Saturday, February 18, 2012

Terkini: Kenyataan SMM tergugat dengan #AmanKampus @NajibRazak @KhaledNordin @RazaliIbrahim



Aman Kampus menggugat SMM
Gambar: Malaysiakini





Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihaknya "tidak berasa terancam dan tergugat" dengan kumpulan pro-Aspirasi yang menganjurkan program jelajah seluruh negara khususnya untuk membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap mereka suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.

Tidak hairan kenapa SMM mengeluarkan kenyataan ini. Antara sebabnya kerana pertama, hero mereka Adam Adli dan kumpulannya sudah dianggap rakyat sebagai mahasiswa kurang ajar dan penipu. Kedua, kerana majoriti mahasiswa sudah sedar dan mula dapat membezakan yang mana satu aspirasi sebenar mahasiswa dan yang mana satu didikan dan warisan dari kebejatan politik luar.

Untuk memahami kenapa SMM rasa tergugat sila baca dan lihat visual di bawah:


@AmanKampus: Gerakan masyarakat sivil dan aspirasi tulen mahasiswa

Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil yang wajar mendapat sokongan ramai. Aman Kampus berbeza dengan gerakan mahasiswa tidak bertamadun yang dipelopori sekumpulan kecil mahasiswa kurang ajar yang membuat kacau di jalan raya, di premis orang lain, memanjat pagar untuk menghantar memorandum pada waktu malam sewaktu pejabat tutup, melanggar cermin kaca dalam usaha menawan klinik, berpura-pura diculik untuk mendapat undi simpati sewaktu pilihan raya kampus, berpura-pura nazak, koma, patah rahang dan tulang rusuk serta menyebarkan penipuan melalui media sosial. Ia juga bukan gerakan mengugut untuk membunuh Perdana Menteri dan mengebom helikopter Perdana Menteri.

Saya yakin kesemua perkara yang saya sebutkan di atas tadi bukan aspirasi majoriti mahasiswa, tetapi aspirasi minoriti mahasiswa yang rosak akibat mendapat didikan salah oleh politikus luar dan berusaha mencemarkan kemurnian aspirasi tulen mahasiswa dengan membawa kebejatan politik luar ke dalam kampus.

Pada pengamatan saya, Aman Kampus adalah suatu gerakan masyarakat sivil oleh mahasiswa yang sedar bahawa aspirasi tulen mahasiswa adalah di atas aspirasi politik pembangkang yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Ia juga adalah satu gerakan untuk mengharmonikan kampus agar mahasiswa dan warga universiti benar-benar bebas dari politik partisan dan menghalang perpecahan warganya.

Paling penting, gerakan masyarakat sivil ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat dan sikap diplomasi, rasional & toleransi. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini.


4 Aspirasi utama program:

1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan

3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan

4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

3 Aspirasi Terpuji Mahasiswa: Diplomasi, Rasional dan Toleransi

1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi

2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri

3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.


Aspirasi sebenar mahasiswa vs Aspirasi mahasiswa kurang ajar/didikan politik luar  





Aspirasi mahasiswa kurang ajar - Buat kacau di rumah orang


Aspirasi sebenar mahasiswa - prihatin dan penuh kasih sayang


Aspirasi mahasiswa kurang ajar - menipu dan menyebar fitnah kononnya koma, nazak, patah rahang, gigi dan tulang rusuk





Aspirasi sebenar mahasiswa - Diplomasi, Rasional dan Toleransi


Aspirasi mahasiswa kurang ajar - pecahkan pintu kaca untuk tawan klinik, baring atas jalan untuk tunjuk perangai buruk, panjat pagar dan menjerit-jerit untuk hantar memorandum kepada pentadbir UPSI pada tengah malam



Aspirasi tulen mahasiswa - prihatin, penuh kasih sayang, membantu golongan tidak bernasib baik dan berbuat kebajikan 

No comments:

Popular Posts