Tuesday, July 10, 2012

Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang? @realDrMAZA


Jangan lupa dalam sejarah Islam, 3 orang khulafa' ur-rashidin sahabat Rasulullah saw,  iaitu Khalifah Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Uthman Al-Affan r.a dan Khalifah Ali Abi Talib r.a meninggal dunia di hujung mata pedang, baik di tangan Putera Raja Parsi yang termakan hasutan untuk mendapatkan kemewahan dan kuasa, atau hasutan pemfitnah di kalangan umat Islam sendiri ataupun akibat tafsiran hukum yang melampau puak khawarij. 


Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dari sejarah ini demi maslahah Islam dan ummah. Namun apabila ada di kalangan orang agama yang menghalalkan penentangan terhadap pemerintah, menghalalkan mufarraqah dan perpecahan di kalangan ummah dan menghalalkan pemerintah digulingkan dengan mata pedang, maka sejarah akan menghukum umat Islam berulang kali. Bermula dengan hasutan untuk membenci pemerintah, diikuti dengan menghalalkan pemberontakan terang-terangan terhadap pemerintah dan seterusnya bibit kebencian yang ditanam melalui fitnah dan hasutan yang berterusan, akhirnya manusia-manusia yang terdidik dengan kebencian ini akan terdorong untuk menghalalkan darah pemerintah demi mendapatkan kuasa.



Video yang merakamkan kejadian amuk

Petunjuk Siapa Penyerang - Yang Juga Blogger - di JPM Sudah Ditemui - Mengaku Imam Mahdi - Benci Polis Tentera - Hina Para Mufti !!!

Sebentar tadi dengan izin Allah panglima sudah temui sedikit info yang dirasakan boleh membantu PDRM untuk mengenalpasti latar belakang si penyerang yang dikatakan bernama Khalil Afandi Hamid berusia 47 tahun. 

Berdasarkan kenyataan pihak berkuasa yang menyebut nama beliau seperti di atas. Namun selepas dicari ada sedikit perbezaan di mana ada tambahan 
'A.Hamid' pada tulisan di blog beliau. Wallahu A'lam.

Didapati beliau menggunakan nama samaran ariff afandi bin khalil afandi hamid dan sejak Mac 2011 beliau sudah mahu melawan kerajaan dengan cara sendiri atas dasar Kerajaan dikatakan zalim.



Lihat persamaan parut di bahagian bahu dan juga sedikit kesan luka di perut antara kedua gambar ini 

Gambar pertama sewaktu muda di atas adalah gambar profile beliau yang ditemui di sebuah blog tanpa posting bertajuk http://gilaapamanusia.blogspot.com/  

Berdasarkan gambar penyerang siang tadi anda boleh kenalpasti wajah tidak berubah dan mungkin gambar ini ketika beliau muda. Turut ditemui ialah akaun FB beliau di sini http://www.facebook.com/khalil.afandi.1

Dipercayai beliau mula menulis blog pertama bermula September 2010. 

Di blog satu lagi ditulis Mei 2012. Dengan lokasi keduanya ditulis Seri Kembangan Selangor. 

No hp beliau ialah 01116342016 manakala no IC ialah : 650724106631 

Di ruang 'about me' beliau menulis : 


Hidup ini bukan untuk diANJINGkan bagai Polis Diraja M'sia dan Tentera

Ternyata si penyerang mempunyai jiwa yang bencikan anggota keselamatan. Selain itu Mufti Perak dan Mufti Johor juga digelar 'pengampu sultan'

Beliau dipercayai kahwin 11 tahun yang lalu dan berasal dari Taman Medan berdasarkan tempat mengundi yang ditemui di dalam rekod SPR. Adakah beliau berasal dari Taman Medan tempat lubuk PAS sejak dahulu hingga sekarang ? 

Jika berdsarkan kisah Zulkifli Nordin diserang seperti artikel AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/?p=25395 memang jelas situ adalah lubuk tegar penyokong PAS. Dan tempat ramai 'samseng' yang pernah mencetuskan pergaduhan antara kaum akibat selisih faham ketika kenduri kahwin antara kaum Melayu dan India.



Antara yang ditulis beliau bersandarkan nama gelaran 'ariff afandi bin khalil afandi' :




ariff afandi bin khalil afandi said...

