Wednesday, September 7, 2011

Bukti: Pas `dulu' tolak sosialisme, Pas sekarang `for ALL'', balun semua..

Blogger Angin Perubahan berkongsi risalah Pas `Dulu' (ekstremis) untuk dibezakan dengan Pas 4 ALL (semua pun balun - depan belakang, kilang arak, judi, sosialisme, komunisme, pluralisme agama, murtad, peliwat, gay, etc).

Dalam Risalah Pas `Dulu' jelas dinyatakan Pas menolak `komunisme' dan ideologi-ideologi lain ciptaan manusia, ini termasuklah sosialisme. Sekarang dalam kerakusan Pas untuk merampas kuasa, Pas sanggup amal semua termasuklah menyokong komunisme dan sosialisme.

Kalau dulu, di dalam ceramah, tazkirah, usrah, mukhaiyam dan muktamar Pas, penceramah Pas akan bercakap tentang komitmen untuk menghapuskan arak dan judi. Semasa bercakap akan diselit janji untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Hari ini, jangankan untuk menutup kilang arak di Shah Alam dan menutup premis arak di seluruh negeri Selangor, nak merampas beer pun Pas tak berani sehingga begitu bacul terpaksa menyerahkan semula beer yang dirampas kerana ditegur DAP.

Bila ditanya kenapa Pas tidak menunaikan janji untuk menutup kilang arak ini, alasan yang diberi adalah - tidak tertulis dalam perlembagaan, dasar dan manifesto Pas, sebarang janji untukmenutup kilang arak di Shah Alam. Alamak, ini bukan kali pertama Pas bersikap munafiq memungkiri janji, di Perak dulu, Menteri Besar PAS yang ditarik semula jawatannya oleh Allah swt, iaitu Mohammad Nizar Jamaludin juga memberikan alasan yang sama.

Jadi sekarang ini, jika ada terdengar Pas berjanji, eloklah bertanya dulu sama ada perkara yang dijanjikan ini tertulis dalam manifesto atau tidak. Jika tidak, jangan buang masa melayan mereka kerana pas akan memberi alasan yang `tidak tertulis dalam perlembagaan dan dasar Pas' jika Pas tidak menunaikan janji.

Misalnya sekarang kecoh tentang Pas memainkan isu perkauman bahawa Genting Highland telah diserahkan oleh UMNO kepada Tokeh Cina untuk dibuat Pusat Perjudian - seolah-olah jika PR memerintah, Pas akan menutup Genting dan semua premis perjudian di Malaysia. Cuma jangan tertipu lagi, tanyakan kepada penceramah dan orang Pas ini, adakah MENUTUP GENTING HIGHLAND dan semua PUSAT PERJUDIAN sudah dimasukkan sebagai satu perkara di dalam perlembagaan dan dasar Pas. Jika tidak ada, beritahu mereka, silakan untuk masukkan dulu janji mereka ini di dalam perlembagaan dan dasar Pas sebelum berhujah, jika tidak, jangan buang masa! Pas Take-Beer!


Risalah PAS Tolak Komunis Pada Tahun 1985


Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada 25 Januari 1985. "PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...." tulis dalam risalah untuk kempen calon PAS bernama Haji Halim Arshat.

1 comment:

zaikhan01 said...

Dulu pon kalau berbual dengan fanatik PAS @ pergi ceramah,akan selalu dengar dibacakan petikan Surah Al-i-'Imran,ayat 28,yg bermaksud:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun," -digunakanlah untuk menghentam UMNO konon berkerjasama dengan kafir dlm BN,sampai boleh pulak jatuh hukum 'haram', 'kafir' orang UMNO (takkan dimaaf sampai kiamat). Tak ada satu manusia pun yang layak nak jatuh hukum mcm tu,bukan hak sesiapa. Apakah maksum orang PAS ni? Melaung perjuangan Islam,imej Islam serban,kupiah,jubah,janggut,celak mata macam2,tp bercakap maki hamun, sumpah seranah. Sembahyang hajat dan doa dibalakan orang lain. Islam? Tapi Surah Al-i-'Imran,ayat 28 tak dibaca habis bermaksud :"...kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."-yang mana Islam itu menyeru kepada perpaduan,kerjasama serta tidak mementingkan diri. Merujuk dalam konteks Malaysia yang majmuk berbilang kaum,menganut pelbagai ajaran agama adalah perlu kerjasama dan tolak ansur yang disaran Al-Quran ini dipraktikkan. Sejak dulu lagi UMNO bersama BN mengamalkan kerjasama ini,tetapi diharamkan dengan menyembunyikan kebenaran oleh PAS. Tapi sekarang bila bersama PR,barulah nak cakap adanya seruan Al-Quran untuk berkerjasama, negara Islam tak ade dah. PAS-take beer...!

Popular Posts