Wednesday, November 23, 2011

Tak pasal-pasal kena drill di Kerusi Panas @bernamaradio24


Zulkifli Bujang memang DJ yang ganaz. Fuhh memang panas kena drill petang semalam. Lain kali tidak perlu pakai suit ke sini sebab bahangnya terasa walaupun konti sejuk. Nasihat saya, jangan setuju untuk datang kalau tak cukup tidur :P.

Tahniah Markus Lim, Eksekutif Kanan Rancangan dan Zulkifli di atas kejayaan menghasilkan rancangan yang hebat. Klik untuk mendengar podcast temu bual dengan Dato Ahmad Maslan untuk merasai kehangatannya. Bagi yang terlepas mendengarnya secara langsung, esok ia akan dimuat naik ke laman web Bernama Radio24 - nantikannya.


Unit Media Baru Hangatkan Segmen 'Kerusi Panas' Radio Bernama 24


Konti radio Bernama 24 diriuhkan dengan kehadiran kami dari Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia dalam segmen 'Kerusi Panas' yang disiarkan setiap hari pada jam 6.30 petang.

Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz yang menjadi tetamu dijemput oleh radio tersebut untuk membicarakan isu mengenai 'cyberwar' atau perang siber di antara blogger pembangkang dan juga blogger pro kerajaan.

Segmen 'kerusi panas' yang disiarkan setiap hari jam 6.30 petang merupakan segmen yang membincangkan topik-topik hangat yang menjadi pilihan masyarakat masa kini.

Terima kasih Radio Bernama 24 kerana memberi peluang kepada Unit Media Baru untuk menghangatkan lagi segmen 'Kerusi Panas'.

Antara foto-foto yang sempat dirakam oleh lensa YY :





Lennex sempat bergambar bersama Tun Faisal

Di akhir program tadi kami di Unit Media Baru berkesempatan bertemu dengan saudara Lennex yang lumpuh separuh badan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan penderitaannya turut disiarkan dalam rancangan Bersamamu TV3 sebelum ini.

YY : Oppss.. yang jaki baca laporan ni, ikut suka gua blog gua! kehkehkeh! Stay tuned with 93.9 fm....

1 comment:

nyonyacyber said...

hahah terbaik boss! nota kaki tu yg tergelak sket bila baca.. brutal tu boss hehe

Popular Posts