Tuesday, February 14, 2012

[Kisah dulu-dulu] Soalan-soalan yang gagal dijawab oleh Steven Gan


Nota: Keputusan untuk meyiarkan tulisan-tulisan berbau rasis mencerminkan pemikiran rasis yang dipunyai oleh pengarang portal. Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab dan menunjukkan bahawa self-censorship tidak diamalkan oleh pengarang dan portal berita ini. Ini merupakan templat atau acuan yang diwarisi kepada kita oleh pengamal media siber di peringkat awal fenomena internet. Laman Web Pemuda UMNO ketika itu mengecam tindakan tidak bertanggung jawab editor portal berkenaan melalui tulisan di bawah:


Beberapa soalan mudah untuk Petrof dan Steven 
Gan.

Dengan tiba-tiba Malaysiakini menjadi begitu kelam kabut. Rupanya hanya dengan membuat laporan polis Malaysiakini telah menjadi kecut perut dan telah berusaha mencari sokongan di merata dunia.

Pemuda UMNO bukan membuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, sebaliknya hanya membuat sesuatu mengikut peruntukan undang-undang.

Seolah-olah, Malaysiakini sedar, ia ada membuat kesalahan. Orang yang rasa bersalah memang begitu. Kita menasihatkan Malaysiakini agar bertenang. Polis belum lagi menyelesaikan siasatan mereka. Tunggulah sehingga mereka selesai barulah kita lihat sama ada Malaysiakini bersubahat dalam tindakan menghasut atau tidak. Jika Malaysiakini tidak bersalah, mereka tidak perlu takut sebenarnya.

Bagaimanapun, jika mereka didapati bersalah, seperti mana-mana orang dewasa yang bertanggungjawab, Petrof dan Steven Gan harus berani menerima hukuman. Pemuda UMNO percaya pihak polis profesional dalam tugas mereka.

Ada sesuatu yang menarik perhatian editorial laman web Pemuda UMNO. Sejak laporan polis dibuat Malaysiakini telah cuba memprovokasi Pemuda UMNO dengan pelbagai muslihat. Perkataan `Ku Klux Clan’ sengaja diulang berkali-kali bagi memperlihatkan isu ini adalah isu Pemuda UMNO, bukan isu orang Melayu dan Raja-raja Melayu. 

Dengan provokasi ini, Malaysiakini berharap agar, biarlah ada exco-exco Pemuda UMNO yang terjerat dan membuat kesilapan. Harapan cuma tinggal harapan. Sehingga kini Pemuda UMNO masih bersabar walaupun telah dicabar sedemikian rupa. Pemuda UMNO sedar tentang perangkap Malaysiakini ini, dan malas untuk melayan kerenah tidak matang Malaysiakini. Biarlah undang-undang yang menentukan sama ada Petrof dan Malaysiakini wajar dihukum atau tidak.

Sementara kita menunggu keputusan siasatan polis, editorial Pemuda UMNO mahu bersiap sedia untuk menjawab surat Petrof. Bagaimanapun kita memerlukan penjelasan dari Petrof dan Steven Gan berkenaan kandungan surat tersebut.

Menurut Steven Gan, surat Petrof ini disiarkan kerana ianya berdasarkan ‘fakta kajian perbandingan’. Steven Gan tentu faham sepenuhnya maksud surat itu, dan dengan itu kita meminta Steven Gan menjawab soalan-soalan kita berkenaan surat itu.

Surat tersebut menyebut – “The Bostonian Americans, as the first migrant community to arrive in America, would take up a position as our Malays have done. Later all American whites would be allowed to occupy the exalted position as White Princes of the Soil or Whiteputeras. Such a racist connotation would naturally be politically unacceptable.” 

Soalan kita; Apakah tulisan Petrof ini menyamakan `nature’ Kesultanan Melayu Melaka dengan `Bostonian Americans’? Apakah Raja-raja Melayu sama taraf dan kedudukannya dengan `Bostonian Americans’? Apakah kedudukan Melayu sebagai Bumiputera dan kedudukan Raja-raja Melayu tidak dapat diterima? Apakah tulisan ini turut menafikan hak kaum Iban, Bajau dan Kadazan sebagai Bumiputera?

Menurut surat itu lagi: “Anyway, the Bostonians would go on to form a rightist, primarily White party, the Republican Party, which currently holds power. Of course, a few token blacks would be allowed to become members, such as General Colin Powell and Dr Condoleeza Rice, the current secretary of state and national security advisor. Hmm, can you see a Chinese or Indian Malaysian general becoming chief of the armed forces, over here?”

Soalan kita: Apakah maksudnya di Malaysia, terdapat polisi yang sengaja mendiskriminasikan orang Cina dan India dari menyertai angkatan tentera dan menghalang mereka dari menjawat jawatan yang tinggi? Bagaimana pula dengan jawatan di dalam kerajaan?

