalam akaun KGT?
Aktiviti penempaan Dirnar Dirham KGT amat mengelirukan dan seolah-olah diluar kawalan KGT sendiri. Tempahan penempaan Dinar dan Dirham dibuat melalui seorang bernama Habib dari Emirates Gold Europe. Emirates Gold Europe kemudian setelah menerima telegrahic transfer dari KGT menolak 1% untuk dibayar kepada WIM.
Habib kemudian membuat bayaran kepada Emirates Gold Dubai, iaitu sebuah syarikat lain untuk menempa Dinar dan Dirham tersebut. Dinar dan Dirham yang siap ditempa di hantar ke Malaysia kepada sebuah syarikat lain yang tiada kaitan dengan KGT dan Dinar Dirham itu kemudiannya di letakkan di Safe Deposit Box di Damansara Perdana. Pada suatu ketika, peti simpanan itu di daftarkan bukan atas nama KGT tetapi diatas nama adik beradik Umar Ibrahim Vadillo.
Setiap Dinar dan Dirham yang mempunyai premium antara 20% ke 120% ini walaupun telah dijual balik kepada Wakala KGT akan tetap dijual semula kepada pembeli baru pada harga semasa yang dicampur premium yang sama, ini menyebabkan Dinar dan Dirham yang ‘terpakai’ itu terus dijual sebagai baru walhal kos penempaan, royalti dan premiumnya telah pun ditanggung oleh pihak pembeli pertama. Ini menyebabkan premium dapat dipungut berulang-ulang kali pada Dinar dan Dirham yang sama. Pembeli yang mencari keredhaan Allah sebenarnya sudah terperangkap di dalam satu skim yang mencurigakan dari sudut agama.
Aktivis Dinar Dirham yang menganggap tindakan kami ini sebagai anti Dinar Dirham adalah amat salah. Di dalam setiap taklimat dan pendengaran yang dibuat dari pertengahan Jun lagi, setiap individu yang terbabit, NGO dan Gabungannya telah dijelaskan mengenai kebaikan Dinar Dirham dan pelaburan di dalam logam berharga. Tujuan pendedahan ini adalah kerana kami tidak mahu Dinar Dirham KGT dipenuhi unsur-unsur yang menimbulkan fitnah dan meragukan.
KGT sebenarnya boleh membuat penempaan di dalam negeri bahkan Permodalan Kelantan Berhad pernah membuat tempaan Dinar Kelantannya di dalam negeri. Dinar Kelantan yang awal tidak membabitkan individu seperti Umar Ibrahim Vadillo.
Bagi membersihkan nama KGT dan Menteri Besar Kelantan, kita meminta KGT bersikap telus dan mendedahkan penyata kewangan tahunannya. Kita memohon ahli-ahli Parlimen PAS yang sentiasa memperjuangkan ketelusan turut sama meminta KGT bersikap telus. Dedahkan penyata kewangan tahunannya semenjak tahun 2009.
No comments:
Post a Comment