Tuesday, December 6, 2011

Kerajaan PR Selangor cuba `bunuh' rakyat melalui air tercemar? #saveSgor


[Nota: Satu demi satu kemusnahan di lakukan oleh kerajaan PR Selangor. Dulu pasir sekarang air pula? Nampaknya Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri PR memang tidak pandai mentadbir. Sebaliknya hanya tahu berpolitik. Jika mereka pandai, tidaklah mereka memerlukan Punahsihat Khas Ekonomi RM1 untuk `memajukan' Selangor kononnya. Bila nak turunkan cukai pintu dan cukai tanah di Selangor? Dah nak pilihan raya baru dah ni... ]

Hadiah Dari Kerajaan Selangor.
Posted on Isnin, 5 Disember 2011 by MymassaVoice

Tiga Juta Pengguna Hadapi Gangguan Air Akibat Pencemaran Teruk Sungai Selangor

SHAH ALAM, 5 DIS : Kira- kira tiga juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi risiko gangguan bekalan air berikutan pencemaran ”luar biasa” Sungai Selangor yang menjejaskan bekalan kepada empat loji rawatan air utama di negeri itu.

”Kejadian pencemaran air mentah seumpama ini amat membimbangkan pihak SYABAS sekiranya tempoh masa pengurangan pengeluaran loji rawatan air ini berterusan melepasi jam 8.00 malam hari ini,” kata Syabas dalam satu kenyataan.

”Ianya akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira 3 juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, selain daripada pengguna komersial dan industri,” tambah kenyataan itu.

Menurut Syabas, pihaknya terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah di Kuala Lumpur, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam pada jam 4.00 petang tadi ekoran pengurangan pengeluaran air oleh empat buah loji rawatan air.

Loji berkenaan adalah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Langkah itu terpaksa diambil kerana kandungan kekeruhan (turbidity) luar biasa yang dikesan di muka sauk keempat-empat loji berkenaan mulai jam 10.30 pagi hari ini.

Syabas berkata empat loji rawatan air ini membekalkan air bersih 2,460 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 60 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berikutan pencemaran Sungei Selangor, jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji dikurangkan dari 2,460 JLH ke 1,000 JLH setelah kekeruhan luar biasa yang mencatatkan lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) berbanding 300 NTU pada waktu biasa.

”Sekiranya gangguan bekalan air dengan skala besar ini berterusan melebihi lapan jam, pihak SYABAS akan memaklumkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor agar bersiap sedia untuk tindakan kecemasan, tambah Syabas.

”Pihak operator loji masih belum mendapat kepastian berhubung punca pencemaran Sungai Selangor dan pihak berkuasa termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih menjalankan siasatan berkenaan perkara ini,” tambah Syabas.

Syarikat itu telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 230 tangki statik untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang kritikal mengikut keutamaan.

Walau bagaimanapun, bantuan bekalan air yang disediakan ini tidak mampu untuk menampung keperluan bagi semua pengguna yang terlibat.

Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut, kata Syabas.

http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1270&type=%27news%27

*Inilah yang berlaku jika AIR yng menjadi nadi kehidupan dipolitikkan. Akibat keegoaan Kerajaan PKR Selangor untuk membenarkan pembinaan logi Langat 2, krisis bekalan air yang pernah menghantui penduduk Lembah Kelang akan berulang. Fikir-fikirkan.

No comments:

Popular Posts