Tulisan itu juga menyebut: “The Red Indians would then be our Orang Asli. Curiously, the US historically granted native land rights to the Red Indians, some of whom have become wealthy due to oil/mineral rights and the opening of casinos on their native lands. In contrast, our Orang Asli have been granted only some hunting and fishing rights, and I am told by them that the Malay administration refuses to give them allowances and medical benefits unless they become Muslims.”

Apakah tulisan ini menafikan pengiktirafan sejarah kepada Raja-raja Melayu sebagai tuan punya kepada Tanah Melayu? Apakah tulisan ini menyatakan kedudukan orang Asli tidak sama dengan kedudukan orang Iban, Bajau dan Bumiputera yang lain? Apakah hak Orang Asli hanya sekadar untuk memburu dan menangkap ikan? Apakah orang Asli dinafikan haknya untuk belajar di sekolah kebangsaan, mendapat biasiswa dalam pendidikan dan menjawat sebarang jawatan di dalam kerajaan? Buktikan pentadbir Melayu yang tidak mahu memberikan elaun dan kemudahan perubatan, melainkan mereka menganut agama Islam? Di manakah perkara ini berlaku?

Terdapat kenyataan yang menyebut: “The non-white immigrants and former slaves would assume the position of our Malaysian Chinese, Malaysian Indians and Others. Yes, black slavery was practised in the US till the Civil War but thereafter, the full rights granted under the US Constitution were available to all US citizens. True, until the Civil Rights Movement of the 1950s and 1960s, some Southern states enacted racist laws but landmark Supreme Court decisions, decisively ended segregationist policies through enforced busing, affirmative action policies, etc.”

Apakah peristiwa sejarah yang menyebabkan orang Cina dan India masuk ke Tanah Melayu sebagai imigran? Siapakah yang membawa masuk imigran dari China dan India? Adakah orang Melayu atau penjajah? Siapakah juga yang mendesak agar orang Melayu untuk memberi hak politik kepada orang Cina dan India sebelum kemerdekaan?

“In contrast, our majority Malays have perpetuated Special Rights for themselves till Kingdom come, not for the many poor Malaysian Indians who were dispossessed of their allotted estate housing and menial plantation jobs for almost a hundred years when plantations were sold off for housing estates for big profits, or for the many poor urban and rural Chinese eking a living.”

Soalan kita: Apakah hak keistimewaan ini hanya untuk orang Melayu atau semua Bumiputera? Adakah Malaysiakini dan Petrof mencabar hak keistimewaan ini? Apakah peristiwa yang menyebabkan hak keistimewaan ini termaktub di dalam perlembagaan Malaysia? Apakah peristiwa yang menyebabkan imigran Cina dan India diberikan taraf sebagai warganegara ketika itu? 

“It is an obscenity to see well-fed Malays driving around in Mercedes Benzes and drawing fat salaries, yet availing themselves of "7.5 percent bumiputera discount" for posh houses, plentiful government scholarship forms to go overseas, entitlement to bumiputera unit trusts paying 10 to 15 percent returns when everyone else is in recession or going broke (the extra cash due perhaps to mandatory share allotments from new listings) while the Chinese and Indian Malaysians keep quiet because they know they do not count.”

Apakah maksud tulisan ini biasiswa dan kemudahan ini diberi hanya kepada orang-orang Melayu yang kaya sahaja?

“Well, of course, the New Americans would not be able to maintain law and order in America, without lots of coercion. First, you must imagine that the Ku Klux Klan became legitimised. They turned into the Young Republicans, always striking out, but covertly, for the perpetuation of white supremacy. Just as Umno Youth's raison de etre is to perpetuate Malay hegemony and privileges.”

Apakah Pemuda UMNO sama dengan Ku Klux Clan? Apakah konsep `white supremacy’ yang diamalkan oleh Ku Klux Clan? Apakah konsep `white supremacy’ yang diamalkan oleh UMNO, seperti yang difahami oleh Steven Gan dan Petrof?

“The Whiteputera's established a New American College in 1778. Till today, this college has produced all American presidents who have been exclusively white males, Praise the Lord! The secret rule No 52 of the college is that only Whiteputeras can be admitted.”

Apakah ini bermaksud peraturan rahsia no 52 ini terdapat di Malaysia? Dan, apakah relevannya dengan keadaan di Malaysia? 

Kita berharap Steven Gan dan Petrof dapat memberikan penjelasan supaya kita dapat memahami maksud sebenar setiap perkataan yang tertera pada surat tersebut, dan dengan itu kita dapat memberikan jawapan yang jelas juga. Kita juga minta Steven Gan memberikan kita hasil selidik `fakta kajian perbandingan’ yang dikatakan itu dengan statistiknya sekali, sekiranya ada.

Selepas mendapat jawapan dari Steven Gan dan Petrof, barulah kita akan mempertimbangkan jawapan kita.

No comments:

Popular Posts