Salam sejahtera,


Aku suruh isteriku buat blog yang baru untuk aku.... aku namakan 



"GILA APA MANUSIA"



Aku akan bicara secara bersemuka pada pemerintah ataupun sesiapa.

Tidak ku peduli nak jadi apa.. Aku akan usaha sampai berjaya. Gila apa manusia.



Tidak aku sombong .... tidak juga bangga... aku juga manusia biasa.



Diusia muda tatkala aku tak kenal aku ini siapa.... kamu penguasa negara hanya mampu membiarkan saja.... kupukul sesiapa ku suka tak ku peduli Neraka. 



Kini diusia tua 47 tahun umurku... sudah aku kenal aku ini siapa... aku adalah Raja Dunia.



Diam semua kamu! Tatkala aku bicara.. hidup kamu ini untuk apa. Susah sengsara manusia kamu biarkan saja..... kamu semua memang celaka. 



Hormat lah kamu pada Raja.... aku peduli apa. Aku datang merampas singgahsana... turun kamu Sultan Gila dari tahta... kini aku nak ambil alih kuasa.



Saat dan tika sempadan takdir dari PEMUNYA... aku pasti datang meregut kuasa dari jantung-jantung setiap yang bernama Raja.



Ikut aku atau kubunuh semua... aku tak peduli kamu siapa.... Kerana apa?



Aku adalah Raja Dunia anugerah dari Allah Tuhan ku.



MAHA SUCI ALLAH
3 March 2012 06:38
Seterusnya antara yang ditulis oleh beliau :
Ketiga-tiga racun ini dimamah oleh Sultan Selangor aka Luncai macam gula-gula. Itu dia Tuhan untuk Ustad Kazim Elias. Shuuut.... taruk jari dimulut. Biarkan... biarkan... biarkan siLuncai terjun labu-labunya. Bukan aku yang kata tapi siKazim Elias. Kalau nak marah..... marahlah siKazim tot tot.
Tentang Mufti Tan Sri Harussani diungkapkan begini : 
Memanglah dari raut wajahnya pun dah tergambar...... cannot be trusted. Dia inilah yang dikata pendusta dalam ugama. Yang peliknya dia ceramah cerita pasal ulama suuk. Habisnya siapa dia yang ulama suuk. Jawapannya semua kamu adalah ulama suuk dan  inilah yang manusia gelarkan Alim-alim kucing. Sana kencing sini kencing habis semua sudah hancing. 
Tentang mantan Mufti Johor Dato Noh Gadut dilabelkan oleh beliau sebagai pengampu Sultan Johor.
Tentang Raja Melayu beliau menulis : 

Semua kerajaan Islam kena beri laluan kepada Imam Mahdi. Mana-mana negara Islam yang tidak berBaaiat dengan Imam mahdi adalah musuh yang akan diperangi. Semua raja-raja Melayu kena turun dari TAHTA mereka. Semua raja-raja akan berada dan hidup dijalanan. Supaya mereka boleh belajar hidup ni apa sebenarnya. 

Hidup macam orang biasa. Semua harta serta emas permata raja-raja Melayu akan ditaburkan dijalan raya. Ambil semuanya apa mau mu. Kita jadikan ia harta rampasan perang. Ambil semuanya.... bergembiralah. Hari ini adalah hari kemenangan untuk semua. 

Dalam analisa hamba lakukan didapati hanya seorang dua sahaja yang memberi sokongan kepada penulisan blogger Imam Al Mahdi ini. Beliau mudah 'terangsang' dengan pujian dan juga permintaan terhadap tajuk tertentu seperti yang ditinggalkan di dalam ruang komen yang ada di blog tersebut.  

Setakat itu dahulu penemuan hamba terhadap penyerang di JPM siang tadi. Semoga ia membantu memahami siapakah diri penyerang dan pemikirannya. Agar jangan ada yang berkata penyerang ini upahan Umno/ BN untuk mencipta gelombang militan dan subversif terhadap PAS. Jelas perkataan yang ditulis mencerminkan ideologi penganut mazhab politik PAS yang kuat menghina para mufti selain polis serta kerajaan yang ada hari ini termasuk Raja Melayu kita.

