Friday, February 20, 2009

Menggerakkan gelombang baru perjuangan memperkasa bahasa Melayu


Matlamat akhir gelombang baru gerakan Memperkasa Bahasa Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka, mempunyai kefasihan yang tinggi dalam bahasa ini, sedia memberikan penghormatan dan kedudukan yang sewajarnya kepadanya serta gembira mempromosikannya di mana sahaja mereka berada di dalam dunia.

Selain dari usaha untuk memupuk semangat kecintaan terhadap bahasa Melayu, usaha juga akan diteruskan bagi memperkukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden.

Bagaimanapun hasrat ini sukar dicapai jika tidak ada koordinasi di antara penggerak-penggerak utamanya. Justeru, bagi memastikan koordinasi di antara penggerak-penggerak utama bahasa Melayu di dalam negara, pada tahun 2005, dua buah jawatankuasa telah dibentuk dan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan Menteri Penerangan, iaitu Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan dan Jawatankuasa Induk Penggerak Dasar Buku Negara (DBN).

Bagi memastikan Jawatankuasa Induk Penggerak DBN pula berupaya melaksanakan tugas untuk merancakkan industri penerbitan dan perbukuan di dalam negara, lima buah jawatankuasa kerja telah dibentuk, iaitu: Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesional, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan, Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti, Jawatankuasa Kerja Pembangunan dan Penggalakan Industri Penterjemahan, Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran.

Setiap jawatankuasa ini dianggotai oleh pihak berkepentingan dalam perjuangan bahasa Melayu, di dalam dan di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan ini, diharapkan agar mereka bukan sahaja dapat memberikan idea tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memperkasa bahasa kebangsaan, tetapi mereka juga diharapkan dapat membantu melaksanakan setiap langkah-langkah yang mereka cadangkan.

Peranan yang perlu dimainkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah sebagai tambahan kepada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi utama seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Salah satu langkah paling penting yang telah diambil oleh KPM bagi menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasa Bahasa Kebangsaan, ialah dengan menyenaraikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) sebagai salah satu perayaan utama KPM. Dengan menaikkan taraf dan kedudukannya, BBSN diharapkan dapat membawa kesan dan erti yang lebih besar kepada bukan sahaja warga DBP dan KPM, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang berbilang keturunan. Dalam BBSN 2008, pelajar asing di enam buah IPTS sekitar Lembah Kelang telah dilibatkan dengan aktiviti Sayembara Deklamasi Puisi Antarabangsa Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Melayu Lim Kok Wing University London.

KPM melalui DBP telah terlibat melaksanakan Program Penghayatan Sastera dan Budaya dalam Program Latihan Khidmat Negara, bermula sejak tahun 2006, melibatkan seramai 80,000 peserta dan 900 fasilitator setiap tahun. Dalam tahun 2009, satu bahagian khusus iaitu Bahagian Pengembangan Sastera Pelbagai Kaum ditubuhkan di DBP bagi menyemarakkan program pemerkasaan sastera dalam kalangan khalayak pelbagai kaum.

KPM juga telah berjaya mengetengahkan penulis tempatan ke peringkat antarabangsa. Langkah mengantarabangsakan karya tempatan, seperti yang diusahakan oleh ITNM dan MBKM ketika ini secara tidak langsung akan turut sama mengantarabangsakan bahasa serta budaya Melayu dan Bangsa Malaysia.

Di Pesta Buku Frankfurt 2008, hasil kreativiti Datuk Lat, Kampung Boy terbukti telah berjaya menembusi pasaran sembilan negara dalam sembilan bahasa. Melalui ITNM juga, projek penterjemahan 100 karya sastera kini sedang giat dilaksanakan di bawah PIPP. Sehingga kini, 30 peratus daripadanya telah sempurna diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan dijangka projek ini akan siap sepenuhnya menjelang 2010.

Akta DBP juga akan dipinda bagi memberikan kuasa penguatkuasaan kepada DBP. Cadangan pindaan akta ini akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2009 ini dan dengan pindaan tersebut, usaha-usaha bagi memperkasakan bahasa kebangsaan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Akhbar dalam Pembelajaran (ADaP), 11 Februari 2009
Utusan Malaysia

4 comments:

Anonymous said...

Ada sedikit komen sahaja. Usaha KPM mendapatkan input drp DBP, ITNM, PNM semua itu bagus.

Tetapi adakah mereka sahaja 'stakeholder Bahasa Melayu?" Dimanakah wakil drp Majlis Peguam (yg 'dipaksa' dan 'terpaksa' menggunakan BM di mahkamah - satu satunya golongan yang cari makan menggunakan 'language'. Wakil daripada MITI? Petronas? Khazanah (dimana profesional Bumiputera negara bertumpu)? Wisma Putra? EPU?
Mereka ini semua adalah pengguna bahasa (BM atau BI) yg paling luas dalam pekerjaan mereka 9selain drp guru bahasa Melayu!!), jadi input mereka adalah relevan. Mereka tahu dimanakan anak2 Melayu tanpa BI... (seram ceritanya). Mungkin KPM perlu perluaskan wakil-wakil yg beri komen...

