Sunday, September 6, 2009

Protes kuil di Shah Alam dedah tembelang siapa?

Walaupun pembangkang berusaha menyelamatkan keadaan dengan memutar belitkan isu ini menggunakan pelbagai media dan blogger upahan; disusuli tindakan demonstrasi balas oleh pemimpin Hindu yang ekstrem dan rasis, termasuk yang menganggotai Hindraf, namun mereka masih lagi belum dapat memadamkan kemarahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam sehingga menyebabkan Menteri Besar, Khalid Ibrahim terpaksa memanggil mesyuarat `town hall' malam tadi.

Seperti yang dijangkakan, ianya tidak dapat meleraikan kekusutan kerana Ahli Parlimen PAS begitu angkuh untuk memahami isu dan motivasi sebenar tindakan penduduk Seksyen 23.

Begitupun insiden ini menarik kerana ia telah membuka mata rakyat terhadap beberapa perkara, iaitu antaranya;

1. Sikap defensif dan bongkak kerajaan negeri Selangor, Ahli Parlimen PAS dan media yang dikuasai mereka telah menyebabkan mereka gagal melihat bahawa ia bukan isu perkauman. Ia bukan kerana penduduk seksyen 23 bersikap anti kepada agama lain. Ia juga bukan soal tidak mahu membenarkan pembinaan kuil kerana jika orang bukan Islam mahu membina rumah ibadah atau berhala mereka, mereka boleh membinanya, tetapi janganlah bertindak sesuka hati dan membinanya di mana sahaja yang mereka suka. Binalah jika mahu, tetapi pertama, mintalah kebenaran rasmi. Kedua, binalah di tempat yang tidak menerima bantahan majoriti penduduk tempatan. Ini merupakan pendekatan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sebelum ini, bukan sahaja dalam isu kuil (seperti yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri Khir Toyo dalam blog beliau), ladang babi, malah dalam isu insinerator di Broga.

2. Bahawa kerajaan negeri Selangor terlalu bongkak untuk mendengar pandangan penduduk. Akhirnya, Khalid Ibrahim masih perlu berjumpa dan bertemu penduduk. Barulah Khalid Ibrahim sibuk untuk mengadakan town hall meeting dan sebagainya.

3. Bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (atau yang diberi gelaran mesra oleh penduduk Shah Alam sebagai Khalid Gereja) terlalu bongkak untuk mendengar rintihan penduduk Islam dan Melayu. Insiden ini juga mendedahkan pekung beliau, iaitu menampakkan beliau sebagai seorang penipu yang amat nyata. Sebaik sahaja isu timbul, Khalid Gereja dengan tangkas menyalahkan UMNO. Beliau menulis di dalam blog, menampakkan seolah-olah beliau telah bertemu pihak yang berdemonstrasi di situ dan mendedahkan bahawa ada dalam kalangan mereka ini merupakan anggota Pekida dan Pewaris. Beliau mengaitkan kedua-dua pertubuhan ini dengan UMNO dan melakukan ini semata-mata kerana hendak menunjukkan bahawa UMNO berada di belakang isu ini. Malangnya pembohongan ini tidak lama sebab terbukti bahawa bukan UMNO yang menjadi dalangnya, sebaliknya ia merupakan inisiatif penduduk di kawasan terbabit. Jelas bahawa ia adalah hasrat penduduk yang diwakili oleh semua golongan termasuk PAS dan demonstrasi ini rupanya diketuai oleh ahli PKR. Mungkin akibat malu dengan tindakan terburu-buru Ahli Parlimen PAS ini, maka Khalid Ibrahim terpaksa mengadakan town hall meeting untuk bertemu penduduk Seksyen 23.

4. Bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang pula cuba menegakkan benang basah. Mereka dengan amat yakin telah melabelkan gambar salah seorang dalam kalangan yang mengikuti demonstrasi tersebut sebagai Datuk Nawawi, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Malangnya penipuan ini tidak lama kerana, terdapat pihak yang membuktikan bahawa gambar tersebut bukan gambar beliau sebaliknya gambar orang lain. Walaupun ia tidak betul tetapi fitnah ini telah disebarkan secara meluas; membuktikan hakikat bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang sebenarnya tidak mempedulikan fakta dan kebenaran, dosa, mahupun soal halal dan haram. Apa yang penting bagi mereka hanyalah untuk mempertahankan kumpulan mereka. Ini juga membuktikan bahawa mengamalkan assabiah atau ketaksuban kumpulan dan kepartian yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
5. Bahawa jelas Khalid Gereja dan PAS tidak berkemampuan melaksanakan tanggung jawab dalam mewakili suara umat Islam dan Melayu di negeri Selangor, malah telah membelakangkan pula kehendak mereka. Ada dalam kalangan penduduk Seksyen 23 yang menyatakan bahawa mereka ada mengemukakan surat bantahan tentang perkara ini kepada Khalid Gereja, tetapi surat ini langsung tidak diberikan perhatian oleh beliau.

6. Bahawa keputusan Kerajaan Negeri Selangor dan pendirian Khalid Gereja ini adalah ibarat menyiram air garam ke atas luka umat Islam kerana isu Tanah Perkuburan Islam di atas tanah waqaf yang terpaksa dipindahkan kerana desakan penduduk berbangsa Cina di shah Alam yang masih belum diselesaikan. Masalah ini dianggap remeh. Sebaliknya keputusan memindahkan kuil lebih diutamakan.

7. Bahawa Khalid Gereja jelasnya tidak nampak bagaimana penduduk-penduduk Seksyen 23 merupakan ahli-ahli PAS-PKR-UMNO dan mereka yang berada di atas pagar; yang boleh mengenepikan pegangan politik dan bersatu hati atas kepentingan umat Islam. Ini membuktikan ego Nik Aziz bahawa kerajaan perpaduan tidak boleh wujud ternyata tidak benar di bahagian Parlimen yang dikuasai PAS.

* Gambar - Karikatur satira Animal Farm karya George Orwell. PAS hari ini digambarkan sebagai mempunyai `wajah' dan perangai lebih buruk daripada pihak yang dituduhnya sebelum ini, iaitu UMNO.

2 comments:

MortalAngel said...

WOW! I know my fellow Malays in UMNO can be REALLY STUPID most of the times...PRETENDING to be SMART while trying to FOOL other Malays...but I never knew that YOU were ONE of those DUMB ASS UMNO MALAYS... what a POOR LEVEL of INTELLECT! UMNO...Untuk MELAYU NO OTAK! Always in DENIAL of the truth and that is WHY Malays could NEVER move FORWARD under the leaderSHIT of STUPID MALAYS who THINK like YOU!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

look who's talking..:) if u cant argue intellectually, at least show to the public tht u r a good person, or at least a good muslim in ramadhan.. :D unless u have parents who equally hv bad manners

Popular Posts