Bukalah dada dan pasangkanlah telinga serta celikkanlah mata.



selesai tulis jam 12.47 pagi Selasa 10 Julai 2012



15 comments:

Brahim Nyior said...

Penyokong tegar rupanya.. Patutlah..

Anonymous said...

Kita harus bershukur mempunyai raja islam,pemerintah islam..dan menghormati kaum dan agama lain..sepatutnya kita bersatu dan menegak islam bersama,bukan menuding jari sesama islam,dan menggalak bukan islam menyentik dan kita membiarkan demi pakatan parti ..fikir2 kan.

Anonymous said...

Elok lah kalau kena tembak pon....kalau hidop pon menyusahkan orang lain saja...

Anonymous said...

org politik bila nk menang ajak semua org buat huru hara.bila dpt jawatan kenyang perut nk jumpa rakyat pun sush.

Anonymous said...

betul ker blogger pas????...

Anonymous said...

MANA ADA DIA CKP DIA BLOGGER PAS...BENDERA PN TAK NAMPAK, LAMBANG PARTI PN TAK NAMPAK....TGNA PN DIA MAKI...BLOG BODOH, NK BURUKKAN PAS KE?JGN CEPAT JATUHKAN HUKUM, SEBAB SEMUA PN TAK TAU KNP DIA BERTINDAK BEGITU...TUAN PUNYA BLOG NIH, TOLONGLAH EDIT POST AWK NIH...CB

Anonymous said...

blogger pas? khatam satu blog dia aku baca dia tak mention langsung dia fanatik pas. boleh kata dia ni ekstremis islam. dia ni contoh orang yang hidup dalam dunia dia sendiri. delusional.

Panglima Perang Cyber said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Perang Cyber said...

terima kasih siarkan tulisan hamba di sini Tun.

Anonymous said...

lu ni memang bodoh sombong,,

baca abis malas, pastu ikut dan buat rumusan sendiri..

dalam tu dia tak kata sokong PAS Ke UMNO..

Semua dia hentam kecuali Tun M.

Patut la lu kena sound tepek dgn Dr Asri,,,

orang nak buat blog, lu nak buat jugak tapi baca malas betul2 malas, ulas ikut sepintas lalu je..ibarat ulas ikut kepala bawah je lu ni..

lu memang blogger tahap longkang je bai..tak macam papagomo, uncleseekers..itu baru betul blogger

Anonymous said...

tun faisal jgn nak memfitnah
nasib lah aku sempat baca sebelum blog tu tk dpt bukak
dalam tu semua orang dia maki termasuk PAS
memang patut sgt lah kena sound dgn drmaza tun faisal ni.LOL

VoidDance said...

Ya, aku pun salah seorang yang dah baca habis blog dia. Dia pukul keliling. Semua dia hentam. Pandai-pandai kata dia sokong PAS itu ini. Sudah takde modal nak berpolitik ke? Unit media baru apa kalau benda camni pun tak tau.

ibnu_zen said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tulisan anda ibarat sampah sarap. Tiada ilmiah melainkan berat sebelah dalam pandangan kepartian. Anda sama dengan UTUSAN, mudah sangat membuat kesimpulan dalam isu ini. Saya pun dah baca blog dia nie, takde langsung cakap sokong PAS atau PR! Melainkan jelas melalui tulisan yang dia nie ada masalah mental.

Rasanya lepas nie anda tak perlulah lagi jadi blogger. Homework tak buat, sibuk nak menulis. Patutlah kena hentam dengan Dr MAZA!

Rajadewa said...

UMNO, ooooiii..!orang umno. Mai dengar sini. Walau apa pun isu yang cuba kau orang nak gunakan, kau orang harus ingat, sebenarnya rakyat nak umno bungkus terus. Oppss! Bukan sebab umno tk bagus. Kalau nk cakap umno tk bagus, pr pun ada yg tak bagus.. Bukan isu itu sebenarnya.. Rakyat nak pastikan BN bersaing dengan PR untuk dapatkan kuasa. Bila ada persaingan sengit, barula rakyat dapat manfaat yang lebih dari biasa. Rakyat bijak.. Rakyat sekarang bukan macam dulu dulu..

Popular Posts