Orang Sabah sangat mengenali Datuk Yong Teck Lee. Ramai yang mengenali beliau sebagai seorang yang boleh berubah hati dan melompat dari parti ke parti. Bolehkah orang seperti ini dipercayai oleh rakyat Sabah? Bolehkah orang seperti ini berjuang kononnya untuk orang-orang Sabah? Berikut adalah kisah KESETIAAN Yong Teck Lee.
- Atas kepercayaan Datuk Joseph Pairin Kitingan, Yong Teck Lee (YTL) menjadi Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, Pairin melantik YTL menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
- Ketika PBS dirundung masalah, YTL keluar PBS dan menubuhkan SAPP pada 19 Januari 1994 dan bersaing dengan PBS dengan membuka keahlian kepada semua kaum. Alasan YTL ketika meninggalkan PBS, Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik adalah HILANG KEPERCAYAAN.
- Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka HILANG KEPERCAYAAN terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (MUNGKINKAH KERANA ADA URA-URA PR AKAN RAMPAS KERAJAAN DARI BN PADA 16 SEPTEMBER?) . Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September K008.
- Kenyataan YTL bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
- Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP, Raymond Tan Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP
- Terakhir - YTL telah 'menentang' PKR. Katanya, bukan tujuan SAPP untuk menyertai pembangkang. Presiden PKR, Wan Azizah menyifatkan sikap YTL ini sebagai pengacau (spoiler) walaupun sebelum ini PKR menatang beliau seperti menatang minyak yang penuh.
Macam mana orang Sabah? Mampukah YTL membawa perubahan kepada rakyat Sabah jika sikapnya begitu. YB Datuk Herbert Timbon telah mengingatkan pengundi Batu Sapi dan rakyat Sabah tentang kenyataan DULU LAIN, SEKARANG LAIN Yong Teck Lee di sini.
Siapa tipu siapa Yong Teck Lee?
No comments:
Post a Comment