Nak curik mileage jugak?!! Memang Pakatan Haram ni suka buat kerja haram macam Ketua Umum dia jugak la. Ini yang dikatakan nak menang menang menggunakan cara haram termasuk mencuri mileage politik sedangkan bukan kerja dia sebaliknya kerja BN dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mana blogger Cucu Tok Selampit tak marah!
http://khairulryezal.blogspot.com/2011/12/lembu-punya-susu-sapi-yang-dapat-nama.html
Mana Rakyat tak marah dengan Pakatan Haram. Bila Kerajaan bercadang untuk membuat kebajikan untuk Rakyat, merekalah yang ke depan untuk menabur fitnah dan cercaan di dalam ceramah-ceramah politik. Kononnya ini semua gula-gula untuk Rakyatlah, Kerajaan membeli undilah dan macam-macam lagi.
Bila bab Kerajaan nak melaksanakan kebajikan untuk Rakyat, mereka jugalah ke depan. Kononnya, sumbangan dan bantuan itu hasil penat lelah mereka. Dengan muka setebal kamus dewan, sanggup mereka mengaku ini semua hasil dari usaha penat lelah mereka. Kalau Rakyat masih tak nampak jugak lakonan sinetron ini, tak tahulah CTS nak kata apa.
baca seterusnya
No comments:
Post a Comment