Salam hormat.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tuan tak bernama,

Terima kasih atas komen tersebut. Sebenarnya bukan DBP, ITNM, MBKM dan PNM sahaja yang terlibat, tetapi ini adalah 4 agensi utama yang mempunyai kaitan dengan bahasa Melayu dalam Kementerian Pelajaran. (Sebelum PNM diambil oleh KekkWa)

Sebenarnya Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Mesyuarat ini turut dianggotai oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dato’ Noh Omar sebagai Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato’ Dr Ahamad Sipon sebagai setiausaha dan seramai 38 orang ahli lagi yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) Y.Bhg. Dato’ Siti Azizah Abod, Ketua Pengarah Jabatan Institut Pengajian Tinggi Y.Bhg. Dato’ Hassan Said, Ketua Pengarah Penerangan, Y.Bhg. Dato’ Haji Abdullah Morad, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Y.Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Hj Abdullah, Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Y.Bhg. Tan Sri Abdul Rafie Mahat, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Y.Bhg. Dr. Hj Wan Ali bin Wan Mamat dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) En. Shaharudin Ali. Turut menganggotai jawatankuasa ini adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Y.Bhg Dato’ Khalid Mohd, Ketua Pengarang NSTP, Y.Bhg. Datuk Hishammuddin Aun, Pengerusi BERNAMA Y.Bhg. Dato’ Mohd Annuar Zaini dan penggerak-penggerak bahasa dan sastera negara seperti Y.Bhg. Dato’ Johan Jaafar, Y.Bhg Dato’ Baharuddin Zainal, Y.Bhg. Dato’ Hassan Ahmad, Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk Nik Safiah Karim, Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Hj Omar. Antara yang terlibat juga adalah Datuk Seri Annuar Zaini dan Prof Abdullah Hassan.

Ini adalah sebahagian daripada mereka. Lebih ramai lagi dilibatkan dalam JK Penggerak Dasar Buku Negara yang terdiri dari 5 JK Kerja, iaitu;

A. Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesionalisme.

B. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan.

C. Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti

D. Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran.

E. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan.

Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Keprofessionalan akan melihat kepada usaha untuk merangka Akta Buku yang dapat menggerakkan secara berkesan pelaksanaan DBN, isu-isu berkaitan pendaftaran penerbit, penguatkuasaan dan pengesahan, hak cipta dan urusan pembelian hak cipta, amalan perdagangan buku tempatan dan import, menentukan status baru, struktur organisasi dan pembiayaan MBKM; sesuai dengan tugas besar yang dipikulnya untuk merancakkan industri penerbitan dan perbukuan negara. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian tentang industri perbukuan di Korea Selatan.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan akan melihat kepada aspek-aspek berkaitan perancangan dan pelaksanaan program-program latihan kepengarangan dan yang berkaitan, selain berusaha mencari bakat baru melalui program latihan bakat-bakat muda. Jawatankuasa ini juga akan menentukan sasaran penerbitan buku, terutama buku-buku judul umum.

Jawatankuasa Kerja Penggalakkan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti akan melihat kepada kempen membaca, akses terhadap buku di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pembangunan perpustakaan komuniti dan keluarga. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk membuat kajian profil membaca rakyat Malaysia.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan akan mengkaji cadangan-cadangan untuk merancakkan industri penterjemahan, mengkaji pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan hak cipta dan urusan pembelian hak cipta, pelaksanaan program-program latihan peterjemahan dan menentukan sasaran yang perlu dicapai bagi industri penterjemahan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji usaha-usaha penterjemahan seperti yang dilaksanakan di negara China, Jepun dan Indonesia.

Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran pula bertanggungjawab untuk melihat kepada strategi dan mekanisme yang berkesan untuk mempromosi buku dalam negara, penjenamaan karya-karya Malaysia di peringkat antarabangsa dengan tumpuan utama di Pesta Buku Frankfurt dan Pesta Buku Kanak-kanak Bologna serta strategi pemasaran karya-karya penulis Malaysia di pesta-pesta buku negara-negara yang masih tebal penggunaan bahasa kebangsaannya seperti Jepun, China, Korea, Jerman dan Perancis. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penulis seperti melalui anugerah buku pelbagai genre di peringkat kebangsaan, mengadakan insentif bersesuaian kepada penghasil karya, penerbit dan sebagainya.

Anonymous said...

Pandangan seorang intelektual Melayu singapura:

On Keep English for maths and science

(posting on @ Malaysiakini)

Dr Syed Alwi Ahmad: As an on-looking Singaporean Malay, I find the rejection in Malaysia of the teaching maths and science in English to be somewhat strange.

Firstly, in today's globalised world, the international language of choice for science and technology is most certainly English.

There are millions of scientific books and journals written in English. Dewan Bahasa cannot possibly translate this vast scientific literature into Malay.

Therefore, if Malaysians fail to have an adequate command of the English language - they will have problems in the transfer of technology.

Secondly, some people have argued that nations like Japan, China and some European countries teach in their native tongue. But these nations are the advanced nations.

They are scientific powerhouses and are technologically advanced. They can afford to teach science and maths in their mother tongue. Can the same be said of Malaysia? Most definitely not.

Malaysia is a Third World country with very little indigenous technology. Comparing Malaysia to Japan is naive and foolish.

How many world-class scientists are there from Malaysia? How many reputable publications are produced by Malaysian scientists annually?

In the end, it is the future generations of Malaysians who will lose out in the international arena if science and maths are taught in Bahasa Malaysia.

High-technology investments will relocate elsewhere. Malaysia will stagnate. The proof of my views lie in the success story of Singapore which has chosen English in the teaching of science and maths in her schools.

[Ed -But then you got another 7 school subjects in BM. So the 'jati diri' argument falls to the ground]

Anonymous said...

Yang jelas... MEMBENAM,MEROSAK,MEMBUNUH DAN MENGHANCURKAN segala usaha2 dr badan2 tersebut untuk mempertabat serta memperjuangkan bahasa kebangsaan\bahasa Malaysia\bahasa Melayu ialah pelaksanaan PPSMI itu sendiri.

DISEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Popular Posts