MENSYUKURI akan ekonomi negara menunjukkan pemulihan yang kukuh dalam tahun 2010 berkat usaha kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan peningkatan keyakinan pelabur dalam pasaran saham dan pasaran mata wang yang menyaksikan kenaikan ketara nilai ringgit.
MENYEDARI bahawa pemulihan Ekonomi Dunia yang di awalnya menggalakkan telah kembali lemah dan akan menjadikan pertumbuhan ekonomi lebih sederhana di kalangan negara membangun termasuk Malaysia di akhir 2010 dan awal 2011.
MENGINSAFI perlunya langkah-langkah bijak diambil oleh kerajaan untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, menghasilkan kedudukan kewangan kerajaan yang sihat, menjamin nasib rakyat terus terbela, dan memastikan Malaysia dipacu menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
MAKA
Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini,
1. MENYOKONG penuh dasar dan langkah-langkah ekonomi yang diambil oleh kerajaan dalam Belanjawan 2011, Rancangan Malaysia ke-10, Model Baru Ekonomi (NEM) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai pemacu dan peta tuju (roadmap) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang benar-benar bersatu padu, di mana hasil pembangunan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan di mana mereka berada.
2. MERANCANG dan melangsungkan dengan berani agenda Bumiputera supaya mereka dapat bersama memainkan peranan berkesan dalam Model Baru Ekonomi dan NETP, terutamanya melalui pendekatan baru untuk meningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar, supaya jurang perbezaan pendapatan mereka berbanding penduduk bandar dapat dirapatkan.
3. MENGGESA supaya pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang telah dihasratkan sekian lama benar-benar dapat diwujudkan dengan Penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB), serta peningkatan secara bermakna dalam Pemilikan Ekuiti dan Hartanah Bumiputera dapat dihasilkan,
4. MEMPERTINGKATKAN usaha perlu dibuat untuk menambahkan jumlah profesional Bumiputera dalam bidang-bidang yang masih jauh ketinggalan seperti di kalangan Chartered Accountants, doktor pakar dan bidang-bidang profesional dan kritikal yang lain,
5. MEMANTAPKAN usaha dalam menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan Bumiputera terutamanya dalam sektor PKS, serta memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang pembiayaan yang ada melalui Program “outreach” yang lebih meluas dan kerap oleh agensi-agensi berkenaan, seperti SME CORP dan BNM, di samping memperbanyakkan perkhidmatan nasihat untuk membolehkan pemohon menyediakan rekod pengurusan kewangan dan cadangan perniagaan yang baik supaya mereka mudah mendapatkan pinjaman.
6. MENCADANGKAN kepada Kerajaan untuk turut mengutamakan projek-projek kecil dalam RMK 10 supaya terdapat lebih banyak peluang untuk kontraktor kecil mendapat kerja terutamanya di kawasan luar bandar.
7. MENSASARKAN hasrat dalam Model Baru Ekonomi untuk melahirkan peluang pekerjaan pendapatan tinggi,
8. MENDESAK kerajaan menumpukan usaha meningkatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup rakyat dalam golongan 40% terbawah, serta menyediakan Jaringan Keselamatan Sosial (Social Safety Net) yang mencukupi untuk mengurangkan beban rakyat khususnya di kalangan yang miskin dan daif.
No comments:
Post a Comment