Tuesday, April 24, 2012

#MansuhPTPTN : Datuk Bandar KL sahkan budak-budak yang berkhemah langgar undang-undang





Budak-budak PR dilatih untuk jadi kurang ajar. Tahniahlah! Allah swt tunjukkan sikap sebenar dan perlakuan kurang ajar PR. Kita yakin dengan perbuatan biadap mereka ini bukan saja penjawat awam malah rakyat juga makin benci kepada PR dan budak-budak PR. Errr mana budak PR yang kurang ajar dan berlagak macam pandai undang-undang sangat tu?


Kenyataan Akhbar Datuk Bandar KL

Satu kumpulan yang mendakwa mereka terdiri daripada pelajar-pelajar universiti telah berkumpul tanpa mendapat permit daripada Datuk Bandar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dan mendirikan khemah atau apa jua barangan adalah kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kumpulan tersebut telah diberi nasihat dan amaran oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) bahawa perbuatan berkenaan adalah merupakan satu kesalahan. Di atas keingkaran mereka, DBKL telah mengambil tindakan merampas barang-barang terdiri daripada khemah, kain rentang dan lain-lain peralatan yang berada di lokasi tersebut pada tarikh 15 April 2012. 

Walaupun tindakan diambil oleh pihak DBKL dan usaha memujuk telah dilakukan kumpulan tersebut masih terus berada di Dataran Merdeka sehingga 21 April 2012. Pada 21 April 2012 jam 5.15 petang, pihak DBKL  telah sekali lagi menasihati mereka untuk mengosongkan tapak di Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada ambulan Di Raja dan ambulan-ambulan yang diarah bertugas sempena Konsert Diraja pada malam 21 April 2012.

Memandangkan mereka enggan berpindah, pihak penguatkuasa DBKL telah merampas barangan mereka seperti khemah, kain rentang dan lain-lain dan barangan tersebut diletakkan di dalam lori penguatkuasa yang berada di kawasan berhampiran di mana barangan tersebut telah disenaraikan secara lengkap oleh pihak DBKL. 

Ketua kumpulan tersebut iaitu Encik Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zain telah muncul menuntut supaya barang-barang berkenaan dipulangkan iaitu kira-kira jam 1.15pagi, 22 April 2012. Berikutan tuntuan beliau, pihak penguatkuasa DBKL telah mengemukakan notis kesalahan dan tawaran kompaun di atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam. 

Encik fahmi telah menandatangani borang akuan tindakan dan barang-barang kepunyaan mereka telah dikembalikan oleh pihak DBKL. Beliau juga telah diberi maklum agar tidak berkumpul dan meletakkan barang-barang berkenaan sekali lagi atau akan berhadapan dengan tindakan DBKL.

Pada 22 April 2012 jam 8.00 pagi, pegawai penguatkuasa DBKL yang bertugas di kawasan Dataran Merdeka mendapati masih terdapat perhimpunan di kawasan tersebut di mana 16 khemah telah didirikan semula. 

Selaras dengan amaran yang telah diberikan oleh DBKL, sekali lagi tindakan merampas barangan yang terletak di Encik Mohd Fahmi kerana beliau didapati masih berada di dalam khemah di Dataran Merdeka pada pagi tersebut. Beliau telah diiringi oleh pegawai-pegawai penguatkuasa DBKL untuk ke Balai Polis Jalan Dang Wangi untuk membuat laporan kepada pihak polis terhadap DBKL.

Semasa Encik Mohd Fahmi diiringi ke kenderaan DBKL iaitu sebelum perjalanan ke balai, seorang awam yang dikenali sebagai Encik Umar bin Mohamad Azmi telah melakukan halangan terhadap tinndakan penguatkuasa untuk membawa Encik Mohd Fahmi ke balai polis. Beliau juga ditangkap oleh penguatkuasa DBKL kerana telah menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Dua laporan polis telah dikemukakan oleh DBKL kepada Balai Polis Jalan Dang Wangi iaitu :

1. Kes En Mohd Fahmi di atas kesalahan masih berkhemah di Dataran Merdeka walaupun notis telah diberikan kepada beliau agar tidak melakukan perkara sedemikian.

2. Kes Encik Mohd Fahmi di atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas

Pihak DBKL sedang menyediakan kertas siasatan untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwaraya. Kes Encik Mohd Fahmi akan dibuat oleh DBKL setelah mendapat keizinan daripada Timbalan Pendakwaraya. Manakala kes Encik Umar berada di dalam siasatan pihak polis.


TAN SRI AHMAD FUAD BIN ISMAL
DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
23 APRIL 2012

1 comment:

Anonymous said...

mana pi polis kesian dbkl kena pikul tanggung jawab polis. oops menteri kdn dah kata bukan masalah keselamatandn tidak jejaskan keselamatan. benarkan ajalah buatpa pi halang dan tangkap.

Popular Posts