Thursday, September 29, 2011

Akhbar Cina - DAP, lu berani lu lawan UMNO di kawasan Melayu la! Tahniah @drchuaSL!

Nanyang Siangpau
Ruangan: Negeri Johor m/s C3
27 Sept 2011

Jika mahu mengajar UMNO, DAP dipersilakan masuk ke kawasan Melayu: Chua Sui Lek

26hb Kluang, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika DAP mahu mengajar UMNO, sepatutnya datang ke kawasan pengundi Melayu dan bersaing dengan UMNO, bukan dengan hanya orang Cina mengurus hal orang Cina sahaja, asyik mahu bersaing dengan MCA.

Chua berkata, di kawasan Cina DAP selalu menuding UMNO buat kerja lambat, berlagak dan rasuah, mengatakan DAP mahu ajar UMNO, Chua berharap DAP dapat masuk ke kawasan Melayu mengajar UMNO. Chua berkata lagi, DAP pernah terlepas cakap, selepas DAP memerintah, mereka berjanji mahu selaraskan peruntukan sekolah-sekolah rendah Cina, mahu bina lebih banyak lagi sekolah-sekolah menengah Cina swasta, tetapi selepas Pakatan Rakyat mentadbir 100 hari dalam buku warna Oren tiada tertulis langsung projek-projek tersebut. Chua juga sebagai ahli dalam Majlis Ekonomi Negara berkata demikian semasa makan malam melancarkan "dana perubatan 1 Malaysia".

Tidak dapat kekalkan kesejahteraan kaum; Tidak layak dapat sokongan dari rakyat

Chua berkata, parti yang tidak dapat kekalkan kesejahteraan kaum, tidak layak disokong oleh pengundi kaum Cina. Beliau berkata, sejak PRU 2008 ramai bergembira mahu melihat politik dwikuasa di negara ini, tetapi selepas PRU sehingga ke hari ini, apa yang semua lihat adalah persengketaan dan perbalahan dalam politik yang bermati matian. Banyak isu telah dipolitikan dan dijadikan isu perkauman, Pakatan Rakyat cuba timbulkan isu pahlawan Komunis, dan isu Teoh Beng Hock, menyebabkan kesejahteraan antara kaum tercemar.

Pakatan Rakyat cuba gunakan isu-isu itu, cuba mencipta bayangan bahawa kerajaan BN lemah dan tidak mampu mentadbir, cuba berniat untuk tukar kerajaan, sebaliknya adakah Pakatan Rakyat itu Perfect?

Chua berkata, Pakatan Rakyat sekali lagi gunakan polisi dan taktik untuk mendapat sokongan dari rakyat yang berjiwa bersih, memberi 100 ringgit kepada golongan warga-warga tua dan war-warkan secara besar-besaran dalam propaganda mereka, sehingga ia tersebar ke seluruh dunia. Tetapi di sini perlu diingatkan, pada tahun lepas sahaja kerajaan BN telah menyumbang untuk kebajikan di negeri Pulau Pinang sebanyak 58 juta ringgit, memberi subsidi harga minyak setiap liter sebanyak 80sen. Chua Soi Lek berharap ahli-ahi parti perlu usaha lebih gigih berkhidmat serta pada masa sama war-warkan secara besar-besaran apa yang telah kita buat (propaganda).

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

MCA,GERAKAN,MIC.PP DAN PARTI2 SEKUTU BN HARUS SEGERA MENGATUR LANGKAH DAN MEMPERKUATKAN BARISAN MEREKA.MEREKA HARUS SENTIASA BERGANDING BAHU BERSAMA SAMA UMNO DAN TIDAK SALAH MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.PERUBAHAN2 YG DIRASAKAN PERLU DILAKUKAN MESTI DILAKUKAN SEGERA DAN BUKAN PADA SAAT2 AKHIR.

Popular Posts