Manoharan Malayalam adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam merupakan individu pertama yang bersikap kurang ajar sebaik saja mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sejumlah proklamasi darurat ditamatkan.
Belum apa-apa lagi, sudah nak tunjuk besar kepala dan keinginan sebenarnya untuk membuat kacau. Ini antara indikasi bahawa pemimpin PR sebenarnya mempunyai niat yang jahat apabila meminta kerajaan memansuhkan ISA. Logiknya, bagi majoriti rakyat biasa, tidak ada sesiapapun yang merasa terancam dan takut dengan ISA dan Akta Hasutan kerana tidak terlintas di dalam fikiran mereka untuk membuat kacau, melanggar peraturan dan mengancam keselamatan dalam negara. Hanya orang yang ingin membuat salah saja yang takut dengan ISA, bukan saudara dan saya.
Apa yang perlu Manoharan ingat - dalam ucapannya PM tidak menyebut bahawa beliau akan berkompromi terhadap KEGANASAN, HASUTAN, SOAL KESELAMATAN DALAM NEGARA DAN DEMONSTRASI JALANAN.
Mungkin akibat pening dengan pengumuman PM memansuhkan ISA, Manoharan tidak meneliti ucapan PM sebaik-baiknya. Mungkin dia perlu membaca semula petikan dari ucapan PM di bawah;
paragraf 17 "kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya." (Nota: Kita tidak lagi berada dalam keadaan Darurat, maka sewajarnya kita mengubah namanya)
18. "Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai." (Nota: PM setuju bahawa kita perlu menghormati hak asasi individu tetapi tidak berkompromi dalam soal ancaman terhadap keselamatan negara dan rakyat, dan keganasan.)
19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai. (Nota: PM masih menganggap undang-undang pencegahan ini penting, tidak bercanggah dengan Islam dan PM turut mengingatkan bahawa dalam Islam, Allah ada memberikan hak kepada pemerintah dan amanah ini perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan ramai)
20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September. (Nota: Malah negara yang disifatkan sebagai negara demokrasi moden dan maju juga mengiktiraf undang-undang pencegahan ini. Maka tidak boleh dikatakan Malaysia tidak sivil dan demokratik hanya kerana Malaysia mempunyai undang-undang yang sama ini.)
22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. [Nota: bahawa PM tidak berkompromi terhadap hasutan dan kecenderungan menghasut]
24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. [Nota: akan ada dua undang-undang baru yang lebih sesuai dengan suasana hari ini akan digubal bagi tujuan di atas - menangani keganasan, ancaman terhadap keselamatan negara dan hasutan]
paragraf ke-28 "Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa." [Nota: PM tidak berkompromi dengan demonstrasi jalanan]
Tidak perlulah mendesak kerajaan meminta maaf dan membayar gantirugi terhadap individu yang pernah ditahan di bawah ISA ataupun serta merta membebaskan tahanan-tahanan ISA dan perintah tahanan sedia ada, kerana ISA dan perintah tahanan bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan, sebaliknya ia sah berdasarkan undang-undang sedia ada dan dibuat bukan atas soal politik, sebaliknya atas faktor menghalang ancaman terhadap negara.
Apa selepas ini? Elok kita biarkan Peguam Negara menyiapkan draf dua undang-undang yang baru seperti yang disebutkan. Jika Peguam Negara bekerja bertungkus lumus, ia mugkin akan dapat dibentang dalam bulan Oktober.
Negara maju dengan demokrasi moden yang bagaimanakah yang boleh kita contohi?
Mungkin Amerika Syarikat, negara yang mengagungkan demokrasi dan hak asasi.
Amerika Syarikat mempunyai akta yang serupa yang dipanggil The USA Patriot Act (Providing Appopriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act).
Akta yang komprehensif itu melibatkan pindaan-pindaan akta lain demi mengukuhkan perpaduan Amerika Syarikat. Misalnya, Patriot Act membolehkan pindaan dibuat kepada akta Immigration and Nationality Act (INA). Ia membolehkan menahan seseorang asing yang membahayakan keselamatan AS sehingga 90 hari dan paling lama 6 bulan jika diperlukan.
Dalam kes pengeboman New York Trade Centre pada 9 September, ramai individu dari negara asing yang disyaki terlibat dalam tragedi itu ditahan dan dipenjarakan di penjara Guantanamo Bay sehingga kini, termasuk 2 dari rakyat Malaysia.
Akta ini walaupun diterima oleh majoriti ahli kongres tetapi telah dikritik keras oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, namaun kerajaan AS tetpa mempertahankannya.
Di United Kingdom, ada Terrorism Act yang bukan baru telah diguna pakai untuk berdepan dengan terrorism di utara Ireland.
Singapura mempunyai ISAnya tersendiri bagi tujuan menahan individu yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatannya. Pada 1963 dalam operasi Coldstore seramai 100 individu-individu terdiri dari ahli-ahli politik dan persatuan telah ditahan. Pada 2006, Singapura menahan Mas Selamat Bin Kastari, anggota (JI) Jamaatul Islamiyyah.
Jadi Peguam Negara, kerja keras sikit!
5 comments:
itu cadangan dia maka tiadalah dapat kita untuk menafikan hak dia untuk memberi cadangan dan tiadalah ia dalam kategori 'kurang ajar' oleh itu cara terbaik untuk respon cadangan dia ini ialah dengan "membakul sampahkan sahaja cadangan dia bersama-sama dengan dia sekali" hehehe
heh3, PR ni memang elok dibakul sampahkah pun. merapu je lebih :)
Zalim lah kalau bakulsampahkan si Manokharem Meliarputaralam.
Dia ada HAK KEBEBASAN BERSUARA dan kerajaan ada HAK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA.
Jadi bagi MENGIMBANGI antara HAK KEBEBASAN BERSUARA dengan HAK MENJAGA KESELAMATAN NEGARA..
Kita GANTUNG MANUKHAREM MELIARPUTARALAM ini bawah BENDERA MALAYSIA DI DATARAN MEREDEKA. Hehehehehehe bior padan muko pariah tur
sememangnya tidak benar "CARA" lontaran pendapat beliau itu. Tapi, memang lah wujud ruang dan jurang antara HAK Rakyat dan HAK Menjaga Keselamatan. Dari uacapan beliau, tiada UNSUR-UNSUR ugutan ancaman keselamatan, yang saya lihat hanya "self Opinion". Dan jika pun nak hentam dia, boleh dan tiada masalah gunakan segala kuasa yang ada, tapi adakah itu membezakan kita ini lebih baik daripada dia? atau lebih baik daripada diri kita yang "ASAL"?
Cuba tanya, "Di manakah/Bagaimanakah (rupa)BENDERA Kerajaan Tanah Melayu sebelum di jajah oleh Kuasa Luar?"
ana dah tahu hitam dan putih ni nak kudakan kita jer tapi kita duk kata boleh control depa demi perjuangan kita...ambik hang sekarang flag pun nk ubah...kesian kwn kwn yg belum sedar tu .cukup cup lah...nanti kalau sekiranya depa dapat pegang kerajaan pusat.... BAGAIMANA KALAU SEMAYANG JUMAAT DEPA NK CADANG TUKAR MASA / POTONG MASA KEPADA 45 MINIT SHJ DARI MASA YG LA NI...MUNGKIN BOLEH BERLAKU TU..KITA NAK KE KALAU MCM TU... kwn kwn ana ingatkan selalu standby masa akan tiba...islam bukan pada nama tapi penghayatannya..
Post a Comment