Sunday, August 14, 2011

#Bersih Penipuan Malaysiakini: Video Mismah - Status warganegara saya sah!




KDN nafi mudah beri PR kepada rakyat asing
AHAD, 14 OGOS 2011 05:06

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa pihaknya mudah memberikan taraf pemastautin tetap (PR) kepada rakyat asing.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan itu tidak berasas malah sengaja ditimbulkan parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Tuduhan ini tidak berasas kerana saya tahu dan saya yang meneliti syor-syor daripada pegawai kita. Kita meluluskan PR mengikut undang-undang. Kenapa dulu mereka (pembangkang) tidak bangkitkan perkara ini.

Jadi saya mahu nyatakan bahawa ini tidak benar," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Penerangan Umno Bahagian Sembrong, Abdul Rahman Shahdan, yang menghidap penyakit kencing manis, di FELDA Kahang Timur, di Kluang.

Hishammuddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong, berkata tindakan pembangkang yang membuat pelbagai tohmahan terhadap isu pemberian PR itu jelas menunjukkan mereka bimbang dan takut dengan program tranformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang dibimbangi ketika ini adalah mudah bagi warga asing tinggal di negara ini dan atas dasar berkenaan, pihaknya melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) bagi merekodkan data mereka.

Baca lagi di

-13/8/2011



No comments:

Popular Posts