Khalid Ibrahim sekali lagi membuktikan bahawa dia merupakan Menteri Besar yang tidak kompeten dan gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri Selangor dengan cekap dan berkesan. Lebih malang lagi, Khalid dilihat sebagai gagal untuk memahami dan menjiwai budaya Politik Baru.
Tindakan Khalid menyeru kepada politik kebencian dan permusuhan, berbanding politik permuafakatan jelas membuktikan pemimpin-pemimpin PKR hanya ibarat burung kakak tua yang hanya tahu mengulangi istilah politik baru, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya. Lebih tepat lagi pemimpin PKR tidak lebih dari political animal yang hipokrit dalam tindakan mereka.
Khalid Ibrahim masih merasakan cara politik lama yang `hostile' dan memperbodohkan rakyat untuk turun beradu kekuatan di jalanan adalah satu kaedah politik yang matang, sedangkan ia merupakan tinggalan lapuk era sosialisme.
Sebagai Menteri Besar dan individu yang mempunyai latar belakang korporat tentulah kita mengandaikan bahawa Khalid boleh menyelesaikan masalah sebuah Kerajaan Negeri dengan sebuah syarikat swasta dengan cara yang lebih matang, terhormat dan lebih sivil. Jika masalah ini tidak boleh diselesaikan dengan rundingan perniagaan, kita menjangkakan bahawa ia akan diselesaikan melalui proses perundangan.
Namun jangkaan itu meleset kerana Khalid memilih kaedah yang tidak mencerminkan sikap pemimpin dalam sebuah masyarakat sivil. Tindakan Khalid tidak berbeza sama sekali dengan tindakan Tian Chua menggigit anggota polis atau Gobalakrisnan yang menampar anggota polis.
Jelas, PKR hanya sekadar parti sampah yang lahir di jalanan dan pemimpin dan ahli mereka akan terus menggunakan budaya kasar dan biadap, seperti samseng jalanan, kerana itulah cara parti itu dan ahli-ahlinya dididik dan dibesarkan.
Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Untuk memahami `kepandiran' Khalid dalam isu ini, saya ingin paparkan posting Facebook yang yang saya terima tentang isu air Selangor sebagai jawapan kepada propaganda Kerajaan Negeri Selangor yang cuba memberi justifikasi kepada aksi samseng jalanan mereka Ahad ini. Butir-butirnya adalah seperti di bawah:
Kerajaan Selangor pimpinan PKR menipu rakyat dan cuba memainkan emosi rakyat melalui propaganda mereka, sedangkan HAKIKATNYA -
1- Tarif air TIDAK mungkin akan naik MELAINKAN apabila ia diwartakan oleh kerajaan negeri
2- Kenaikan hampir 20 sen semeter padu, adalah hanya 20 meter padu pertama, yakni, tanpa mengganggu program air percuma kerajaan negeri
3- Kerajaan negeri TIDAK PERNAH membuat urusan pembelian syabas
4- Aset paip di Selangor sebahagian besarnya adalah milik Syabas, bukan kerajaan negeri, kerana paip-paip lama sudah diganti.
5- Kerajaan negeri telah melanggar perjanjian konsesi di mana kerajaan negeri harus membayar kos pengeluaran, jika tarif air tak dinaikkan... <-- yg ini syabas akan keluarkan saman.
6- Penswastaan pembekalan air di Selangor adalah kerana ekonomi meleset 1998, kerajaan negeri tidak mampu tanggung kos pengeluaran
7- Gaji yg dibayar kepada Tan Sri Rozali adalah dari pengurusan projek keseluruhan Puncak Niaga, bukan dari Syabas
8- Isu air di Selangor hanya kerana kerajaan negeri tidak mampu membayar kos janji pemberian air percuma dan terpaksa menanggung kos daripada perjanjian konsesi sejak 2009.
9- Rampasan Syabas oleh kerajaan negeri tidak akan berlaku kerana Syabas BUKAN syarikat kerajaan pusat atau negeri, ia adalah swasta, jadi harus dibeli
10- air rawatan Syabas, terbaik di Malaysia, dan no-22 di dunia.
11- harga air di Selangor tidak pernah dinaikkan sejak penswastaan pada tahun1998
12- Tan Sri Rozali tidak memiliki syarikat paip di Indonesia, tetapi pernah membeli paip di Indonesia dan sekarang memiliki sumber paip sendiri dari dalam negara untuk jimatkan kos.
Saya tidak mahu berhujah tentang kebenaran posting itu. Eloklah ia diteliti dan dikaji sebaik-baiknya. Cuma, bagi saya ISU AIR ini hanya merupakan pertelingkahan antara sebuah syarikat swasta dengan kerajaan negeri yang tidak dapat diselesaikan secara budiman.
Melibatkan rakyat untuk dalam demonstrasi jalanan atas sebab kegagalan Menteri Besar mencari penyelesaian dengan sebuah syarikat swasta di meja rundingan atau kamar mahkamah, merupakan suatu tidakan yang TIDAK BERTANGGUNG JAWAB, SALAH dan patut diKUTUK sekeras-kerasnya.
Khalid memang tidak layak menjadi Menteri Besar, seperti mana PKR tidak layak memimpin sebuah negeri!
2 comments:
Tuan Melayu, ketuanan melayu piiirahhhh, Tuan Melayu Pencen Perdana Menteri dapat hadiah banglo RM11 Juta kat Jalan Mahameru, Bini Tuan Melayu nak ajar anak tadika dapat RM111 Juta. Tuan Melayu Penoreh Getah, Tuan Melayu Nelayan, Tuan Melayu Petani, Tuan Melayu Posmen, Tuan Melayu Askar dan berbagai-bagai lagi Tuan Melayu yang pencen dapat apa?
err klonghoy - apa maksud ketuanan Melayu? ada faham ka tarak? cuba jelaskan sikit kat sini - biar kita tolong sekolahkan :). mana la tau mgkin masa kecik x de sapa yg ajar dan terangkan, boleh juga kita pakat2 tolong jelaskan dan ajarkan :)
Post a Comment