Saturday, October 15, 2011

Audit sahkan penyelewengan PR Selangor? #saveSgor


Laporan Audit Negara Dedahkan Penyelewengan Besar Di Selangor

Pakatan Rakyat kalau berkempen di mana-mana negeri, bahkan di dalam Selangor, sentiasa mendabik dada, kononnya merekalah yang paling bersih, paling tulus, paling adil dan paling saksama. Konon-kononnya merekalah yang lebih prihatin kepada rakyat dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat Selangor. Dan modal utama mereka sudah tentulah air percuma 20 meter padu yang sebenarnya tidak percuma pun, melainkan penambahan bayaran untuk cover balik untuk 20 meter padu itu. Itu belum lagi cerita tentang pelbagai program lagi yang sebenarnya hanya ada pada nama, tetapi tidak wujud langsung dalam perlaksanaan, termasuklah bantuan untuk pelajar-pelajar terbaik atau anak Selangor yang baru lahir.

Laporan Jabatan Audit Negara untuk Selangor bagi tahun 2011, menyerlahkan perangai sebenar Pakatan Rakyat yang sebenarnya lebih bersifat kepada penyamun dan perompak. Kita tidak perlulah ulas satu persatu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Khalid Ibrahim di Selangor, atau apa yang telah dilakukan oleh Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ronnie Liu, mahupun Yaakob Sapari. Setiap seorang daripada mereka, terlebih-lebih lagi Khalid Ibrahim telah melakuan penyelewengan yang bukan sedikit.

Sebagai contoh, Khalid Ibrahim dan Lee Kim Hong mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Lee Kim Hong dilihat mempunyai keistimewaan dalam pentadbiraan kerajaan negeri Selangor apabila Wessex Walter I Bhd Consortium, anak syarikat I-City Berhad miliknya menerima pelbagai projek dan yang tebraru projek pembersihan Sungai Klang Fasa 2 sepanjang 35 kilometer bernilai RM300 juta.

Projek tersebut sehingga kini masih lagi menjadi isu kontroversi berikutan kelembapan perkembangannya. Adalah difahamkan sebahagian daripada RM300 juta itu telah pun dibayar, namun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kelihatan sangat ‘malu-malu’ untuk menceritakan tentang perkembangan projek tersebut.

No comments:

Popular Posts