Thursday, March 15, 2012

[Akhbar Cina] Kegagalan PR tadbir negeri-negeri: @cmlimguaneng gusar Kerajaan Pulau Pinang tumbang?

Nota: Perhatikan jawapan Lim Guan Eng yang menunjukkan bahawa dia tidak yakin dengan prestasi PR secara keseluruhan. Walaupun yakin dengan prestasi sendiri, namun isu SPICE dan Bayan Mutiara menyebabkan integriti Lim Guan Eng dan DAP tercabar. Apa lagi bila isu ini jauh lebih besar dari isu integriti yang menyebabkan Teoh Beng Hock terbunuh dan pembekalan kot oleh syarikat isteri pemimpin DAP di Perak. Guan Eng juga dikatakan tidak efektif apabila dilihat tidak ada idea baru yang dibawa oleh kerajaan PR untuk menjanakan ekonomi Pulau Pinang selain mewarisi kejayaan Barisan Nasional mentadbir negeri itu sebelum ini.


Nanyang Siangpau
Kerajaan Pulau Pinang dikhuatiri tewas?
m/s A6
13 Mac 2012

Laporan ekseklusif oleh Yu Tian Hua/ Chen Sieh Ai

Serangan bertubi-tubi dari UMNO
Kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin tumbang: Lim Guan Eng

Serang bertubi-tubi dari UMNO, Lim Guan Eng mengakui; "kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikhuatiri akan tumbang"!

Kebenaran yang disahkan oleh beberapa penganalisa politik antara parti pembangkang dan parti pemerintah, kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan kerajaan Pakatan Rakyat yang amat susah ditembusi itu, sebagai ketua dan peneraju di Pulau Pinang Lim Guan Eng secara berani menjangkakan, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang mungkin akan kehilangan kuasa, dan akan tumbang pada PRU akan datang ini.

Semasa Lim Guan Eng ditemu ramah secara ekseklusif oleh akhbar Nanyang Siangpau, beliau berkata beliau rasa resah dan tidak tenteram berkaitan keputusan PRU akan datang ini.

Lim Guan Eng semasa ditemu ramah oleh pemberita Nanyang Siangpau secara ekseklusif itu berkata, beliau rasa gusar dan rasa "tidak tenteram".

Beliau berkata, Saya telah buat jangkaan sesuatu yang terburuk sekali, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkemungkinan besar pada PRU akan datang ini tumbang, kerana jejak-jejak ini dapat dilihat dan dirasai dari segi serangan-serangan BN yang bertubi-tubi di Pulau Pinang, dalam masa ini juga berlaku perkara yang tidak diingini dimana pergeselan dan kekerasan telah berlaku, dan ketua wanita UMNO Shahrizat telah pun bersuara mahu ambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perlu Berhati-Hati Atasinya

Kak Shaharizat telah bersuara mahu memerintah kerajaan negeri Pulau Pinang, kita juga tidak berani 100 peratus beri jaminan, mungkin mereka akan secara keras ataupun secara paksa rampas kuasa kerajaan Pulau Pinang.

Ditanya adakah Lim Guan Eng rasa tidak yakin kepada keseluruhan Pakatan Rakyat, beliau menyatakan beliau yakin kepada prestasi dan keputusan diri beliau sendiri, hanya perlu berhati-hati hadapi cabaran, supaya dapat elakkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Selain daripada Shahrizat bersumpah dan juga berlaku beberapa insiden kekerasan yang sering timbul di Pulau Pinang, ramai menteri-menteri dari kerajaan BN sering turun ke negeri Pulau Pinang seperti telah war-warkan sesuatu mesej yang tertentu. Ia bukan sahaja berlaku demikian, sebelum ini Lim Guan Eng juga telah menyatakan kepada pihak media, BN telah pun "tumpukan sasaran" di beberapa kawasan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, BN telah menyatakan mahu ambil alih kuasa kerajaan negeri.

Perkara seperti ini membuat Lim Guan Eng rasa serba salah dan rasa tidak tenteram sama ada dengan cara berdiri ataupun duduk.

Shahrizat ada semangat yang begitu tinggi, membuktikan memang beliau ada keyakinan dan ada sedikit berhati "busuk", sebab itu semua orang jangan terlalu ambil mudah, jika tidak kita semua akan kecewa nanti.

Menang 100 Kerusi Parlimen Mungkin Boleh Memerintah

Ketua pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim pernah menyatakan, pada PRU Mac 2008 suara membantah memang begitu kuat dan hebat, ini adalah kali pertama yang terbaik kehebatan Pakatan Rakyat, dan pada PRU akan datang dipercayai kekuatan itu tidak sehebat PRU Mac 2008 lagi.

Cara penyampaian Lim Guan Eng begitu ringkas, beliau berkata jika kerusi parlimen jumlahnya 222 kerusi, Pakatan Rakyat hanya perlukan 100 kerusi sahaja, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh memerintah kerajaan Pusat.

BN Akan Huru Hara Apabila Tidak Capai 2/3 Kerusi

"secara terus terang saya berkata, kita hanya perlukan 100 kerusi di parlimen sudah cukup memadai, jika dapat menang 100 kerusi, besar kemungkinan tidak dapat memerintah kerajaan, tetapi jika benar berlaku dan kita dapat menang 100 kerusi sahaja, saya mahu bertanya kepada awak (wartawan), mungkin atau tidak berlaku UMNO berebut-rebut kuasa dan saling bercakar sesama sendiri, kita hanya tunggu dan pungut habuan itu sahaja."

Lim Guan Eng berkata, jika BN tidak dapat capai 2/3 kerusi, pasti dalaman UMNO akan bergelora dan akan mencabar kuasa pemerintahan Najib, dalam keadaan BN sedang kucar-kacir dan perebutan kepentingan dalam UMNO, semua perkara akan timbul ke permukaannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts