Sunday, January 1, 2012

Khir Toyo - Keadilan akan muncul....

khirtoyo2011


Keadilan Akan Muncul Juga Suatu Hari Nanti

1. Ramai yang bertanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu ke atas saya. Sungguhpun saya mempunyai pandangan dan pendapat yang mungkin kontroversi, namun peguam saya menasihatkan agar tidak menyatakan apa-apa bagi mengelakkan subjudis. Ini kerana proses perundangan dan mencari keadilan belum berakhir.

2. Saya percaya sekiranya saya tidak mendapat keadilan di dunia ini pun, akan ada keadilan di hadapan yang Maha Berkuasa nanti.

3. Saya tahu ramai yang tidak menyukai saya telah mencanangkan bahawa saya mengambil rasuah. Hakikatnya saya dituduh di bawah Seksyen 165, Penal Code yang mendakwa saya mendapat suatu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan saya.

4. Sungguhpun saya tidak dapat mengulas perbicaraan ini, namun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang mengulas dan memberi liputan yang adil kepada perbicaraan ini.

4. Berikut antara sebahagian tulisan rakan-rakan bloggers yang mungkin memberi gambaran mengenai perbicaraan saya untuk tatapan saudara/saudari:



Apa Sebenar Kes Dr Khir


1. Minggu lalu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan rumah Dr Khir (masih di dalam kaveat HSBC) akan dipindahkan kepada milik kerajaan bergantung kepada keputusan rayuan Dr Khir nanti.


2. Dr Khir didapati bersalah oleh Mahkamah atas alasan mendapatkan sebuah hartanah dengan balasan yang tidak mencukupi dari orang yang mempunyai hubungan rasmi semasa beliau menjadi Menteri Besar.


3. Pada hemat saya peguam bela Dr Mohamad Khir perlu membuat permohonan mengenepikan keputusan Hakim Datuk Wira Mokhtaruddin kerana beliau telah terkhilaf dalam menentukan ukuran balasan yang tidak mencukupi tersebut.


4. Ramai yang menganggap pertuduhan ini adalah pertuduhan rasuah. Namun pertuduhan ini merupakan pertuduhan di bawah 165 Penal Code iaitu dianggap salah guna kuasa.


5. Di bawah pertuduhan ini adalah menjadi kesalahan untuk seseorang penjawat awam membeli sebarang barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya. Sama ada individu terbabit mendapat kelebihan atau tidak daripada saya tidak penting.


6. Ia tidak ada kena mengena dengan unsur rasuah atau corruption seperti yang dinyatakan oleh beberapa pihak. Rasuah harus berunsur sogokan untuk mendapat sesuatu kelebihan atau keuntungan. Dalam kes ini tiada unsur keuntungan atau kelebihan yang diperolehi oleh Datuk Shamsuddin daripada Dr Khir selaku penjawat awam.


6. Sebaliknya, apa yang dikemukakan oleh pendakwa raya ialah saya menulis surat sokongan kepada syarikat Shamsuddin selaku Menteri Besar dan saya juga merupakan pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS). Surat sokongan ini merupakan surat-surat biasa yang diberikan oleh Dr Khir selaku orang politik kepada hampir ke semua syarikat yang memintanyal. Pegawai PKNS yang dibawa ke Mahkamah mengesahkan mereka menerima banyak surat sokongan daripada Menteri Besar, EXCO dan ADUN namun ia tidak menjejaskan proses pemberian projek mengikut kriteria yang ditetapkan dan juga bersandarkan keuntungan kepada PKNS. Malahan dalam Mahkamah juga didedahkan sokongan Dr Khir terhadap satu kelonggaran syarat yang diminta oleh syarikat Shamsuddin juga ditolak oleh PKNS.


7. Justeru tidak timbul unsur rasuah seperti yang dituduh oleh mereka yang malas membaca dan meneliti isu sebenar.


8. Tuduhan terhadap Dr Khir sangat berat kepada pembelaan dan memudahkan kerja pendakwa raya. Oleh kerana tiada duluan kes seperti ini sebelumnya, saya tercari-cari makna dan definisi “mengetahui balasan yang tidak mencukupi” berasaskan kriteria apa.


9. Dalam konteks inilah peguam bela Dr Khir berhujah bahawa untuk mengukur balasan itu mencukupi atau tidak ia haruslah mengikut nilai pasaran semasa bukannya harga belian sebelum ini atau harga yang ditawarkan. Apatah lagi saya membeli hartanah yang belum siap sepenuhnya berbanding semasa dibeli oleh Datuk Shamsuddin.


10. Dalam perbicaraan Mahkamah dimaklumkan oleh Datuk Shamsuddin bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual rumah tersebut kepada Dr Khir dengan harga RM 5 juta dan kononnya saya meminta RM 3.5 juta.


11. Dr Khir pula dalam keterangan menyatakan bahawa, “memang Datuk Shamsuddin menawarkan RM 5 juta namun disebabkan rumah tersebut hanya rangka sahaja dan saya penjawat awam, maka biarlah penilai hartanah menilainya. Apabila HSBC menyatakan kepada saya Rahim and Co menilai hartanah tersebut dengan harga RM 3.5 juta saya pun menyatakan kepada Shamsuddin dan beliau bersetuju dengan harga tersebut.”


12. Justeru bagaimana ada unsur rasuah jika Shamsuddin yang ingin menjualnya kepada Dr Khir, bukannya Dr Khir yang meminta atau memaksanya menjual rumah tersebut. Juga tiada sebarang kelebihan mahu pun keuntungan Shamsuddin dari segi projek diterima oleh Shamsuddin sejak beliau menjual rumah tersebut kepada Dr Khir. Ini diakui sendiri oleh Shamsuddin selaku saksi pendakwa.


13. Namun lebih penting ialah harga pembelian Dr Khir ditentukan oleh Rahim and Co iaitu penilai hartanah yang dilantik oleh HSBC. Adakah pembelian yang dilakukan oleh saya dengan harga yang ditentukan oleh Rahim and Co merupakan satu balasan yang tidak mencukupi?


14. Justeru saya nasihatkan kepada mana-mana penjawat awam, jika mahu membeli hartanah daripada mereka yang pernah berurusan dengan anda, sila ke mahkamah dapatkan nilai balasan yang mencukupi terlebih dahulu.


15. Jika tidak anda hanya perlu ada seseorang yang ingin menganiaya anda membuat tuduhan seperti ini, kononnya anda membeli barangan miliknya dengan harga yang tidak mencukupi dan mahkamah bebas menentukan balasan tidak mencukupi itu sesuka hatinya.


This post was submitted by lawyer cabuk.

No comments:

Popular Posts