Tuesday, July 19, 2011

Perang Siber - Untuk menang PRU13, kita jangan defensif (Bhg 2)


"In wartime, truth is so precious that she should always be attended by a bodyguard of lies." - Winston Churchill

Saya tidak suka hidup dalam penafian dan saya ingin menyatakan kebenaran agar Perdana Menteri dan Presiden parti tidak diberikan gambaran yang muluk-muluk sahaja oleh pihak yang berkepentingan dalam pengendalian perang siber. Hanya mereka yang hidup dalam penafian sahaja atau yang sedang menjaga kepentingan periuk nasi mereka sahaja yang mengatakan bahawa BN berjaya mengendalikan perang siber sebelum, semasa dan selepas perhimpunan haram Bersih.

Sebab itu saya suka merujuk tulisan Oon Yeoh bertajuk BN losing the cyberwar again sebagai bacaan yang boleh digunakan untuk muhasabah diri. Walaupun analisis yang dibuat oleh Oon Yeoh tidak 100 peratus tepat, namun pandangannya boleh digunakan untuk memperbaiki pencapaian jentera siber BN agar menjadi lebih baik lagi.

Nasihat saya kepada kumpulan blogger tertentu yang menyerang saya, jangan terlalu defensif dan cuba memberikan gambaran yang salah dan lunak-lunak kepada pemimpin BN kerana gambaran yang muluk-muluk dan indah-indah ini merupakan antara racun yang menyebabkan BN gagal mempertahan 2/3 kerusi Parlimen dan kalah di 5 buah negeri dalam tahun 2008.

Pada waktu yang sama, pandangan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber adalah sangat bertepatan pada masanya. Kata Zahid, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak mampu memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Kata Zahid lagi, "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan."

Zahid menyebut kita ada kumpulan yang lebih besar. Siapakah mereka itu?

Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab 'kegagalan' ini jika kumpulan yang besar ini adalah Unit Media Baru (UMB). Hakikatnya UMB hanya diberikan penghak upayaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak; dan alhamdulillah peranan itu telah kami laksanakan.

Bagaimanapun di luar PRK dan PRN, penghak upayaan ini tidak diberikan kepada UMB. Jadi tidak adil sekiranya individu atau kumpulan yang terbabit tidak mahu memikul tanggung jawab di atas `kegagalan' ini sedangkan mereka telah diberikan penghak upayaan oleh pemimpin-pemimpin di dalam parti untuk melaksanakan peranan ini sehingga PRU13. Mereka yang diberikan penghak upayaan ini perlu tampil memikul tanggung jawab `kegagalan' ini dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan bersifat defensif dan jangan arahkan blogger-blogger upahan menyerang pihak lain hanya kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri.

Logiknya jika engagement yang dibuat adalah meluas, jumlah pejuang siber kita pula semakin ramai, disokong pula dengan perancangan yang teliti dan semua pihak dapat berperanan sebagai satu pasukan, saya yakin Zahid tidak akan menyatakan kritikan ini dan Oon Yeoh tidak mungkin boleh menyimpulkan bahawa BN tewas lagi dalam peperangan siber, lebih-lebih lagi dalam konteks perhimpunan haram Bersih.

Malam terakhir sebelum perhimpunan haram Bersih berlangsung, saya dipanggil hadir untuk terlibat dalam pertemuan dengan 16 orang blogger bagi merancang gerak kerja keesokan harinya. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi cukuplah sekadar menyatakan bahawa pertamanya, dalam pasukan ini tidak ada command dan control kerana operasi ni diketuai oleh seorang yang tidak berpengalaman (bukan salah dia, dia hanya menjalankan tugas); kedua, terlalu ramai yang terlebih bijak sehingga menyukarkan pembentukan jentera yang berdisiplin; ketiga, ia dilaksanakan pada saat akhir, sedang tugas sebegini perlu ada game plan yang baik.

Tidak mengapalah. Perkara telah berlalu usah dikesalkan lagi. Saya berharap jentera BN dapat bekerja sebagai satu pasukan dan bukan sebagai kumpulan yang terpisah-pisah. Kritikan Zahid betul dan kena pada masanya dan mungkin Datuk Akmar Hisham Mokles ada jawapannya.

Banyak yang perlu dilakukan. Perhimpunan haram Bersih sepatutnya menjadi satu wake-up call kepada semua, pemimpin BN, pegawai kerajaan dan semua pejuang siber pro-BN, baik blogger mahupun cybertroopers. Kita perlu menilai secara overall strategi dan pendekatan kita. It's not output that counts, it's the outcome.

