Laporan BERNAMA
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji semula dasar penapisan media selaras dengan perkembangan landskap dan persekitaran semasa.
Perdana Menteri berkata langkah itu diambil supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak memahami atau tidak relevan dalam menangani isu penapisan media.
Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menjawab dakwaan dalam media tempatan atau antarabangsa dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya dakwaan itu bersifat fitnah.
"Umpamanya, kalau kita nak lakukan penapisan dalam era yang baru ini, dalam landskap yang baru ini, harus kita tanya apakah penapisan itu berkesan ataupun tidak, adakah ia relevan, adakah ia berkesan? Pada mulanya adakah ia bermakna...dan sama sebarang bentuk penapisan itu sebenarnya merugikan daripada menguntungkan kita," katanya semasa berucap pada majlis Berbuka Puasa bersama media anjuran Bernama di Wisma Bernama Isnin.
Sebagai contoh, katanya, tindakan penapisan terhadap ruang berita mengenai Malaysia dalam majalah `The Economist' telah menjadi berita yang lebih besar daripada berita sebenar yang disiarkannya baru-baru ini.
"Jadi, adakah langkah seperti ini perlu kita lakukan? saya fikir tak perlu lagi. Jika media antarabangsa mahu mengkritik kita...biarkan saja, jika perlu, kita libatkan mereka, kita beri berita bagi pihak kita dan jika mereka melebihi batasan, barulah kita menyelesaikannya melalui undang-undang, membuat fitnah merupakan satu daripada (usaha menyelesaikannya) melalui perundangan," katanya.
Najib juga memberikan contoh kes Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memenangi saman fitnah ke atas seorang blogger tempatan baru-baru ini.
"...dan itu merupakan contoh terbaik di mana kita dapat menyelesaikannya. Jika media menerbitkan berita yang memfitnah barulah kita perlu ambil tindakan undang-undang tetapi usaha menapis bukan lagi cara berkesan dan ia perlu dikaji semula dan kerajaan akan mengkaji dasar kita dalam penapisan," katanya.
Menurutnya persekitaran dan landskap semasa sudah berubah kerana tiga unsur yang membawa kepada perubahan yang agak radikal iaitu ledakan teknologi maklumat yang masih berlaku, fenomena globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan serta taraf pendidikan rakyat yang semakin tinggi.
Perdana Menteri berkata media sememangnya satu wahana yang amat penting dan pengamal media mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan berita, maklumat yang benar, tepat dan kena pada masanya.
"Bagi kita yang menjalankan pentadbiran kerajaan, kita juga bergantung kepada media kerana satu daripada tanggungjawab kita ialah untuk menjadikan kerja-kerja kita dapat diterima dengan baik oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata komunikasi berkesan bukan sahaja secara konvensional tetapi pendekatannya perlu mengambil kira perubahan persekitaran dan landskap yang sedang dihadapi pada masa ini.
Beliau berkata perubahan besar yang perlu ditangani kini ialah realiti yang dipandang tidak sama berbanding persepsi.
"Kadang kala kebenaran itu tidak seberapa bila dipandang berbanding dengan persepsi, maknanya kadang-kadang, barangkali bukan kadang-kadang, tetapi sudah menjadi satu realiti bahawa perang persepsi malah lebih besar daripada benar dan realiti," katanya.
-- BERNAMA
_______________________________________________
PM: Govt to study media laws as current method is no longer effective
KUALA LUMPUR: The Government will review its current media censorship laws as the method now is no longer effective, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Prime Minister said in this new era, it was questionable whether censorship was effective, meaningful and relevant but also whether it would cause more harm than good.
“I have decided the old ways of censorship needs to be studied. It is no longer effective and should be reviewed.
___________________________________________
Berita dari Malaysian Insider
DPM: ‘Monitoring system’ to replace censorship laws
By Shazwan Mustafa Kamal
August 16, 2011
PUTRAJAYA, Aug 16 — Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that the government will implement a special system to “monitor” the media, and that this mechanism will eventually replace censorship laws.

The deputy prime minister echoed his boss Datuk Seri Najib Razak’s announcement yesterday that the government would review its current censorship laws, saying that it is becoming increasingly difficult to exercise censorship control in a “world without borders.”
By Shazwan Mustafa Kamal
August 16, 2011
PUTRAJAYA, Aug 16 — Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that the government will implement a special system to “monitor” the media, and that this mechanism will eventually replace censorship laws.

The deputy prime minister echoed his boss Datuk Seri Najib Razak’s announcement yesterday that the government would review its current censorship laws, saying that it is becoming increasingly difficult to exercise censorship control in a “world without borders.”
Muhyiddin said today that the new system to “monitor” the media will eventually replace censorship laws. — file pic
“We will not filter (the media), but a monitoring system will be put in place.
“A person’s individual freedom cannot outweigh the freedom of the general public. As an elected government, we have to be careful about the freedom in cyberspace,” he told reporters today.
When asked how the government planned to monitor various media in the country, Muhyiddin said that there was “no one answer to it”, but did not elaborate further.
“A person’s individual freedom cannot outweigh the freedom of the general public. As an elected government, we have to be careful about the freedom in cyberspace,” he told reporters today.
When asked how the government planned to monitor various media in the country, Muhyiddin said that there was “no one answer to it”, but did not elaborate further.
No comments:
Post a Comment