Jihad menentang pembohongan PR akan diteruskan, dengan penghak upayaan atau tanpa penghak upayaan. Bezanya cuma sama ada ia menjadi lebih tersusun atau seperti yang Zahid sifatkan - TIDAK BERSISTEMATIK. Mudah-mudahan kelemahan ini dapat dikenal pasti dan diperbaiki. Saya tiada kepentingan lain melainkan mahu BN menang dalam perang siber menjelang dan semasa PRU13.

(Bahagian ketiga - siapakah yang ditakrifkan sebagai jentera parti?)

7 comments:

Daulah-alWatan said...

Salam Tun Faizal,
1. Pengalaman saya dalam UMNO..Zahid hanya minat bercakap tapi tindakan.."zero".

2. Blogger ramai tapi tidak sistematik...anda bercakap kepada siapa?

Maaf...agak pedas tapi ikhlas...tak caya..sudahhh..

Yuseri Yusoff said...

Satu kapal... elok saling bekerjasama bukan saling balun-membalun.. :)

Kulaan Niring said...

blogger yang kononnya mengaku blogger Pro BN nie betul ka sokong kerajaan... entah-entah depa ni musang berbulu ayam kot... korang pi tengok blog Pro Penbangkang, mana ada blogger pembangkang dok kondem pemimpin pembangkang sendiri... blogger kononnya Pro Kerajaan nie orang sebelah sana kot... saman jer puak-puak nie...

Kulaan : kite bakor jer... kite saman jer...

cicaksakit said...

KULAAN NIRING

baca kedahlanie, depa dah mula kondem geng depa sendiri dah. tak lama lg PR akan kucar kacir sebab blogger jugak. apa yg penting blogger pro bn kena bersatu hati. kalau pemimpin itu salah, kita singkir.ini untuk menjdkan bn lebih telus.

tun faisal, mohon link blog saya

www.lidahcicak.blogspot.com

terima kasih

Kulaan Niring said...

cicaksakit : gua try gak access blog kedahlanie tapi dah tutup kedai la x meniaga lagi... maklumat daripada (http://faqir2.blogspot.com/2011/01/kedahlanieblogspot-berkubur.html) kata depa dah tutup kedai pasai apa tak tau...

gua jumpa plak (http://www.kedahlanie.info/) tapi statement pun berat kutuk kerajaan... xda pun kutuk pemimpin pembangkang pun...

ada info lain tak...

Kulaan : berilaan kulaan...

AHMAD said...

As-salam,

Saya pengundi Atas Pagar (PAP) mana yg benar tetap benar, yg salah tetap salah, dalam kita menulis diharap biarlah berlandaskan kepada kebenaran sekiranya apa yg kita tulis suatu fitnah, amatlah malang sekali, apakah dunia ni semata tujuan hidup kita? Secara peribadi sy menyarankan BN mengubah cara menangani sesuatu isu, sebaiknya setiap serangan dpd pihak satu lg dijawab dgn fakta dan penjelasan. Pengundi masa kini bukan lg pengundi zaman 70-90an. Kadang-kadang dah muak dgr politik malaysia, hari-hari berpolitik, bila nak berbakti pada rakyat. Dua tahun lebih berlalu selepas pilihanraya 2008, tp cerita-cerita politik tak habis lg. Banyak perseolan yg bermain difikiran saya kes-kes yg melibatkan duit rakyat antaranya kes Kapal Selam, PKFZ, yg saya rasa gagal dijelaskan oleh BN. Ini ditambah lagi penglibatan terlalu meluas oleh isteri PM yg membuatkan rakyat terfikir siapa sebenarnya PM. Ramai yg berkata begitu. Hari-hari ada saja keluar kisan isteri PM seolah-olah isteri PM bertaraf menteri, cadangan saya kurangkan sikit penglibatan isteri PM yg saya rasa satu faktor yg menyebabkan rakyat menyokong pihak satu lagi.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Ahmad,

dari satu segi anda betul, dari satu segi lain mgkin x brapa tepat. sebarang bentuk penulisan ada marketnya sendiri.

sdr betul, memang kita kena menjelaskan isu, cuma sdr kena ingat ada satu segmen dlm masyarakat kita yang sukakan penipuan, fitnah, tahyul dan tuhan yang mencarut.Pembangkang selalunya mendapat pengaruh apabila mereka berjaya mempengaruhi segmen masyarakat yang sebegini.

Mungkin sdr ada kaedah untuk membetulkan keadaan ini, 1. masyarakat yang ketagih kepada fitnah, penipuan, pembohongan dan bahasa maki hamun 2. PR yang mengambil kesempatan di atas kelemahan segmen masyarakat ini dgn menyajikan sebanyak mgkin pembohongan, fitnah, penipuan dan maki hamun.

sama2lah kita berjuang membetulkan keadaan ini dgn tangan dan lisan; plg tidak dgn hati dgn tidak meredhainya.

Popular Posts